SPECIAL ADS

16 Mei 2013

Kabinet 2013 : Kitar Semula dan penuh kekeliruan?

bn putrajaya
SHAH ALAM 16 MEI : Jemaah Menteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi penggal kali ini menyaksikan monopoli muka-muka lama dengan rekod perkhidmatan yang kurang menyakinkan.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, menyifatkan jemaah menteri Umno-BN kali ini tidak mempunyai daya tarikan tersendiri.
Pasukan itu sekadar menumpang reputasi individu bukan ahli politik seperti Paul Low dari Transparency International, P Waythamoorthy dari Hindraf dan Abdul Wahid Omar dari Maybank.
Menurut Dr Dzulkefly, kehadiran individu-individu bukan BN dalam jemaah menteri kali ini seolah-olah cuba mengimbangi kelemahan menteri-menteri Umno-BN.
“Kesemua ini untuk mengimbangi  kabinet yang sudah nyata tidak punya daya tarikan dan nyata akan berakhir dengan apa yang disebutkan ‘bisness as usual lah’ (beroperasi seperti dahulu).
“Sepertimana di penggal lalu, portfolio kewangan terus dipegang Najib, meskipun hutang negara terus mencatatkan peningkatan pada penggal lalu,” kata Dr Dzulkefly apabila dihubungi.
Jemaah Menteri Najib menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin terus memegang portfolio pendidikan dan portfolio keselamatan dalam negeri dan pertahanan pula bertukar tangan.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang pernah mengganggap lonjakan jenayah adalah persepsi dan penceroboh Lahad Datu “bukan pengganas” kini dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan negara.
Manakala Datuk Seri Abdul Zahid Hamidi, yang mana kementerian dibawahnya dahulu dibidas Ketua Audit Negara atas tuduhan pembaziran, kini menerajui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.
Datuk Anifah Aman, Datuk Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Shafie Apdal terus memegang portfolio lama.
Manakala orang-orang seperti lama Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Datuk Dr S Subramaniam, Datuk G Palanivel, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Idris Jala, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Idris Jusoh dari penggal dahulu kini dikitar semula ke dalam barisan jemaah kali ini.
Dr Dzulkefly menganggap “transformasi” yang diwar-warkan Najib tidak mungkin akan berlaku dengan pasukan menteri ini.
“Muka-muka kitaran semula sekali gus tidak menyuntik satu ransangan yang besar terhadap harapan rakyat yang mahukan apa jua yang beliau war-warkan sebagai  tranformasi atau reformasi.”


Beberapa isu panas menjelma apabila Najib membentangkan barisan Kabinet Persekutuan 2013 baru-baru ini. Ramai yang menyatakan kebimbangan, kekecewaan dan kekeliruan dalam perlantikan yang dilakukannya. Ada yang rasa keganjilannya. Apa motif Najib sebenarnya? Apakah main tangkap muat sahaja?

Beberapa isu-isu dibangkitkan oleh para pemimpin dan orang ramai khususnya, antaranya:
  • Pemuda MIC menyatakan kekecewaannya berhubung pelantikan pemimpin Hindraf P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam kabinet baru perdana menteri. "Dengan melantik seseorang yang mencemarkan imej negara akan melemahkan komponen parti seperti MIC dan wakil India dalam BN. Perdana menteri sewajarnya  menimbangkan daripada Barisan Progresif India (IPF) - yang setia kepada BN sejak 25 tahun lalu 
  • Pelantikan P Waythamoorthy sebagai timbalan menteri dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, dikecam pemimpin de facto Hindraf, P Uthayakumar, yang bertegas bahawa adiknya itu tidak lagi mewakili pergerakan Hindraf. "Tahniah kepada Waytha sebagai mandur India terbaru! Samy Vellu baru," kata Uthayakumar. Uthayakumar berkata, adiknya itu telah dipecat oleh majlis tertinggi Hindraf pada 25 April kerana mengkhianati tuntutan 18 perkara Hindraf dan kerana menyertai BN.
  • Ahli Parlimen Julau Datuk Joseph Salang telah menolak pelantikannya sebagai timbalan menteri pelancongan dan Kebudayaan dalam barisan baru Kabinet Persekutuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.  Salang, yang juga naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), ketika dihubungi berkata jika beliau perlu memilih antara menjadi timbalan menteri dan keluarganya, maka "saya memilih keluarga saya".
    Katanya beliau mungkin mempertimbangkan jika ianya adalah jawatan yang lebih tinggi atau jawatan menteri penuh.
  • Salah seorang yang dipilih menyertai kabinet beliau adalah Datuk Mary Ya Kain Ching, Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia. Perlantikan Mary sebagai timbalan menteri menimbulkan persoalan kerana dalam masa yang sama Pakatan yang dituduh mahu menukarkan masjid ke gereja, Kristian akan menjadi agama rasmi dan sebagainya. Sekarang boleh ke orang ramai menuduh Najib mahu mengkristiankan sekolah-sekolah di Malaysia?

Tiada ulasan: