SPECIAL ADS

4 Mei 2013

Tahukah Anda Undi Anda Adakah Rahsia!

04 Mei 2013

Cara UMNO berkempen kepada golongan miskin yang menerima bantuan dan ahli-ahli UMNO yang menerima bantuan, jika mereka mengundi Pakatan Rakyat, undi mereka diketahui dan bantuan BR1M juga akan ditarik balik selepas PRU13 nanti.

Ugutan bahawa kertas undi ada nombor siri adalah cara psikologi untuk menangkutkan mereka yang mendapat bantuan kewangan terutama ahli-ahli UMNO sendiri. UMNO menggunakan wanitanya untuk bergerak rumah ke rumah untuk proses menakutkan ahlinya daripada berpaling tadah.



Pengundi Putrajaya disaran jangan takut ketika mengundi. Setiap kali pilihanraya akan ada pertanyaan "Adakah Undi Saya Rahsia?" atau "Bolehkah Undi Saya Di Ketahui Orang?". Tidak diketahui kenapa persoalan itu di war-warkan hampir setiap kali pilihanraya. Kemusykilan ini didapati sangat serius di kalangan pengundi di Putrajaya. Ini menyebabkan ramai penyokong PAS mengundi BN pada PRU yang lepas-lepas. Mungkinkah orang yang bertanya itu tidak pernah mengundi. Mungkin juga orang itu tidak pernah mengetahui proses pengundian. Atau ADAKAH MUNGKIN ORANG YANG BERTANYA ITU DIWUJUDKAN untuk menakut-nakutkan bakal bakal pengundi dengan mengurangkan keyakinan bahawa undi itu rahsia?

Mungkin pendapat yang terakhir ada asasnya. Ada orang yang mahu supaya ramai pengundi merasa was-was dan merasa curiga bahawa pada akhirnya kertas undi mereka akan diketahui dan siapa mereka undi akan diketahui. Maka pengundi jenis ini akan takut untuk membuat pilihan yang wajar dan kemungkinan pengundi ini akan mengundi dalam keadaan hati terpaksa. Terutama apabila boss dipejabat selalu pesan supaya undi BN, kalau tak kena pindah. Apa lagi jika mereka terikat dengan perkara-perkara seperti AKUJANJI atau pun membuat perniagaan kecil yang bergantung kepada sesuatu pihak. Sudah tentu pengundi tidak akan merasa selesa dan merasa bimbang dan mungkin ada yang merasa takut. 


Ditegaskan kepada pembaca sekelian bahawa UNDI TUAN DAN PUAN ADALAH TETAP RAHSIA. Oleh itu jangan takut untuk mengundi PAS pada PRU13. 


Oleh TKOOffline

Tiada ulasan: