SPECIAL ADS

20 Mei 2013

Persoalan integriti tentukan nasib BN dalam PRU

20 Mei : Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah berkata isu integriti memainkan peranan terhadap nasib BN dalam pilihan raya umum (PRU) sejak pilihan raya ke-11 ketika negara ini masih dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2004.

Antara agenda Abdullah pada ketika itu, titah baginda, menubuhkan Institut Integriti Malaysia dan suruhanjaya diraja penambahbaikan perjalanan dan pengurusan polis, bertujuan mengembalikan imej, reputasi dan integriti polis.

Begitu juga dengan pendakwaan yang dibuat terhadap nama-nama besar, antaranya Tan Sri Eric Chia dan Tan Sri Kasitah Gadam - langkah yang memberikan imej kerajaan yang berazam mengutamakan integriti dan memerangi rasuah tanpa gentar tanpa pilih kasih. 

NONE"Senario ini dipercayai ada pengaruh di kalangan pengundi semasa PRU ke-11 dan BN mencipta kejayaan gemilang memenangi 198 kerusi Parlimen dan 63.8 peratus undi popular.

"Keputusan PRU ke-11 memanifestasikan harapan dan hasrat rakyat yang mahukan pentadbiran negara bersih, berintegriti dan sifar rasuah. 

"Rakyat dijanjikan, rakyat diberi harapan, rakyat mempercayainya, rakyat memberi sokongan," titah baginda. 

Bagaimanapun, menjelang PRU ke-12 pada 2008, kerajaan gagal memenuhi harapan tinggi rakyat dan mereka merasakan kata tidak di kota. 

"Rakyat tidak dapat diyakinkan dengan ucapan, dengan janji, dengan indeks pencapaian, sekiranya indeks pencapaian tidak memberi erti, tidak benar-benar dirasakan dalam kehidupan harian rakyat," katanya.

Tiada ulasan: