AMPANG, 23 Jun: Penglibatan Malaysia dalam Perjanjian Persahabatan Trans-Pasifik (TPPA) dan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) akan mendatangkan banyak manfaat kerana tidak seperti negara lain, Malaysia banyak bergantung kepada Pelaburan Langsung Asing (FDI).
Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tidak wajar sekiranya Malaysia mengambil sikap muktamad dengan menolak perjanjian berkenaan, tetapi jika kesannya membebankan rakyat, maka perjanjian itu mesti diteliti semula.
“Maka pasukan atau panel dari kalangan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat harus meneliti dan membuat satu konsensus menentukan peruntukan mana yang harus diteliti semula supaya perundingan TPPA tidak menjejaskan kepentingan negara,” katanya dalam ucapan aluan ketika Konvensyen Kepimpinan Pakatan Rakyat di Hotel De Palma.
Tambah Ketua Parlimen Pakatan Rakyat itu lagi, pengalaman Korea adalah contoh yang lebih hampir dan relevan dengan Malaysia walaupun negara itu menerima tekanan yang kuat dari Amerika Syarikat tetapi mampu membangun menjadi sebuah negara maju.
“Dan Malaysia harus berdiri dengan lebih bebas dan berani dalam menguruskan ekonominya,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan