SPECIAL ADS

1 Mei 2013

Putrajaya: Jimat RM27b henti sewa bangunan k’jaan

PUTRAJAYA 01 Mei : Calon PAS Putrajaya, Datuk Husam Musa mencadangkan supaya Kerajaan Pakatan Rakyat menghentikan  amalan sewaan bangunan kerajaan dari Putrajaya Holding.

Tindakan ini katanya, sekaligus dapat menjimatkan RM1.7 bilion setahun atau RM27 bilion untuk 15 tahun akan datang.

Dalam sidang akhbarnya di Pusat Media PAS di Presint 9, sebentar tadi Husam memberitahu perkara ini sudah dibangkitkan beliau di Parlimen semenjak 2001 lagi.

Pendedahan Husam ini agak mengejutkan rakyat kerana ramai yang tidak tahu, semua bangunan kerajaan termasuk pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi PM dan TPM disewa daripada Putrajaya Holdings.

Menurut Husam, sewaan bangunan kerajaan ini bermula pada tahun 2003 secara berperingkat-peringkat mengikut bangunan yang disiapkan.


Husam berkata, Putrajaya Holding telah mendapat tanah kerajaan secara percuma dan untuk pembinaan Putrajaya telah mengeluar bon-bon yang dijamin Kerajaan Malaysia.

"Dengan penjimatan wang sebanyak ini, kita boleh laksanakan banyak program untuk pembangunan yang memberi manfaat kepada penjawat awam dan rakyat Malaysia," ujarnya.

Tiada ulasan: