SPECIAL ADS

1 Mei 2013

5 Mei undi, 6 Mei bentuk kerajaan, 7 Mei turun harga minyak

PULAU PINANG 02 Mei : Rakyat Malaysia bakal merasai penurunan harga minyak kenderaan dalam masa lima hari lagi dari sekarang jika Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah Malaysia kata, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifudin Nasution Ismail.

"5 Mei kita mengundi, 6 Mei kita tubuh kerajaan baru, 7 Mei kita dapat harga minyak yang baru, insya Allah," kata Saifudin.

Masa sudah tiba ujarnya, untuk rakyat buat perubahan ke arah yang lebih bebas tidak terkongkong dengan bebanan kenaikan harga barangan selepas ini terutamanya harga petrolium yang makin meninggi.

"Pakatan Rakyat tak janji kosong. Dah tak sampai seminggu ia akan jadi kenyataan. Berilah sokongan padu untuk melihat segala-galanya," jelasnya yang juga calon Parlimen Kulim Bandar Baru, Kedah.

Tegas beliau lagi, selepas sahaja diistiharkan Pakatan Rakyat menang keesokan bakal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengunjungi Istana Negara bertemu Yang Dipertuan Agung kemudian balik ke Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk berucap sebagai Perdana Menteri yang ke tujuh serta mengumumkan penurunan harga minyak serta merta.

Kepada sesiapa yang hendak menyaksikan sendiri peristiwa bersejarah itu di Kuala Lumpur, masih kena bayar tol seperti biasa bila ke Kuala Lumpur.

Selang beberapa hari selepas pembentukan kabinet kerajaan Pakatan Rakyat barulah apa yang dijanjikan termasuk tol lebuhraya, Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sebagainya akan diumumkan.

"Selepas itu rakyat barulah merasai keamanan, kebebasan dan keharmonian hidup dalam sebuah negara yang merdeka," katanya.

Menyentuh mengenai calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh, Dr Mazlan Ismail yang melebelkan dirinya sendiri sebagai calon paling bersih diposternya Saifudin menyifatkan, ia mengambaran keangkuhan sedangkan para ulamak yang muktabar pun masih merendah diri tidak sombong dan angkuh.

Adakah calon paling bersih itu jika menang berani tegur pimpinan Umno dan BN atau duduk diam membisu.

"Calon BN angap dirinya bersih..masuk bakul angkat sendiri. Bila sudah berada dalam 'tong najis' mana boleh bersih lagi melainkan mandi, sabun dan tukar pakaian baru jadi bersih sebersih bersihnya," terang beliau.

Tiada ulasan: