ADS

1 Mei 2013

Modus Operandi Azlan Sinonim Muslihat UMNO

'Azlan bukan ahli PKR'

BALAKONG 01 Mei :  Bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mat Lazim tidak pernah menjadi ahli PKR, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat parti itu, Datuk Johari Abdul.

Beliau melalui kenyataan akhbar semalam berkata, permohonan Azlan untuk menyertai PKR masih belum diluluskan.

"Saya juga ingin menjelaskan bahawa Azlan yang meminta untuk bertemu kami dan bukan sebaliknya. Beliau dengan sendiri telah menawarkan untuk membuat pengakuan bahawa segala dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu konspirasi politik," katanya.

Beliau berkata, perkembangan sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa terutama di musim pilihan raya.

"Apatah lagi modus operandi sebegini sudah sinomim dengan muslihat politik UMNO,” katanya.

Katanya, beberapa hari sebelum ini Azlan telah menghubunginya dan menyatakan beloiau menghadapi tekanan yang sangat kuat daripada Umno.

“Tekanan ini turut dikenakan ke atas keluarganya. Saya yakin penarikan balik pengakuannya itu adalah natijah daripada tekanan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun kenyataan Johari itu bercanggah dengan laporan media sebelum ini kerana pada 11 Mac lalu, Azlan dikatakan telah sah menyertai PKR selepas menyerahkan borang secara rasmi untuk ahli di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya.

Tiada ulasan: