PUTRAJAYA 01 Mei :  Calon Pas kerusi Putrajaya, Datuk Husam Musa hari ni menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan berhubung milikan saham 20 peratus dalam Putrajaya Holdings.

"Siapakah pemegang saham Putrajaya Holdings?" soalnya ketika menyampaikan ucapan sempena program Perutusan Hari Pekerja di sini, hari ini.