01 Mei : Nujum Pak Belalang meramal lagi. Kali ini Ramalannya ialah campur tangan asing akan berlaku kalau DSAI jadi PM. Cuma setakat ini belum ada air ajaib yang boleh memaparkan ramalannya.
Kuasa asing menurutnya sudah bersedia campur tangan sebaik saja DSAI ditabalkan menjadi PM. Ramalan cari makan dari Nujum Pak Belalang!
Selain itu, Nujum Pak Belalang juga merujuk kepada lapuran akhbar mengenai ada pemimpin pembangkang(PR) yang menyeru supaya jangan pangkah PAS sebagai kelam kabut di kalangan pembangkang.
Ucapannya disiarkan oleh TV 9 dan mungkin juga TV 3 suku dan lain lain stesyen TV tetapi RTM turut menyiarkan kesepakatan yang dicapai oleh PR di Kota Damansara di mana persetujuan PAS menyerahkan kerusi itu kepada PKR dan PSM.
Dua maklumat berlainan yang ditunjukkan oleh media BN, satu cuba menunjukkan kecelaruan dan satu lagi menunjukkan semangat pemaufakatan yang kukuh dalam PR.
Lapuran akhbar yang dirujuk oleh Nujum Pak Belalang merupakan tulisan di blog timbalan pengerusi DAP Johor yang nampak macam parasit dalam PR tetapi yang kelakarnya, apabila ada seruan dari pemimpin PR yang menunjukkan adanya perbalahan dalam PR disensaikan oleh akhbar BN sementara lapuran mengenai kekuatan dan sambutan rakyat di mana jua adanya PR tidak pula disiarkan.
Lapuran sebegini akan jadi buah mulut orang seperti Nujum Pak Belalang sebagai usaha melembukan rakyat. Kononnya BN yang mampu menyelamatkan negara dari campur tangan asing ini dan kononnya dia mahu menyampaikan mesej kepada pembangkang (PR) bahawa BN betul betul mahu menyelamatkan negara.
Tetapi seperti biasalah, nujum Pak Belalang sekadar menipu sahaja, mesej yang sebenarnya ialah BN mahu membolot terus hasil kekayaan negara dengan menjadikan rakyat hamba yang membayar dengan harga yang tinggi. Kehadiran APCO sudahpun membuktikan ada campur tangan asing dan kehadiran ini terjadi semasa BN memerintah. Sambil itu ada yang kata anak TPM yang akan jatuh kepada warga asing di mana saya tidak pasti mengenainya tetapi saya pasti anak PM sekarang akan jatuh ke tangan warga asing yang dikenali sebagai penjenayah antarabangsa.
Semuga rakyat tidak membeli ramalan Nujum Pak Belalang yang ada niat sepeti Nujum Pak Belalang dalam epik melayu lama, mahu jadi PM (seperti Nujum Pak Belalang purba yang dapat kahwin anak raja)."
Oleh: Notan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan