SPECIAL ADS

24 Jun 2013

Bukit Aman tak simpan letupan C4, kata peguam


24 Jun : Peguam kepada cif inspektor Azilah Hadri berkata, jenis letupan yang digunakan dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu tidak berada dalam simpanan Bukit Aman.

Peguam Hazman Ahmad berkata, berdasarkan rekod Bukit Aman, anak guamnya hanya dibekalkan pistol Glock dan magazin peluru.

"Justeru, terdapat persoalan tentang bagaimana jenis letupan ini didakwa digunakan," katanya.

Hazman juga berkata, Azilah tidak mempunyai atau mempunyai kawalan terhadap letupan C4 kerana ia tidak pernah dikeluarkan oleh Bukit Aman.

Altantuya didakwa dibunuh dan kemudian diletupkan pada malam antara 19 Oktober hingga 20 Oktober 2006.

Oleh: Hafiz Yatim

Tiada ulasan: