KUALA LUMPUR 25 Jun : Tindakan Dewan Rakyat tidak membuat undi sulit ketika memilih Speaker terus mendapat pelbagai andaian dari rakyat dan mereka mendakwa kerajaan BN takut untuk membuat undi sulit.
Bagi Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa Datuk Seri Najib sekali lagi terlepas peluang untuk melakukan sesuatu kelainan bagi membuktikan bahawa beliau komited dengan Perubahan dan Rekonsiliasi Nasional.
Bagi Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa Datuk Seri Najib sekali lagi terlepas peluang untuk melakukan sesuatu kelainan bagi membuktikan bahawa beliau komited dengan Perubahan dan Rekonsiliasi Nasional.
Najib juga, katanya, gagal memulihkan kepercayaan bahwa beliau adalah seorang negarawan bahkan sebaliknya memperkukuhkan title ‘Autokrat Baru’ dan ‘Demokrat Palsu’ (False Democrat) yang pernah diberikan oleh seorang penulis Mark Mackinnon (Globe and Mail, 2012).
Sidang Parlimen ke-13 bermula semalam dengan pemilihan Yang DiPertua Dewan Rakyat (YDDR) serta angkat sumpah ahli parlimen.
Terdahulu telah disebut-sebut supaya amalan parlimen wajar mengalami penambahbaikan dengan mengizinkan calon dari pihak pembangkang di angkat menjadi YDDR.
Sebelum persidangan, Barisan Nasional (BN) telah sekali lagi mencalonkan Tan Sri Padikar Amin sementara Pakatan Rakyat mencalonkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.
Sidang Parlimen ke-13 bermula semalam dengan pemilihan Yang DiPertua Dewan Rakyat (YDDR) serta angkat sumpah ahli parlimen.
Terdahulu telah disebut-sebut supaya amalan parlimen wajar mengalami penambahbaikan dengan mengizinkan calon dari pihak pembangkang di angkat menjadi YDDR.
Sebelum persidangan, Barisan Nasional (BN) telah sekali lagi mencalonkan Tan Sri Padikar Amin sementara Pakatan Rakyat mencalonkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Kadir Sulaiman.
Amalan memilih Speaker dari pencalonan pihak pembangkang memberikan lonjakan imej parlimen di negara ini menghampiri negara maju seperti menyaksikan seorang Speaker dari Parti Buruh semasa Perdana Menteri John Major dari Parti Konservatif di United Kingdom.
Malangnya, kata bekas anggota Parlimen Kuala Selangor itu, setelah diberitahu akan hasrat ini secara terbuka, ianya tidak langsung tampaknya diberikan layanan menasabah oleh PM Najib.
Benar, Setiausaha Parlimen Datuk Rosmee Hamzah yang mempengerusikan acara pemilihan.
Namun bagi Dr Dzul, Najib masih boleh bertindak untuk memperbetulkan dan menentukan peraturan lebih menepati peraturan Standing Order 4 (4) yang ringkasnya bermaksud supaya pengundian dilakukan secara rahsia ‘secret ballot’ dengan tidak memerlukan Ahli Parlimen meletakkan namanya di atas kertas undi (ballot paper).
Keputusan pemilihan, ketika dilakukan dengan secara ‘tidak rahsia’ tentunya adalah seperti diramal.
Pandikar mendapat 133 undi sementara Abdul Kadir, mendapat seluruhnya undi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yakni 89.
Amalan mengundi secara ‘secret ballot’ atau rahsia bertujuan untuk mengizinkan Ahli Parlimen (khasnya ‘backbenchers’ kerajaan) mengundi mengikut ‘conscience’ atau ‘dhamir’ berdasarkan kekuatan fakta dan hujjah, hujjah beliau.
Dengan kata lain, Ahli Parlimen boleh membuat ‘pendirian sendiri’ atau ‘break rank’ dalam isu atau rang undang-undang tertentu yang melibatkan kemaslahatan rakyat dan negara melebihi kepentingan parti atau koalisinya.
Ini juga adalah antara ciri politik matang yang disaksikan di negara lebih ‘advanced’ demokrasinya dan terkeluar dari amalan biasa yakni ‘bloc voting’ atau ‘mengundi secara blok’ yakni kerajaan atau pembangkang.
"Itulah yang diharapkan berlaku dalam pemilihan YDDR semalam," katanya.
Bagi beliau, kegagalan Najib untuk melakukan satu ‘kelainan’ sesuai dengan dakwaan beliau serius untuk berubah, dibaca oleh umum dengan pelbagai tafsiran.
Yang paling jelasnya Najib bukanlah pemimpin yang mampu membuat ‘kejutan’ yang sifatnya terlalu ‘konvensional’ dan ‘mudah diramal‘ (predictable).
Justeru, kata beliau, beliau tidak pernah ditanggapi mampu memecah tradisi atau berkeupayaan melakukan ‘breakhthrough’ dalam kepemimpinannya.
Beliau lebih dikenali sebagai seorang pemimpin yang ‘play-safe’ dan jauh lagi untuk menjadi ‘risk-taker’ atau ‘pengambil risiko’ tinggi dalam percaturan politiknya. Beliau telah terbiasa begitu sejak azali lagi, kehidupan yang mudah, selesa dan banyak dibantu oleh penasihat khasnya mutakhir ini dengan perunding antarabangsa, dakwanya.
"Tafsiran mudahnya beliau takut kepada ahli parlimennya. Sebabnya? Jelas. Beliau seperti dibayangi ketakutan akan kemungkinan ada Ahli Parlimen BN yang merancang untuk belot dan menikamnya dari belakang," dakwanya.
Bukankah telah tersebarnya berita bahawa sekitar 30 Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak mengadakan perjumpaan dengan Tengku Razaleigh, katanya.
Mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap layanan Najib. Ini telah menimbulkan kegusaran bukan kepalang buat Najib. Hampir sahaja beliau mahu mangadu kepada lawannya, Ketua Pembangkang.
Dengan Sabah dan Sarawak menyumbang 1/3 daripada kemenangan BN tetapi hanya diberikan 20 jawatan menteri dan timbalan menteri telah menimbulkan ketakutan bahawa mungkin mereka akan melakukan protes dan sabotaj.
Katanya, Najib gusar, meskipun ada seorang kroni Najib dikatakan telah membayar setiap seorang RM5 juta mengikut satu penulisan seorang kolumnis tempatan.
Perbuatan menyingkirkan Pak Lah kini kembali menghantuinya setelah dia sendiri gagal mengembalikan penguasaan 2/3 majoriti BN di Dewan Rakyat.
Dia juga adalah Panglima Perang Umno-BN di Selangor yang kecundang, getus beliau.
"Bayangkan, kekalahan calon YDDR BN tentunya menandakan bahawa beliau tidak lagi mengecapi kepercayaan ahli parlimen BN sendiri," ujarnya.
Lalu beliau wajar bubarkan parlimen segera andainya itu berlaku. Risiko terlalu besar untuk diperjudikan seluruh karier politiknya dengan isu pemilihan YDDR. Najib ambil jalan selamat dan persetankan segala kehendak rakyat dan perubahan, katanya dalam kenyataan itu.
Baginya, untuk sementara ini Najib boleh berhenti berangan-angan untuk mendapat sokongan Pakatan Rakyat ke arah Rekonsiliasi Negara.
Lebih menekankan lagi adalah ujian seterusnya tentang penubuhan sebuah Panel Khas Parlimen yang akan memantau penubuhan dan perjalanan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Pakatan Rakyat mungkin sahaja menuntut supaya perlantikan calon Pengerusi SPR ialah calon yang dicadangkan Pakatan Rakyat sekali lagi.
Sebagai prasyarat penubuhan SPR baru ini yang diletakkan di bawah pemantauan sebuah Panel Khas Parlimen, semua Pengerusi, Timbalan dan Setiausaha serta anggota SPR yang ada ini, mesti meletakkan jawatan segera.
Najib telah terlepas peluang melakukan yang terbaik dalam hal pemilihan YDDR. Apakah Najib juga akan mengulangi kesilapannya dalam kes SPR nanti?
"Sila pantau politik negara dalam sesi parlimen ke-13 ini yang semakin sengit tetapi menarik. Inilah antara hadiah Politik Baru!" saran beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan