SPECIAL ADS

21 Jun 2013

Situasi Terkini Perhimpunan 'Black 505' di Padang Merbok, Kuala Lumpur



55,000 peserta Black 505 sehingga 4.30 petang

KUALA LUMPUR 22 Jun : Himpunan aman Black 505 di Padang Merbok akan bermula jam 2.00 petang ini. Beberapa lokasi telah ditetapkan oleh penganjur untuk berkumpul sebelum begerak ke Padang Merbok.

Ianya termasuk Masjid Negara, pusat membeli belah Sogo, Pejabat Agung PAS, Brickfields, Universiti Malaya serta Jalan Pekeliling.

Sejak awal pagi tadi orang ramai sudah mula memasuki ibu negara untuk menyertai himpunan ini bagi membantah penipuan yang berlaku pada Pilihan Paya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Rata-rata pimpinan utama Pakatan Rakyat menyatakan komitmen untuk bersama dalam himpunan ini.

Antara tuntutan utama himpunan hari ini adalah mendesak kepimpinan SPR meletakkan jawatan berikutan banyak kepincangan sewaktu mengendalikan PRU13 lalu.


LAPORAN LANGSUNG


4.45pm: Aktivis Mahasiswa Safwan Anang turut berucap. Beliau menamakan SPR sebagai Suruhanjaya Penipu Rakyat.

Katanya, kehadiran hari ini penuh dengan kecintaan kepada negara. Mendesak SPR sedia ada meletakkan jawatan demi masa Malaysia yang lebih baik.

4.30pm: Penganjur melalui pengerusi majlis, Johari Abdul sekali lagi mengumumkan kehadiran terkini yang sudah mencecah 55,000 orang.

4.25pm: Datuk Mujahid Yusof sekali lagi mengulangi tuntutan 3P iaitu petisyen, persempadan semula tidak dilakukan selagi SPR tidak ditukar, dan perhimpunan aman oleh rakyat.

Katanya dengan tindakan BN yang turut mengemukakan petisyen, ianya menjelaskan bahawa BN juga tak percaya kepada SPR.

4.22pm: Nurul Izah turut mengeluarkan desakan sama agar semua kepimpinan SPR meletak jawatan.

Katanya, perhimpunan hari ini bukan sekadar politik semata-mata tetapi memperjuangkan masa depan lebih baik.

"Keberanian anda mengubah masa depan kita. Kita adalah patriot sebenar, berjuang membina masa depan lebih baik," katanya

4.20pm: Penganjur mengumumkan ketibaan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir bersama isteri Datuk Seri Wan Azizah.

Pengumuman itu disambut sorakan oleh puluhan ribu peserta yang hadir.

4.18pm: Ahli Parlimen Kuala Kerai Dr Hatta Ramli berkata, rakyat tidak boleh memafkan segala penipuan yang dibuat oleh SPR.

"Tiada maaf bagimu. Tan Sri Aziz mesti letak jawatan.

"Sudah ada bayang-bayang bahawa himpunan Black 505 sebelum ini mendatangkan kesan.

"Bunyi-bunyinya pengerusi SPR akan ditukar. Namun hari ini memuktamadkan bahawa pengerusi SPR memang perlu ditukar," katanya.

4.15pm: Naib presiden PAS Husam Musa dalam satu kiriman SMS dilapor berkata beliau ditahan dan dibawa ke balai polis Ampang.

Katanya, beliau ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Ianya dipercayai ada kaitan dengan kenyataannya berhubung mati syahid.

Penganjur turut mengesahkan turut menerima laporan penahanan itu.

4.10pm: Pengerusi Jihad For Justice Datuk Thasleem Mohamed Ibrahim berucap. Beliau menarik perhatian peserta dengan dua buah lagu tamil yang bertajuk "Umno curi", dan "Rosmah buka pintu".
4.00pm: Sekarang, wakil-wakil NGO mula berucap. Pada masa yang sama penganjur mengumumkan kutipan dana untuk petisyen PRU13.

3.55pm: Peserta tersentak apabila Nizar secara tiba-tiba mengumumkan kehadiran 'YAB' Rosmah Mansor. Ketika itu adalah kehadiran Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan isteri Normah Alwi.

Pengumuman itu sekaligus menyeyapkan seketika suasana bising sebelum itu.


3.50pm: Bekas MB Perak, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin turut berucap. Beliau menceritakan berhubung lapan petisyen yang dikemukakan PAS Perak.

Katanya terdapat bukti dalam satu Dun terdapat 10 orang yang ada sijil kematian, tetapi direkodkan 'bangun' mengundi pada 5 Mei lalu.

"Ada juga kes dalam satu Dun di mana 74 pengundi yang ada dalam projek IC Sabah mengundi ke Perak pada 5 Mei lalu.

"Ada juga bukti borang 14 yang diwarta SPR tidak sama dengan borang 14 yang diberikan kepada polling agent," katanya.
3.40pm: Ahli Parlimen Subang R.Sivarasa berucap. Katanya, keberanian rakyat turun hari ini kerana sedar hak berhimpun secara aman termaktub dalam perlembagaan dan tiada pihak boleh menghalang hak tersebut.

Beliau juga berkata, himpunan ini juga kerana mahu mengusi 'penipu' dalam SPR.

Penipuan tersebut termasuk janji dakwat kekal yang tidak kekal.

"Kita datang petang ini ada tuntutan yang jelas. Kita ada penipu dalam SPR. Penipu utama pengerusi SPR, penipu lagi besar adalah timbalan pengerusi SPR

"Mereka beli dakwat kekal yang tidak kekal. Apa kita boleh anggap kepada mereka ini? Penipu...

"Apa kita nak buat kepada mereka ini? Kita Desak mereka letak jawatan...," katanya.


3.27pm: Mazlan Aliman dalam ucapannya pula berkata, bantahan rakyat akan dibuat secara berterusan selagi mana pimpinan SPR tidak diubah.

"Meskipun BN mendabik dada mendapat mandat rakyat tetapi hakikatnya mandat mereka adalah tipu dan palsu

"Penegasan kita selagi mana SPR tidak diubah kita lawan tetap lawan, lawan sampai menang," katanya.

3.25pm: Giliran Nik Nazmi berucap. Beliau memulakan ucapan dengan merakam ucapan terima kasih kepada peserta yang hadir. Ucapan sama ditujukan kepada pasukan keselamatan yang memberi kerjasama baik kepada penganjuran himpunan hari ini.

"Pasukan keselamatan tidak menghalang kita, yang mahu halang kita adalah menteri Umno BN," katanya.

3.20pm: Wakil NGO Royalti dijemput berucap. Presiden R, Nazri Deraman mengulas hak pembayaran royalti yang dinafikan oleh kerajaan Pusat.

Katanya hak mendapat royalti juga telah dinafikan apabila berlaku penipuan pada pengundian PRU13 lalu.


3.15pm: Johari Abdul mengumumkan jumlah kehadiran di Padang Merbok setakat ini mencecah 30,000 orang yang terdiri dari pelbagai kaum.

Masih ramai lagi kumpulan yang sedang menuju ke sini.

3.10pm: Pengerusi majlis mengumumkan ketibaan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat di pentas utama antaranya Ustaz Idris Ahmad, Nasrudin Hassan, Nik Abduh, Salahudin Ayub, Nurul Izzah, Siti Zailah, Datuk Raja Kamarul Bahrin serta selebriti Abby Abadi.

3.00pm: Khalid Samad mula berucap. Ucap terima kasih kepada rakyat yang berani hadir walaupun diugut dengan kenyataan-kenyataan bersifat provokasi untuk menakutkan rakyat.

"Tapi hari ini kita buktikan kita masuk ke sini dengan aman," katanya.

Dulu katanya, rakyat disembur dengan gas, rakyat dihalang, tetapi kini kerajaan mula sedar dengan kekuatan rakyat.

Beliau turut mengulangi tuntutan himpunan hari ini iaitu mendesak seluruh pimpinan SPR meletak jawatan dan diganti dengan kepimpinan baru

"Kita juga minta semua kawasan yang ada petisyen sama ada dari Pakatan atau dari BN, buat balik pilihan raya kecil selepas pimpinan SPR baru dilantik," tegasnya.

Satu lagi tuntutan adalah jangan membuat persempadan semula selagi kepimpinan baru SPR tidak ditukar.

"Kalu tidak persempadanan ini hanya akan dibuat untuk memberi kemenangan Umno BN sahaja," katanya.

2.50pm: Laungan Aziz penipu bergema di Padang Merbok. Laungan itu diketuai Johari Abdul selaku pengerusi majlis hari ini.

2.45pm: Bekas Speaker Dun Perak, Sivakumar berucap di pentas utama. Menyingkap kembali peristiwa rampasan kuasa di Perak selepas PRU 2008 lalu. Beliau turut menceritakan kembali peristiwa beliau diusung keluar dari Dun Perak dan dikurung sewaktu BN mahu melantik speaker baru.

Beliau turut menegaskan, Pakatan Rakyat Perak juga menang undi majoriti berbanding BN. Persidangan Dun Perak akan datang juga katanya tentu panas dengan kekuatan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

2.40pm: Padang Merbok- Sudah ramai peserta tiba dan memenuhi Padang Merbok. Di atas pentas utama, ucapan sudah dimulakan.

Badrul Hisham Shahrin bersama Datuk Johari Abdul mempengerusikan majlis. Beberapa pimpinan Pakatan bergilir-gilir berucap sambil menunggu kumpulan dari beberapa kawasan lain tiba.

2.35pm: Peserta dari Masjid Jamek juga kini bergabung dengan peserta dari Sogo menuju ke Padang Merbok.

2.30pm: Orang ramai yang membeli belah di Jalan Tar teruja merakam gambar peserta himpunan di kaki lima kedai.

2.25pm: Dianggarkan lebih 5,000 peserta kini bergerak dari Sogo selepas bergabung dengan kumpulan dari Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

2.20pm: Masjid Negara- Crowd masjid negara sudah bergerak dan bergabung dgn crowd dr jln sultan. Memimpin kumpulan dari Sini adalah Dr Dzulkefly Ahmad.

2.15pm: Sogo- Hidup hidup rakyat. Tumbang tumbang umno bn. Undur undur spr. Terus bergema di dpn Sogo. Wpun panas para peserta tidak berganjak dn terus mendgr amanat yg di sampaikan oleh para pimpinan PR.


2.12 pm: Jalan Raja Laut -Sekumpulan 2,000 orang yang diketuai naib presiden PAS Salahuddin Ayub berjalan melawan arus kenderaan menuju ke Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Mereka akan bergabung dengan kumpulan yang menunggu di hadapan kompleks membeli belah Sogo.

2.10pm: Jalan TAR - Sejumlah 2,000 orang menunggu ketibaan satu lagi kumpulan yang berarak dari ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.
Mereka seterusnya akan meneruskan perarakan ke Padang Merbok.

2pm: Brickfields - Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar mengetuai 1,000 orang berarak ke Padang Merbok.

NONEDalam ucapannya sebelum itu, Nurul menangkis kenyataan polis bahawa peserta perhimpunan akan melakukan provokaasi ke atas pasukan keselamatan.

"Kenyataan itu tidak berasas," katanya yang turut meminta para peserta agar menjaga keselamatan anak-anak, terutama dalam keadaan cuaca berjerebu.
Sementara itu di Jalan Sultan, seramai kira-kira 2000 peserta yang berkumpul juga mula berarak ke Padang Merbo.

Mereka akan melalui Jalan Hang Kasturi, Jalan Tan Cheng Lock,  Jalan Tun H.S Lee, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Parlimen dan seterusnya menuju ke Padang Merbok.

Pergerakan kumpulan berkenaan dibantu oleh anggota polis trafik yang membantu mengawal lalu lintas.

Tiada ulasan: