WARTAWAN: Tan Sri memaklumkan bahawa ayah, ibu dan Tan Sri sendiri selama 40 tahun berada dalam Umno. Apakah sebabnya sekarang ini, Tan Sri buat transformasi bersama PAS?
TAN SRI MUHAMMAD: Masa saya muda dahulu, tidak ada lain, Umno sahaja. Umnolah wakil rakyat, wakil rakyat MCA, Ong Yok Lin, Michael Chen, PAS tidak ada.
Bapa saya alim, bapa saya imam masjid, datuk saya pun lebih kurang begitu juga. Sejak saya lahir di dunia, yang saya tahu bapa saya imam, guru besar. Kerjanya bawa saya pergi ke masjid. Tetapi aktif dalam parti kerana pada masa itu, itulah parti yang diperjuangkan. Selepas itu iaitu dari umur saya 25 tahun sehingga 65, saya aktif dalam parti.
Memanglah semuanya dibuatnya, Felda, Risda. Semua pengisian di buat. Masjid pun dibuat apa sahaja. Universiti dibuat tetapi kalau kita tengok atau kita periksa balik akhirnya kita tengok apa keputusannya. Saya nampak perlu ada satu parti yang mengambil alih supaya selepas kejayaan-kejayaan yang dikatakan itu dibuat, pengisian baharu, mesti ada untuk menghadapi masalah-masalah di bandar seperti lepak, masalah tidak ada hala tuju dan sebagainya Bagaimana kita begitulah di UK, Singapura, Amerika semuanya sama sahaja. Apakah kita hendak biarkan.
PAS yang memainkan peranan. PAS satu-satunya parti yang berpegang kepada ajaran Islam yang berpandukan kepada al- Quran dan hadis. Di situ ada banyak perbezaannya. Mesti diisi ke dalam pimpinan. Pimpinan mesti ada roh. Perdana menteri, menteri, exco, sebagai rakyat ia mesti ada landasan. Jika ada itu, sebagai pemimpin akan dapat melaksanakan tanggungjawab dipandu oleh ajaran agama.
Tetapi kalau kita hanya menjadi pemimpin dan kita memikirkan logik semata-mata, mungkin dalam waktu Maghrib kita ke masjid dan sembahyang. Selepas itu kita pergi ke pejabat sudah tidak ada lagi landasan, macam kena pisah.
Hari ini dikatakan Melayu ada dua kapal iaitu Umno dan PAS yang dikatakan hampir sama, parti orang Melayu, orang Islam dan apa yang Tan Seri lihat selama 40 tahun pengalaman itu bezanya Umno dan sebagai parti yang mendakwa perjuangkan agama, bangsa dan negara berbanding dengan PAS yang martabatkan Islam?
Kalau pemimpin mempermainkan ayat al-Quran seperti soal hudud, ini perintah Allah, kita tidak akan laksana.
Jadi bagi saya ini masalah dipermainkan ayat al-Quran, tidak boleh kata macam itu. Kita hendak kata pun mesti kata, sekarang ini belum sedia. Kita kena sedia infrastuktur, pelaksana, hakimhakimnya sekurang-kurangnya kita ada penapis.
Tetapi kalau kita angkuh dan ada sebab lain yang kita bagi maka kita melanggar Quran dan saya fikir kalau macam ini mentaliti dan falsafah seorang pemimpin berpegang kepada al-Quran maka saya fikir dalam benda-benda yang lain yang kita tidak nampak akan berlaku tidak mementingkan kepada agama jadi saya fikir jangka panjangnya tidak menjaminkan pemimpin agama.
Maka saya hendak menyebut, PAS baik, Umno baik, yang melakukan ajaran agama ialah PAS.
Maka kena di bawah lambang Islam. Macam mana kita hendak pilih yang lain kalau dia mahu laksanakan Islam sama ada hendak atau tidak itu kena diikutilah kemudiannya.
Tetapi sudah ada akuannya, janjinya sudah ada, dia punya paradigma, mentaliti sudah ada mengapa tidak kita bagi peluang kepada kumpulan ini.
Dengan adanya cerdik pandainya, macam mana hendak laksana, mungkin implimentasinya bukan hari ini menang besok hendak buat.
Nabi s.a.w sendiri 23 tahun dia pergi ke Madinah balik ke Makkah dan sehingga selepas itu baharu menjadi empayar Islam yang besar.
Jadi kita kena bagi peluang, saya orang Islam, saya mesti sokong pimpinan Islam yang berpandu kepada al-Quran.
Tan Sri selama 40 tahun sudah pegang jawatan tinggi dalam Umno termasuk Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi Umno dan dalam negeri pula menjadi ketua negeri Selangor, juga calon Timbalan Presiden. Perjuangan Umno sudah berakar umbi dalam diri, bagaimana boleh beralih kepada PAS?
Sebenarnya itu soalan yang baik. Sebenarnya semasa kita dalam Umno amat jarang kita berpandukan kepada al-Quran.
Boleh dikatakan tidak pernah. Apabila saya semak pada satu masa saya dapati cara PAS ini lebih teratur. PAS ada Dewan Syura dan ada penekanan serta ada personalitis yang kukuh yang boleh menyelamat dan menawan.
Banyaklah saya perhatikan mengapa saya pilih PAS. Saya pilih PAS kerana dari kajian pemerhatian saya hanya melalui saluran ini yang boleh memenuhi tuntutan Allah berdasar al-Quran dan hadis. Melalui tokoh-tokoh dan kalau menteri besarnya PAS sudah tentulah semua angan-angan dan cita-cita mesti dibaluti oleh agama.
Kalau tidak ia hanya seorang pemimpin yang dia rasa jahat tiada berpandu kepada agama tapi dalam masa sama dia sembahyang.
Dahulu saya saya fikir juga ada ‘missing link’ jadi saya sendiri tidak hendak jawatan dalam PAS dan saya hendak semua orang sokong PAS agar PAS boleh membuat pembaharuan dan perlu dilakukan mulai sekarang. Kena ramai lagi orang Melayu sedar bahawa kita kena sokong PAS untuk jayakan cita-cita.
Ada terbaca buku yang ditulis oleh Dato’ Afifuddin Omar, iaitu Umno ini dibelenggu paradok, iaitu mencampurkan antara kehidupan sosial itu tetapi sembahyang. Percanggahan ini menyebabkan orang Melayu menilai antara baik PAS dengan Umno.Jadi apa pandangan Tan Sri?
Saya pandang satu sahaja mana parti yang menggunakan al-Quran sudah jelas. Maknanya, mungkin dalam PAS ada juga yang nakalnakal, Umno pun yang baik-baik pun ada juga tetapi orang yang baik di dalam pertubuhan yang tidak menentu prinsipnya saya fikir dia silap baslah.
Begitu juga kalau di sini ada di peringkat bawah kita kena kawal tetapi pertubuhan yang baik pertubuhan itu tidak batal yang batalnya dia. Tetapi kalau pemimpin batal dan kalau bersembahyang jemaah itu batal. Pemimpin yang tidak kuat, jadi begitu, jadi saya setujulah.
Saya hendak sentuh sedikit Umno ini mempunyai ahli yang paling ramai tetapi kalau kita lihat apa yang terjadi di Tanah Merah, Kelantan 126 cawangan kena haram tidak pendaftar.Kebanyakan ketua cawangan ini ambilnya sahaja list jadi ahli. Pada hal mereka bukan ahli, jadi Umno ini bukan parti Melayu terbesar seperti didakwa mereka?
Umno sudah lama dan macammacam yang berlaku. Kalau hendak senang hidup, joint sahaja dengan established parti ini, dapat kontrak itu dan ini. Tetapi semua yang akan berada dalam tong masuk semua. Pelbagai kisah yang akan berlaku tetapi memikirkan sedikit tentang nasib masa depan beragama. Kita fikir sedikit maka dia berada di bawah parti lambang Islam. Itu tidak boleh elak lagi.
Sebagai seorang yang pernah memegang jawatan sebagai menteri dalam pusat dan juga ketua negeri di Selangor, adakah sepanjang berada dalam jawatan tersebut Tan Seri menyuarakan apa yang dirasai Tan Sri hari ini?
Saya dahulu lama dalam parti. Jadi kita ini macam terseret dengan apa yang dicakapkan.
Setiap minggu kita bertemu pemimpin-pemimpin, sibuklah. Memang sibuk dengan urusanurusan parti.
Jadi apabila suatu hari kita dapat keluar dan melihat daripada satu jarak yang agak jauh maka kita buat penilaian.
Jadi apabila direnung kembali, tengok-tengok kena macam ini di hujungnya nampak tidak menjadi. Pusat Serenti banyak. Jadi macam di Selangor sudah sampai kepada satu tahap kedua. Pembangunan tahap kedua sudah dijalankan. Pembangunan tahap pertama sudah diasaskan, sudah dijalankan, kita sambung sahaja buat sekolah buat jambatan semuanya kita buat. Jadi kalau hendak ditanya apa lagi yang you hendak buat semuanya sudah ada.
Apa lagi hendak buat sekarang? Hanya pengisian, bandar transektor, metropolis, bandaraya untuk dijadikan contoh kepada semua. Macam zaman Nabi, Nabi pilih Makkah. Makkah itu menjadi pemancar Islam Madinah. Begitu juga Karbala di mana-mana juga di Pasai, di Melaka, semua bandar. Jadi bandar memainkan peranan tetapi kalau luar banyak pengaruh jadi pengaruh yang negatif dengan yang baik maka tidak ke mana cahaya.
Maka perlu di bandar kalau Selangor negeri pembangunan dan maju maka mesti dijadikan pusat pemancar syariat Islam.
Selangor mesti dijadikan pemancar Islam. Kita sudah maju, saya berada bersama-sama memajukan, tetapi tidak cukup hanya ada dewan, ada masjid, hospital, sekolah menengah, semua kita sudah buat. Pengisian memain peranan, itulah tetapi pengisian dalaman, individu, pemimpin kemasyarakatan, kepimpinan dalam kerajaan dalam perniagaan dari urban state.
Jadi ini kena kuat dia punya Islamnya. Memanglah mereka buat masjid itu dan ini tetapi dia harap ada orang-orang ceramah. Saya fikir Nabi sendiri jadi perdana menteri, Nabi sendiri buat pengisian. Ini orang beragama kalau dia bukan maka cakap dia akan bersimpang. Saya malas hendak hentam Umno sebab saya lama dalam Umno tetapi saya minta orang Umno sedar dan marilah ke sini.
Saya fikir di sinilah orang alim orang beragama. Saya menyeru kepada kawan saya dalam Umno yang marah-marah saya masuk PAS ini kerana kadang-kadang tidak berapa nampak, tidak apa perlahan-lahan tengok. Kita hendak cara hidup berlandaskan agama. Baharulah saya tidak tanggung dosa.
Tentulah orang Umno kata Tan Sri macam kacang lupakan kulit tidak patuh dalam perjuangan dan sebagainya. Boleh ulas sikit?
Kalau saya hendak lebih kaya lebih senang saya boleh pertahankan. Menteri semua kawan saya, bila-bila masa saya boleh jumpa. Saya cari tauke, jadi saya punya kuda tetapi saya fikir tidak boleh. Saya esok mati, lepas mati hidup balik. Tuhan kata apa yang kamu fikir dan saya kata bagi saya hidup sekejap tak boleh. Buat kesalahan besar tetapi tidak tegur. Awak tahu apa balasannya.
Bagi duit saya 20 juta saya tidak mahu. Saya hendak orang kita, orang Melayu sama-sama majukan negeri saya hendak semuanya selamat. Fikir anak, fikir cucu awak, you hendak selamat atau politik? Awak akan mati satu hari nanti. Jadi pilih cara yang selamat.
Apa seruan Tan seri terhadap rakyat Selangor dalam PRU13 nanti?
Saya menyeru supaya kita memenangkan kepada Islam. Kita kena menangkan Islam dan kita mengundi kerana hendak menangkan Islam. Di mana pun berada dalam PAS atau Umno terserahlah tetapi saya hendak sampaikan bahawa Nabi mengadu kepada Allah, Allah turunkan seruan dan kata kamu hanya menyampaikan Aku yang akan semak dan azab Aku pedih.
Jadi saya sudah sampai di tahap saya hendak seru kepada keluarga saya, kepada orang Melayu yang sama, dengan saya kepada pasukan saya, rakyat negeri Selangor, mari kita sedar dengan seruan Allah kepada Nabi.
Laksanakanlah apa yang ada dalam al-Quran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan