Kata Najib, "harga minyak petroleum turun akan menguntungkan orang kaya". Bagaimana cetek pemikiran Najib Altantuya ini...Kalau mengikut peratus orang kaya di Malaysia dan berapa peratus pula yang bukan kaya...Realitinya majoriti rakyat Malaysia bukan kategori kaya.
Anak-anak muda diperantauan....rata-rata memileh untuk harga minyak turun, tol dihapuskan, beban hutang pinjaman PTPTN dimansuhkan... Ini kerana kos kehidupan di zaman Najib Altantuya ini melambung-lambung di segi harga barang, harga minyak naik dan lain-lain lagi. Bila anak-anak muda memikirkan untuk balik kampung, rata-rata mereka akan memikirkan pula bajet yang ada......
Dasar Kerajaan dibawah Najib Altantuya ini memang menyusahkan anak-anak muda di perantauan yang baru hendak berjinak-jinak mengenal kehidupan. Itu menyebabkan apabila mereka hendak balik ke kampung, mereka akan berkira-kira poketnya.
Justeru bagi anak-anak muda, renung-renungkan bahawa kehidupan dibawah Najib Altantuya ini memang agak kritikal, semakin hari harga barang naik....terutama selepas pilihanraya ke 13 ini. Dengan demikian, berfikir secara rasional...untuk mengubah Kerajaan dari BN ke Pakatan Rakyat. Inikalilah!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan