SPECIAL ADS

29 Jun 2013

Tidak ada pilihan?

Kuala Lumpur 29 Jun : Satu dunia telah tahu bahawa United Malays National Organisation telah menipu untuk menang dalam PRU le-13. Bukti paling jelas ialah apabila Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono bertemu Anwar Ibrahim di Bali. Anwar dilaporkan media Indonesia sebagai tamu rasmi Presiden Susilo.
Bertemu sebagai tamu ini bukan satu yang asing. Menyambut Ketua Pembangkang dari negara mana pun bukan satu yang salah. Ini tugas rasmi seorang Presiden. Tetapi apa yang jengkel – apa yang ganjil – ialah Najib Razak juga sedang berada di Jakarta pada waktu dan ketika yang sama.
Najib Razak ialah Perdana Menteri, bukan Ketua Pembangkang (belum lagi). Tetapi Najib Razak TIDAK menjadi tamu Susilo. Najib hanya berhubung melalui telefon. Pelik?
Bukan pelik tetapi dalam bahasa diplomasi – dalam bahasa adat istiadat negara – perbuatan berhubung melalui telefon dibaca sebagai satu penghinaan. Najib hanya dapat bercakap dengan Susilo melalui telefon, walhal Anwar Ibrahim duduk bersembang panjang dengan Susilo.
Untuk memedihkan luka di dada Najib Razak, kelihatan di seluruh kota Jakarta papan iklan yang memaparkan wajah Anwar dan Wan Azizah dengan ucapan ‘Selamat Datang’.
Mustahil iklan besar berwajah Anwar ini gagal dilihat oleh Najib kerana ianya terpampang merata-rata. Siapa punya kerja memasang iklan ini? Jawabnya: Wallahhu alam bisawwab.
anwar-dan-wan-azizah-jakarta-sbyApa sebenarnya sedang berlaku? Apa yang sedang berlaku ialah keputusan PRU-13 telah menimbulkan kesangsian oleh negara-negara jiran. Mereka melihat jelas bahawa penipuan telah berlaku. Dalam negara Asean mungkin hanya negara Singapura yang tergolek dog ketawa puas hati apabila Najib dikatakan menang. Ini kerana Najib Razak amat senang untuk dibeli oleh Singapura.
Jemputan Susilo kepada Anwar dan keengganan menyambut Najib dalam bahasa diplomasi ialah : Indonesia tidak menerima bulat-bulat keputusan PRU-13. Bahasa dan nahu diplomasi ini amat halus. Kita hanya membaca tanda dan makna dari cara Najib berhubung melalui telefon untuk bercakap dengan Bambang.
Ketika saya menulis ini, parlimen sudah mula bersidang. Para ahli parlimen telah angkat sumpah. Tetapi yakinlah bahawa kes Tipu PRU-13 ini belum selesai. Orang ramai, anak muda dan anak semua bangsa TIDAK berpuas hati kerana kemenangan Pakatan Rakyat telah dirampas oleh United Malays National Organisation. Ketidakpuasan hati ini pasti akan diterjemahkan. Yakinlah.
Keangkuhan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR bukan satu yang tidak baik. Sebenarnya mereka berdua ini telah banyak membantu menaikkan kemarahan orang ramai terhadap lembaga SPR itu sendiri. Semakin banyak kenyataan yang keluar dari mulut malaon berdua ini, semakin merundum keyakinan orang ramai terhadap lembaga SPR.
Selesai sahaja PRU-13, kelihatan semakin ramai warga Malaysia mendapat kesedaran bahawa sistem pilihan raya di Malaysai ini sebenarnya hanyalah gula-gula untuk menipu orang ramai. Gula-gula yang dibungkus dengan kertas bernama demokrasi.
Suruhanjaya_Penipu_RakyatBertahun-tahun saya telah menulis, berceramah dan berforum menerangkan sistem pilihan raya di Malaysia ini adalah sistem pemilihan yang menipu.
Saya telah ke hulu ke hilir. Berbuih-buih bercakap. Berbuku jari tangan mengetik komputer untuk menuliskan fakta penipuan yang telah, yang sedang dan yang akan dirancang untuk membolehkan United Malays National Organisation menang.
Apabila PRU-13 sampai dan selesai – saya merasa cukup senang hati. Tesis dan teori saya tentang pilihan raya di Malaysia telah dilihat jelas. Untuk saya, pada 5 Mei 2013 bukan hari membuang undi. Hari 5 Mei 2013 itu ialah hari kuliah akhir dari siri kuliah-kuliah dan syarahan yang telah saya beri.
Pada 5 Mei lalu, pencerahan tentang tentang penipuan dalam pilihan raya dilihat secara prkatikal dengan terang oleh para pengundi. Kalau dulu ada yang merasa was-was, ada yang merasa sangsi tentang apa yang saya tulis. Ada yang menuduh saya menabur aji-no-moto pada sup tulang kering yang tidak berdaging. Saya dikatakan berupaya membesar-besarkan perkara-perkara kecil. Tetapi sesudah 5 Mei, jelas kelihatan bahawa apa yang selama ini saya tulis adalah tepat dan betul. PRU-13 adalah penipuan.
Tanah_Johor_Kena_RembatPenipuan PRU-13 ini muncul dari sebuah kerajaan yang menjalankan dasar yang zalim. Dasar politik dan dasar agihan ekonomi yang tidak menyebelahi orang ramai. Rompakan harta negara atas nama pembangunan. Menjarah tanah orang kampung atas nama pembangunan. Merampas tanah dalam bandar atas nama MRT. Semua ini telah diketahui ramai. Semua kejahatan dan kezaliaman ini diketahui umum.
Justeru untuk meneruskan kuasa melalui satu pilihan raya yang adil dan bersih adalah mustahil. Dalam dalam masa yang sama saya rasa telah berjaya memaparkan bahawa dalam negara Dunia Ketiga, dalam pemerintahan yang zalim dan korup – kerajaan zalim – mustahil dapat diganti melalui pilihan raya.
Dalam pada itu, saya yakin ramai dari ahli parlimen dan para YB dari Pakatan Rakyat masih memiliki ilusi bahawa pada PRU-14 nanti mereka akan berjaya melakukan ledakan kemenangan.
Saya yakin ramai diantara YB dari Pakatan Rakyat memiliki mimpi dan angan-angan bahawa jika mereka berkempen lebih kuat lagi, menjerit lebih kuat lagi, berdoa lebih buih, pasti Pakatan Rakyat akan berjaya. Malah ada yang merasa bahawa para YB bukan sahaja wajib pergi ziarah kematian pengundi di kawasan, malah para YB juga patut menggali kubur untuk si Arwah.
Sesumpah_SPRKenapa ada ilusi ini? Kenapa ada angan-angan ini? Apakah mereka tidak dapat melihat apa yang berlaku dalam PRU-13? Atau apakah mereka begitu bebal sehingga gagal melihat bahawa yang mereka lawan bukan parti United Malays National Organisation, tetapi satu sistem yang akan memastikan United Malays National Organisation terus menang?
Politikus yang memiliki pandangan bahawa Pakatan Rakyat akan menang PRU-14 sebenarnya sedar kemustahilan menggulingkan sebuah rejim yang zalim melalui pilihan raya. Merekja sedar, tetapi mereka takut menghadapi kenyataan bahawa jika bukan pilihan raya, maka tidak dapat tidak – jawabnya pilihan jalan raya.
Mustahil para politikus ini tidak membaca akhbar dan melihat bagaimana Mohammad Reza Pahlavi dihumbankan oleh gerakan jalan raya di Iran. Atau melihat bagaimana Haji Muhammad Soeharto dan Marcos dihumbankan oleh rakyat.
TahrirMungkin nama-nama ini terlalu lama tersimpan dalam sejarah dan para politikus ini terlepas pandang. Bagaimana pula dengan gerakan anak muda di jalan raya yang menggulingkan Hosni Mubarak? Mustahil mereka tidak membaca, kerana ini berita terhangat – hanya berlaku dua tahun dahulu.
Saya amat yakin dan amat sedar bahawa para politikus ini tahu tentang gerakan anak-anak muda yang menggunakan jalan raya untuk menggulingkan rejim yang zalim. Mereka melihat apa yang berlaku. Lalu mereka secara sedar menuduh bahawa rakyat dalam negara ini ‘belum sampai ke tahap itu’. Kita sering mendengar kata-kata politikus ini bahawa ‘Malaysia ini lain’. Kita juga mendengar hujah politikus ini berkata bahawa rakyat belum bersedia.
Justeru kita mendengar ucapan yang mengatakan ‘kita ini bukan Arab Spring’. Negara kita bukan macam negara Arab. Malah mereka tidak berani mengasosiasikan Dataran Tahrir dengan Dataran Merdeka.
Tipu Pilihanraya Turun JalanrayaSebenarnya yang TIDAK bersedia bukan rakyat, tetapi orang yang berkata ‘rakyat belum bersedia’. Rakyat dituduh sebagai TIDAK bersedia. Rakyat dituduh belum berani. Biar saya terangkan disini bahawa rakyat sentiasa bersedia. Rakyat sentiasa berani mahu membuat perubahan. Jika rakyat belum bersedia, sila terangkan bagaimana 52% rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat dan menolak total United Malays National Organisation dalam PRU-13?
Kita juga sering mendengar hujah bahawa di Malaysia ini belum ada yang ‘mati’ untuk melahirkan kemarahan rakyat. Sesiapa yang mengeluarkan pendapat ini adalah sosok bengong yang wujudiahnya hanya menghabiskan oksigen. Mereka terlupa pembunuhan di Memali. Mereka terlupa Kugan, Francis, Teoh Beng Hock, Sarbaini, Aminulrasyid. Malah tahun ini sahaja, enam warga telah tewas dibunuh pihak berkuasa.
najib menangApa yang ingin saya sampaikan disini ialah – jika sistem pilihan raya yang wujud hari ini tidak ditukar, maka sampai kiamat pun United Malays National Organisation akan terus berkuasa. Dalam masa dua tahun ini, perubahan wajib dilakukan. Rakyat Malaysia tidak ada pilihan kerana ketika saya menulis ini, SPR yang disokong jentera daulah sedang merancang untuk membuat persempadanan semula.
Persempadan semula adalah batu nisan. Persempadan semula bukan hanya batu nisan yang memustahilkan apa-apa perubahan boleh berlaku. Persempadanan semula ini melucutkan kerusi-kerusi parlimen yang ketika ini di menangi Pakatan Rakyat. Ini makna hakiki persempadan semula.
Apakah yang saya tulis ini dongeng? Tiidak. Ini membuktikan kata-kata bahawa – jika pilihan raya itu boleh mengubah apa-apa maka pilihan raya itu akan diharamkam.
PRU-13 menunjukkan pencapaian cemerlang untuk Pakatan Rakyat. Maka persempadanan semula adalah strategi untuk mematikan lubang-lubang yang berjaya memenangkan Pakatan Rakyat. Jelas kita tidak ada pilihan. Melalui pilihan raya – rakyat telah ditipu. Kita hanya ada pilihan jalan raya.najib_curang
Jika apa yang saya tulis ini tidak benar maka saya ingin bertanya: kenapa Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berkata. ‘pemilu di Malaysia satu kecurangan terlampau’.
http://www.keadilandaily.com/?p=53915

Tiada ulasan: