SPECIAL ADS

29 Jun 2013

Kes Kugan: Apakah hakim terima tekanan bersara awal? – Shamsul

VT Singham
KUALA LUMPUR 29 JUN : Keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T. Singham bersara pada usia 65 ketika usia persaraan wajib dinaikkan kepada 66 tahun menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan rakyat.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, meskipun keputusan itu hak peribadi hakim berkenaan, namun ia menimbulkan pertanyaan di kalangan rakyat.
“Ia membuatkan rakyat tertanya-tanya adalah beliau menerima tekanan yang luar biasa dari mana-mana pihak untuk bersara,” kata Shamsul kepada Keadilan Daily.
Ahli Parlimen Bukit Katil itu turut memuji penghakiman VT Singham dalam kes kematian A Kugan yang disifatkan memberi harapan baru terhadap integriti badan kehakiman.
“Ketika rakyat sudah mula hilang harapan dengan institusi kehakiman, kita dikejutkan dengan tindakan berani seorang hakim senior yang tidak disangka-sangka
“Saya yakin, rakyat terkejut dengan tindakan itu, malah persaraan awal beliau turut mengejutkan banyak pihak. Namun saya juga yakin, lebih ramai hakim muda dan berani akan mengikut jejak langkah beliau,” kata Shamsul.
ShamsulTerdahulu, V.T. Singham pada 26 Jun lalu membuat penghakiman yang tidak memihak kepada polis dan kerajaan berhubung kes kematian dalam tahanan, A. Kugan pada 2009.
Keputusan itu dilihat mencipta sejarah apabila kali pertama mangsa yang mati dalam tahanan polis mendapat pembelaan sewajarnya dengan menerima pampasan RM801,700 daripada polis dan kerajaan.
Bagaimanapun, dua hari selepas membuat penghakiman berkenaan, media melaporkan Singham tidak menyambung tempoh perkhidmatannya dan bersara pada hari jadinya yang ke-65.

Tiada ulasan: