29 Jun : DAP mempersoalkan sama ada Ketua Menteri Melaka Idris Haron cuba mendapatkan kemenangan dalam pemilihan Umno akan datang dengan penutupan pasar malam popular Jonker Walk di negeri itu.
"(Penutupan itu) boleh mencapai tiga objektif. (Antaranya) menjadikan Idris Haron wira segera dan mendapat undian terbanyak dalam pemilihan Umno pada hujung tahun ini.
"Idris barangkali cuba mengikut jejak (bekas pendahulunya) Abdul Rahim Thamby Chik, yang lebih kurang 30 tahun lalu menjadi wira segera dengan mendapat undi tertinggi dalam pemilihan majlis tertinggi Umno, ekoran cadangannya untuk merobohkan perkuburan lama Bukit Cina," kata pemimpin popular DAP Lim Kit Siang (lihat gambar).
Objektif lain, kata Lim, untuk menghukum pengundi Melaka yang tidak memilih BN dalam pilihan raya umum lalu dan meneruskan retorik menghentam Cina selari dengan laporan "Apa Lagi Cina Mahu?" di Utusan Malaysia.
Sementara itu, Lim juga berkata, kenyataan Menteri Pelancongan Nazri Abdul Aziz bahawa Jonker Walk antara penyebab kesesakan lalu lintas sehingga ke plaza tol Ayer Keroh juga tidak berasas sama sekali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan