01 Dis : Kolumnis Mariam Mokhtar berikrar akan terus menyumbang pandangan dalam tulisannya biarpun menerima amaran dari Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berhubung artikelnya sebelum ini mengenai dua rakyat Malaysia yang juga anggota radikal komunis.
Mariam menyifatkan amaran Khalid itu merupakan tindakan yang salah dan dilihat cuba menyekat suara umum.
"Saya fikir Khalid bertindak mengikut arahan." katanya dalam satu emel kepada The Malaysian Insider dari London.
Mariam, pada masa sama, berpandangan insiden tersebut mencetuskan perkara-perkara baru apabila Khalid juga turut membaca portal berita.
Khalid semalam memberi amaran kepada Mariam setelah artikel tulisan kolumnis itu bertajuk “One Ideology, Two Reactions” dimana beliau mempertikai layanan berbeza kerajaan berhubung kepulangan dua anggota komunis, iaitu membawa pulang abu mayat pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dari Bangkok, Thailand dan Siti Aishah Abdul Wahab, yang terpengaruh dengan ideologi politik komunis serta didakwa dijadikan hamba di London selama 30 tahun.
Khalid menegaskan supaya kolumnis itu berhenti dari menulis artikel yang boleh disifatkan sebagai berbaur hasutan.
Selain membayangkan kedegilan Mariam boleh mengundang polis untuk menahannya.
"Dalam artikel yang asli saya terpaksa berhati-hati dalam penggunaan limitasi ayat. Saya tidak boleh menyebut dakwaan yang mengaitkan rakyat negara ini yang bertanggungjawab dalam insiden pengemboman di Bali dan Jakarta iaitu Noordin Mat Top dan Dr Azahari Hussein."
Katanya adalah amat memalukan Khalid langsung tidak memahami apakah maksud undang-undang hasutan atau kepentingan peranan itu dalam kerajaan.
Pada masa sama Mariam melahirkan rasa terima kasih dengan sokongan dan galakan setelah menerima amaran tersebut.
Katanya setakat hari ini masih tiada siapa pun yang cuba menghubungi dirinya melalui telefon atau emel berhubung artikelnya.
Mariam berkata lagi amaran Khalid itu lagi sebagai satu penipuan secara terang-terangan bagi menggunakan pembaca untuk menakutkan rakyat, ekoran dari kenyataannya itu.
Mariam mempersoalkan adakah Khalid menyebarkan maklumat palsu atau menghalang orang ramai daripada terus membaca portal alternatif.
Beliau menjelaskan Khalid perlu tahu bahawa penulis dari media alternatif begitu cermat dalam penulisan agar artikel yang ditulis bukan sahaja dapat menyerlah kepada pembaca namun ia juga berfungsi menyebarkan informasi dan mendidik.
"Kami juga menanti jawapan kepada soalan yang selalu dielak oleh pemimpin Barisan Nasional.
"Saya mahupun syarikat penerbitan tempat saya tidak sengaja menulis begitu hanya ingin mendapat perhatian pembaca," katanya. TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan