01 Dis : Kita orang Melayu jangan dibodohkan oleh Umno. Takkanlah kita nak tuntut DAP berjuang untuk orang Melayu. DAP nak berjuang untuk orang Cina sahajapun sukar hari ini.
Kenapa Umno hendak bising sedangkan mereka sendiri bercakap siang malam 24 jam mengenai perjuangan bangsa Melayu sendiri? Jika kita orang Melayu berbuat demikian, mengapa kita hendak bising jika bangsa lain melakukan demikian juga.
Kalau kita jawab sebab kita ada kedudukan istimewa dan sebagainya, itu bukan alasan untuk menyekat orang lain melakukannya untuk bangsa mereka.
Kita tidak boleh menyekat DAP atau mana-mana parti politik Cina bercakap mengenai kepentingan mereka. MCA pun parti Cina dan tidak pernah berhenti bercakap mengenai kepentingan Cina.
Ada kita tengok Melayu atau India dalam MCA? Tidak ada tapi kita tidak pernah dengar Umno kata MCA cauvinis Cina sedangkan kita tahu MCA lagi halus mainannya memusnahkan Melayu.
Kalau saya orang Melayu, saya lebih senang berdepan dengan lawan yang terang-terang bercakap mengenai agenda mereka daripada mereka yang lihat dan diam-diam.
Jadi jangan kita expect bukan-bukan daripada DAP. Sebagai sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti daripada bangsa Cina, tidak bercakap mengenai perkara-perkara yang mengaitkan kaum Cina merupakan political suicide.
Bolehkah kita menyekat Umno daripada tidak bercakap mengenai kepentingan Melayu?
Saya sudah bercakap mengenai perkara ini. Untuk memisahkan diri kita daripada ke’bangsaan’nya kita adalah suatu yang mustahil. Tapi mengekalkan kebangsaannya kita satu hal, bersikap dan bertindak rasis satu hal yang lain.
Kita semua setia kepada kebangsaannya kita, tapi sikap rasis mengandungi niat jahat dan kebencian yang tidak rasional. Niat jahat dan kebencian yang datang daripada semata-mata hanya kita berbeza.
DAP tahu ia kena evolve dan adapt. Species yang tidak evolve dan adapt akan ditelan zaman. Sebab realitinya ialah majoriti penduduk negara ini ialah Melayu. Mana-mana parti pun mesti memfaktorkan realiti ini dalam politik mereka.
Oleh kerana DAP tidak mahu diidentifikasi sebagai parti satu kaum sahaja dan tidak mahu menjadi hanya pembangkang sampai akhir zaman, DAP mesti evolve. Evolusinya melibatkan memfaktorkan kepentingan Melayu tetapi pemfaktoran ini tidak mengambil bentuk seperti yang dilakukan Umno.
The UMNO way bukanlah satu-satu nya cara menyelesaikan masalah Melayu. Orang Melayu sendiri pun tidak yakin Umno berdaya menyelesaikan masalah bangsa Melayu. Kalau orang Melayu tidak percaya pada Umno – adakah mereka kurang Melayu?
DAP sentiasa dituduh sebagai parti cauvinis Cina, anti Melayu dan anti Islam. Mengenai mempunyai ketrampilan Cina, kita tidak dapat nafikan sebab majoriti pemimpin dan ahlinya adalah bangsa Cina.
Amat bodohlah orang Melayu terutama Umno mengharapkan parti DAP memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Bahkan janggal jika DAP pula yang ke hadapan memperjuangkan kepentingan Melayu.
Di masa hadapan orang tidak berjuang lagi mengikut kaum – hanya ada dua jenis kaum, kaum penindas dan kaum yang ditindas. Hari ini Umno yang menindas bangsa sendiri maka ia akan ditentang.
Bukan sahaja orang Cina yang menentang, orang Melayu pun akan tentang. Suatu golongan Melayu menentang suatu golongan penindas Melayu bukanlah sesuatu yang janggal dalam sejarah orang Melayu.
Bagaimana DAP evolve? Ia melakukan demikian dengan melihat masalah bukan dari sudut pertembungan kaum. Umno tidak mahu evolve – ia terus melihat sesuatu masaalah dari sudut pertembungan kaum.
Sebab itu Umno terus menyebut sesuatu masaalah sebagai pertembungan antara Melayu dengan bukan Melayu – Melayu dengan Cina terutamanya.
Di sini letakya mengapa orang Melayu tidak perlu takut kepada DAP. Malah politik DAP lebih pratikal untuk orang Melayu dan boleh membebaskan mereka daripada terperangkap dengan cara penyelesaian Umno.
Cara penyelesaian Umno akan membawa perpecahan bangsa Malaysia.
Apa yang DAP lakukan ialah berjuang untuk semua orang yang terniaya dan disusahkan. Jika majoriti orang yang terniaya dan susah ialah Melayu, maka kepentingan orang susah yang kebetulannya orang Melayu akan diperjuangkan. Masalah dihadapi oleh bangsa Malaysia dan dalam bangsa Maalysia itu, yang teramai susah dan terpinggir ialah kaum Bumiputera.
Selebih daripada itu, saya rasa adalah tidak munasabah mendesak DAP mendahului orang lain berjuang untuk kepentingan orang Melayu. Melayu yang ada dalam DAP lah yang mesti berbuat demikian.
Saya ahli parlimen Melayu dalam DAP tidak pernah disekat untuk bercakap mengenai kepentingan Melayu – malah saya expect boleh berbuat demikian.
Hujah saya ialah jika rakan-rakan DAP lain bebas bercakap mengenai kepentingan Cina dan India, saya expect to be given the same space tetapi kita tidak melihatnya daripada aspek pertalian sesuatu masaalah tersebut dengan kaum – kita melihatnya dari sudut nature masalah tersebut.
Ambil contoh menyelesaikan ketidak adilan ekonomi. Umno akan melihatnya dari sudut angkara yang diperlakukan oleh bangsa lain kepada bangsa Melayu.
DAP akan melihatnya sebagai angkara agenda ekonomi yang dirancang oleh 20% teratas (semua bangsa) ke atas 40% terbawah (semua bangsa).
Nature problem ialah peraturan ekonomi yang mengukuhkan penindasan 20% tertas ke atas 40% terbawah.
DAP tidak percaya penyelesaian cara Umno dapat meleraikan masalah orang Melayu. Kita mesti jelas mengenai ini – tidak bersetuju dengan cara solution Umno tidak bererti kita anti Melayu.
Kita tidak yakin dan bersetuju dengan cara Umno sahaja. Sebagai contoh solution to the Malay economic problem Umno style yang kita sebut di atas.
Kita orang Melayu mesti berani melihat sesuatu masalah bukan dari sudut perkauman. Orang Melayu tidak ada asas untuk takut kepada politik DAP. – sakmongkol@blogspot.com, 1 Disember, 2013.
Oleh: Sakmongkol - Penulis atau nama sebenarnya, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ialah Ahli Parlimen Raub.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan