SPECIAL ADS

24 Jun 2013

Upacara angkat sumpah Dewan Rakyat disambut dengan demonstrasi

Kuala Lumpur 24 Jun : Upacara mengangkat sumpah Dewan Rakyat hari ini disambut dengan demonstrasi sekumpulan lebih 100 anak muda berbaju hitam di jalan masuk menuju ke Parlimen.

Anak muda daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berhimpun sambil melaungkan "SPR Syaitan" "SPR Penipu" dan "Reformasi" dengan membawa sepanduk menggesa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar meletakkan jawatan atas dakwaan Pilihan Raya 2013 yang berat sebelah.

Mereka turut menyanyikan lagu "Rasa Sayang" dan "SPR Bangsat" sepanjang berarak dari Padang Merbok, berhampiran kawasan Parlimen.

Sekitar 9.15, mereka berarak menuju ke Jalan Parlimen, dengan polis kemudiannya membenarkan mereka duduk di bahu jalan.

Turut kelihatan bersama kumpulan berkenaan adalah ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang, dan juga ahli Parimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang turut menemui kumpulan berkenaan sebelum memasuki kawasan parlimen.

Antara beberapa pemimpin aktivis turut kelihatan seperti Haris Ibrahim, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Safwan Anang, Adam Adli, dan juga "Aunty Bersih".

Meskipun berlaku sedikit kekecohan apabila kumpulan berkenaan cuba merempuh halangan yang dibuat oleh pasukan polis di hadapan Parlimen, termasuk beberapa ahli merek ditahan, demonstrasi berkenaan berakhir dengan aman setelah ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menerima memorandum yang dihantar mereka kepada angota Parlimen.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini mengarahkan peserta perhimpunan berkenaan yangtelah berada dua hari di Padang Merbok itu menanggalkan khemah mereka kerana tindakan mendirikan khemah di tempat awam, menyalahi Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 iaitu berkumpul tanpa permit dan kesalahan mendirikan khemah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Ekoran enggan mengikut arahan DBKL, khemah mereka telah dirampas sekitar jam 4.50 pagi tadi. 

Oleh Mohd Farhan Darwis

Tiada ulasan: