- Kita memang sudah mempunyai pilihan raya yang adil, apa lagi yang nak dibangkitkan?
- Kalau tidak adil, takkan parti yang sudah lama memerintah boleh kalah di beberapa negeri!
- Sekadar menuduh, tiada bukti, baik diam sahajalah.
Dan mungkin banyak lagi kenyataan yang menafikan berlaku penyelewengan dalam pilihan raya di Malaysia dan mengiayakan bahawa Malaysia mempunyai pilihan raya yang adil.
Di sini saya ingin membincangkan satu sudut, yang tanpanya, satu satu pilihan raya itu amat sukar untuk dikatakan sebagai ADIL.
Di sini saya ingin membincangkan satu sudut, yang tanpanya, satu satu pilihan raya itu amat sukar untuk dikatakan sebagai ADIL.
Deklarasi Kesatuan Antara-Parlimen 1994
Kesatuan Antara-Parlimen (Inter-Parliament Council [I.P.U] ), yang mana Malaysia adalah salah satu daripada anggotanya, pada tahun 1994, merangka satu deklarasi di mana di dalamnya digariskan beberapa kriteria yang mendefinisikan pilihanraya yang telus dan adil.
Pencalonan, parti dan hak berkempen
Semua orang, secara individu, dan berkumpulan mempunyai hak:
- Untuk meluahkan pandangan politik tanpa gangguan;
- Untuk menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan membuat pilihan berdasarkan maklumat yang sewajarnya;
- Untuk bergerak bebas di dalam negara untuk berkempen untuk pilihan raya
- Untuk berkempen dengan hak yang saksama dengan parti-parti politik lain, termasuk parti membentuk kerajaan yang sedia ada.
Tiap-tiap calon untuk pilihan raya dan setiap parti politik hendaklah mempunyai peluang yang sama untuk mendapat akses kepada media, terutama media massa komunikasi, untuk mengemukakan pandangan politik mereka.
Hak dan tanggungjawab negara
Negara-negara hendaklah menghormati dan memastikan hak asasi semua individu dalam wilayah mereka dan tertakluk kepada bidang kuasa mereka. Dalam masa pilihan raya, negara dan jenteranya harus memastikan:
* Bahawa kebebasan pergerakan, berhimpun, berpersatuan dan bersuara dihormati, khususnya dalam konteks perhimpunan politik dan bermesyuarat;
* Parti dan calon-calon bebas untuk menyampaikan pandangan mereka kepada pengundi, dan bahawa mereka menikmati kesaksamaan akses kepada media negara dan perkhidmatan awam;
* Bahawa langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjamin non-partisan liputan media dalam negeri dan perkhidmatan awam.
Dalam memastikan bahawa pilihan raya berjalan dengan adil, negara negara harus mengambil langkah yang perlu untuk memastikan bahawa parti dan calon-calon menikmati peluang yang sesuai untuk membentangkan platform pilihan raya mereka.
Deklarasi ini diterima secara sebulat suara pada tahun 1994 semua negara yang menjadi ahli IPU.
Di sini dapat kita dilihat, antara kriteria yang mesti dipenuhi untuk sesuatu pilihan raya itu dilihat adil adalah dengan wujudnya kebebasan dan juga terjaminnya hak hak seperti yang tertera di atas.
Jadinya persoalan di sini, adakah ciri ciri di atas boleh di lihat di negara kita yang tercinta, Malaysia?
Penambahbaikan proses di M'sia
Dalam proses penambahbaikan sistem pilihan raya di Malaysia, satu jawatankuasa dibentuk dan idea-idea dari pelbagai badan dan entiti diterima untuk dinilai dan diaplikasikan dalam sistem pilihan raya Malaysia.
Semasa pembentangan di Parlimen, Dr Maximus Johnity Ongkili, sebagai pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya mengatakan perkara berikut pada 3 April 2012:

"Akses kepada media yang bebas dan saksama. Jawatankuasa mengesyorkan SPR meneliti Fasal 2 Perkara 115 Perlembagaan Persekutuan yang boleh meminta pihak berkuasa awam untuk memberikan apa-apa bantuan yang dapat dilaksanakan kepada suruhanjaya di dalam menunaikan tugas termasuk kementerian dan agensi berkaitan berhubung dengan hal yang melibatkan akses media yang bebas dan saksama kepada semua parti dan calon yang bertanding dalam sesuatu pilihan raya."
"Seterusnya, perkara keenam - Kerajaan sementara (caretaker government) yang banyak dibangkitkan dalam pendengaran awam. Jawatankuasa mengambil maklum cadangan diwujudkan kerajaan sementara selain kerajaan yang memerintah selepas Parlimen dibubarkan bertujuan bagi memastikan negara ditadbir sementara kerajaan yang baru dibentuk.
"Jawatankuasa mengesyorkan SPR dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh laporan ini dibentangkan dapat menyediakan suatu garis panduan dan kod etika tatalaku (code of conduct) terpakai bagi mana-mana yang kena menjalankan fungsi kerajaan sementara sehingga sesuatu kerajaan yang baru dibentuk di peringkat persekutuan dan negeri."

Secara jelas, jawatankuasa tersebut menerima bahawa akses kepada media dan juga garis panduan kepada kerajaan sementara adalah antara langkah langkah yang perlu dilakukan untuk menjadikan pilihanraya di Malaysia lebih telus dan adil.
Susulan cadangan
Umum mengetahui bahawa salah satu komponen atau jentera kerajaan adalah bahagian penyiaran (RTM) yang tertakluk di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia. Agensi berita nasional, BERNAMA, juga merupakan salah satu komponen kerajaan yang digunakan untuk menyebarkan maklumat kepada orang awam.
Betapa pentingnya perkara ini, hinggakan semasa proses penambahbaikan SPR dijalankan, salah satu poin yang diutarakan adalah "akses kepada media yang adil dan saksama"
Betapa pentingnya perkara ini, hinggakan semasa proses penambahbaikan SPR dijalankan, salah satu poin yang diutarakan adalah "akses kepada media yang adil dan saksama"
Merujuk kepada kenyataan Dr Maximus Ongkili pertama yang dipaparkan di atas, susulan daripada kenyataan itu, pada 23 Mac 2013, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim membuat kenyataan berikut:
"Semua parti politik yang berganding dan bertanding akan dapat peluang untuk mengumumkan manifesto mereka selama 10 minit dan kami beri peluang ini sekali gus, baik kepada BN ataupun pihak pembangkang.
"Tinggal lagi sama ada mereka menggunakannya atau tidak, ini terserah kepada mereka, tetapi kami di kementerian telah bersedia untuk melaksanakannya."
Beliau berkata, peluang itu ialah satu penghormatan kepada sistem demokrasi negara, dan berharap 10 minit yang diberikan itu, cukup untuk mereka mengemukakan skop dan pengisian manifesto masing-masing.
Rais berkata, pembentangan manifesto itu perlu dilakukan mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan, dan akan dibuat secara rakaman, tertakluk kepada peraturan RTM di bawah kawalan ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah penyiaran serta anggota panelnya.

Masa yang diberikan hanyalah 10 minit dan secara RAKAMAN kepada mana mana parti politik yang ingin membentangkan manifesto mereka dan akan mendapat slot dalam RTM.
Walaupun pendek masa yang diberikan dan tetapi ia kelihatan sebagai satu langkah kehadapan untuk politik Malaysia.
Namun begitu, seperti yang semua maklum, kesemua parti dalam Pakatan Rakyat menolak khidmat yang diberikan, dan ini mendapat kritikan daripada pihak parti kerajaan BN.
Mengambil kata kata ketua Pemuda Umno yang juga merupakan ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin melalui Twitter beliau:
"DAP rejects 10 mins manifesto broadcast. In UK maximum length for party manifesto broadcast during election is 4mins 40secs."
(DAP menolak 10 minit penyiaran manifesto. Di United Kingdom, had masa untuk penyiaran manifesto parti politik semasa pilihan raya adalah 4 minit 40 saat.)
Ia kemudian disusuli oleh:
"What can you say in 36 secs? RTM's 10mins suddenly seems like an eternity."
(Apa yang boleh diucapkan dalam masa 36 saat? Tawaran RTM selama 10 minit sekarang ini dapat dirasakan begitu lama.)

Pada 9 Disember 2011, antara ratusan cadangan yang diterima oleh Jawatankuasa Pilihan Khas adalah cadangan daripada Dr Mohd Faisal dari UNIMAS yang bertajuk "Proposal for a Caretaker Government during the Election Period".
Dan salah satu poin yang penting dalam cadangan tersebut adalah supaya pihak yang menjadi kerajaan sementara tidak sewenang wenangnya menggunakan sumber kerajaan (jentera) dan kedudukannya untuk membantu dalam proses berkempen.

"Government resources - A caretaker government should not use its resources or position to support the ruling party during the election campaign.
"During the caretaker period, agency provision of entitlements for Ministers and their staff should be assessed on a case-by-case basis, Agencies should not cover claims relating to the election campaign or a political event, as these costs are to be borne by the respective political party."

Merujuk kepada kenyataan Dr Maximus Ongkili yang kedua, jawatankuasa itu menyedari perlunya satu garis panduan kepadacaretaker government (kerajaan sementara) yang akan menjalankan tugas sebaik sahaja parlimen dibubarkan.
Jawatankuasa beliau menyarankan supaya SPR sendiri boleh mengeluarkan gari spanduan tersebut 3 bulan dari tempoh laporan jawatankuasa itu dibentangkan (3 bulan dari 3 April 2012).
Jawatankuasa beliau menyarankan supaya SPR sendiri boleh mengeluarkan gari spanduan tersebut 3 bulan dari tempoh laporan jawatankuasa itu dibentangkan (3 bulan dari 3 April 2012).
Telus, adil dan saksama?
Antara inisiatif yang telah buat oleh beberapa ahli parti politik di Malaysia adalah dengan menandatangani ikrar Transparency International yang menggarisakan perkara berikut:
- Calon perlu memastikan wang, harta, sumber dan jentera kerajaan (harta awam) tidak digunakan untuk berkempen
- Calon mesti mematuhi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan peraturannya, termasuk, tapi tidak terhad kepada, Had perbelanjaan pilihanraya dan juga pembelian undi.
- Calon dan wakil yang dilantik mesti memastikan bahawa tindakan dan keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikan rakyat dan bukan kepentingan diri sendiri. Mereka perlu mengaplikasikan ketelusan dan keterbukaan menerusi penginsytiharan penuh dan akses yang mudah untuk informasi sampai kepada rakyat jelata.
Antara ahli politik yang telah menandatangani ikrar tersebut adalah Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.
Namun, adakah dengan kesemua yang disebut di atas, pilihan raya di negara kita akan terjamin ketelusan dan keadilannya?
SPR, hanya pada 19 Mac 2013, iaitu hampir satu tahun selepas pembentangan oleh Dr Maximus Ongkili di parlimen dan begitu hampir kepada tarikh pembubaran parlimen secara automatik, mengeluarkan kenyataan bahawa ia akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengkaji dan merangka kod etika kerajaan sementara.
Namun, lapan hari kemudiannya, SPR mengeluarkan kenyataan bahawa ia tidak mempunyai kuasa atau peruntukan dari segi undang undang untuk membolehkannya berbuat demikian ditambah pula dengan komen bahawa kalaupun SPR mempunyai peraturan kod etika sedemikian, belum tentu akan dipatuhi oleh mana mana pihak.
Pengumuman sebegitu, lebih lebih lagi apabila sudah hampir dengan tarikh pilihan raya, memang amat mengecewakan semua pihak lagi lagi apabila sepatutnya perbincangan mengenai kod etika kerajaan sementara ini dilakukan oleh SPR 8 bulan sebelumnya, seperti yang telah disarankan di dalam parlimen.

Tambah mengecewakan lagi, selepas 5 hari parlimen dibubarkan, terdapat laporan mengatakan bahawa jentera kerajaan di Jabatan Penerangan telah digunakan untuk membantu program parti BN.
Tindakan tersebut dipertahankan oleh menterinya, Datuk Seri Rais Yatim, yang beranggapan bahawa disebabkan BN adalah parti yang memegang kuasa kerajaan Pusat, ianya tidak menyalahi undang undang.
Tindakan tersebut dipertahankan oleh menterinya, Datuk Seri Rais Yatim, yang beranggapan bahawa disebabkan BN adalah parti yang memegang kuasa kerajaan Pusat, ianya tidak menyalahi undang undang.
Menteri yang sama juga, setelah parlimen dibubarkan, memberikan kebenaran kepada stesen penyiaran negara (RTM) yang merupakan jentera kerajaan untuk menyiarkan secara langsung selama 2 jam pembentangan manifesto parti BN.
Tidak cukup dengan RTM, saluran TV swasta juga turut serta dalam membuat penyiaran secara langsung pembentangan manifesto parti BN. Menyedihkan untuk Pakatan Rakyat, tawaran yang sama tetap diberikan, had masa masih kekal 10 minit, dan hanya sekali sahaja, yang mana dikatakan sebanyak 5 muka surat dari kertas bersaiz A4 dapat dibaca.

Dari segi laporan berita media massa, terutamanya oleh agensi berita nasional Bernama, yang digerakkan menggunakan wang pembayar cukai, boleh didapati terdapat ketidak seimbangan dari segi berita yang dilaporkan.
Sebagai contoh, carian mengenai berita berkaitan ahli parti PAS dan parti Umno, tiada langsung liputan berita mengenai ahli Umno keluar dan menyertai PAS, namun berpuluh puluh berita mengenai ahli dari parti PAS yang menyertai Umno, hinggakan berita mengenai 10 orang ahli PAS (satu angka yang sangat kecil) menyertai Umno pun boleh mendapat liputan Bernama.
Bernama juga pernah didedahkan membuat laporan berita yang tidak menyeluruh dengan meninggalkan fakta fakta penting untuk menjadikan berita tersebut kelihatan lebih positif terhadap kerajaan pimpinan BN.
Menjadi tanda tanya apabila terdapat ahli ahli politik yang menandatangani ikrar Transparency International yang ikrar tersebut dengan jelas mengatakan bahawa calon calon perlu memastikan bahawa sumber kerajaan tidak disalahgunakan untuk kepentingan parti.
Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana jentera kerajaan, tanpa berselindung, disalahgunakan dalam kempen parti politik. Adakah ikrar tersebut membawa sebarang makna ataupun hanyalah lakonan untuk menunjukkan ketelusan dalam pengurusan harta awam?

Pengundi di Malaysia perlu kepada maklumat sebelum mereka boleh untuk membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat, dan itu adalah hak yang dijamin dalam deklarasi oleh IPU.
Tanpa akses kepada maklumat yang tepat dan tidak berat sebelah, adalah sukar untuk pengundi menilai sama ada sesuatu calon, parti atau polisi itu baik ataupun buruk untuk mereka.
Menafikan hak mereka untuk mendapat maklumat yang tepat dengan memanipulasi media massa ataupun menyekat satu satu pihak daripada mempunyai suara di media massa adalah bertentangan dengan prinsip dalam deklarasi tersebut dan seterusnya menyebabkan pengundi gagal untuk membuat keputusan dengan sebaiknya.

Setelah dinilai perkembangan yang berkaitan dengan pilihan raya di Malaysia, adakah boleh untuk kita mengatakan "satu kerajaan yang SAH melalui pilihan raya yang TELUS dan ADIL sudah berjaya dipilih?
Juga bila mana kemenangan satu pihak dalam pilihan raya kali ini, atau pilihan raya yang sudah berlalu, atau yang akan datang, dengan hak hak pihak yang lain dinafikan, juga semasa jentera kerajaan disalahgunakan untuk kepentingan satu satu parti politik, boleh dianggap sebagai kemenangan melalui pilihanraya yang adil?
Adakah pilihan raya yang telus dan adil itu merupakan satu realiti di Malaysia? Ataupun ia hanya dongeng semata mata?

Untuk yang suka membaca dan berfikir, anda tahu jawapannya.
MOHD MUNSIF seorang warganegara Malaysia yang cakna akan perkembangan politik negara. Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan