SPECIAL ADS

22 Mei 2013

NGO desak Zahid bebaskan Adam Adli


PUTRAJAYA 22 Mei : Gabungan NGO dan parti politik mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghentikan segera penahanan terhadap aktivis mahasiswa Adam Adli Abd Halim.

Kumpulan mereka yang terdiri daripada 31 NGO termasuk Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dewan Pemuda Pas Pusat, Suara Anak Malaysia (Suaram) dan Amnesty International Malaysia turut menyerahkan memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Memorandum tersebut diserahkan kepada wakil KDN, Shamril Faizalis di pintu masuk kebagunan pejabat kementerian itu petang ini.

Dalam memorandum itu mereka menuntut tiga perkara.

Ianya termasuk Adam Adli dibebaskan dengan serta-merta dan semua tuduhan ke atas beliau digugurkan, hormati hak rakyat berhimpun dan meluahkan perasaan seperti hak yang dijamin dalam Perlembagaan Negara serta hentikan sebarang penahanan bermotifkan politik.

Adam Adli ditahan reman selama lima hari di Pusat tahanan Jinjang, Kuala Lumpur bermula 19 Mei lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Ianya kerana Adam Adli didakwa berucap mengajak orang ramai turun berdemonstrasi jalanan sebagai protes menentang keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dalam program anjuran Suara Anak Muda Malaysia (SAMM) baru-baru ini.

Tiada ulasan: