SPECIAL ADS

22 Jun 2013

Husam Musa ditahan polis


Kuala Lumpur 22 Jun : Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa ditahan oleh polis dipercayai berhubung dengan perhimpunan Black 505 hari ini.

Menurut Husam, beliau percaya penahanannya bertujuan untuk menghalangnya menghadiri perhimpunan bagi membantah dakwaan penipuan dalam Pilihan Raya 2013 di Padang Merbok itu.

“Saya ditahan di Pandan tadi lebih kurang jam 4.00 petang. Sekarang ini saya berada di IPD Ampang,” kata Husam apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider merujuk kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang.

Perkara itu disahkan beliau menerusi laman mikro Twitter miliknya.

Beliau sebelum itu menerusi SMS kepada wakil media termasuk Sinar Harian Online memaklumkan beliau kini ditahan di balai  polis berkenaan.

Penahanan itu dipercayai berkaitan dengan kenyataannya yang disiarkan lidah rasmi Pas meminta orang ramai menyertai himpunan Black505 di Padang Merbok hari ini.

Antara yang diungkap Husam dalam laporan itu ialah : "Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, Insya- ALLAH ia adalah syahid fi sabillah.

"Niat kita adalah penipuan pilihan raya mesti dihentikan dan sesiapa terlibat dengan penipuan ini mesti menerima tanggungjawabnya sekarang dalam sistem politik negara ini".

Tiada ulasan: