SPECIAL ADS

22 Jun 2013

PR Mampu Perolehi 60 Peratus Undi Jika PRU-13 Bersih Dan Adil

anwar black505 padang merbok 01
KUALA LUMPUR 23 JUN : Pakatan Rakyat berupaya memperoleh 60 peratus undi popular di dalam PRU-13 sekiranya pilihanraya dilaksanakan dengan adil dan telus, tegas Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.
Beliau membidas kerajaan Umno-BN yang disifatkan lebih teruk daripada kerajaan junta Myanmar kerana tidak memberikan ruang yang mencukupi bagi liputan media di negara ini.
Anwar berkata bantahan terhadap keputusan PRU-13 adalah kerana wujudnya penyelewengan oleh calon gagasan Umno-BN.
“Inilah kecurangan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mempertahankan kerajaan Barisan Nasional,” kata Anwar dihadapan 50,000 peserta himpunan Black505 yang diadakan di Padang Merbok di sini.
Jelas Anwar, himpunan itu adalah untuk menghantar mesej jelas kepada kerajaan Umno-BN agar mengikut desakan rakyat dan merubah pentadbiran Suruhanjaya Pilihanraya dan pilihanraya.
Ujarnya, pimpinan SPR harus letak jawatan kerana gagal melaksanakan penggunaan dakwat kekal.
Sementara itu Anwar mengulangi pendirian Pakatan untuk tidak memboikot majlis angkat sumpah Ahli Parlimen kerana menghormati Yang Dipertuan Agong.
“Kita akan terus melaksanakan perubahan ini dengan secara aman, kita akan lawan sehingga rakyat bertakhta di dalam negara ini,” kata Anwar.
black 505 berarak jalan tun perak 01

Tiada ulasan: