KUALA LUMPUR 21 Jun : Kos bahan api iaitu petrol dan diesel tidak mustahil akan mengalami kenaikan selepas sebanyak 47 peratus rakyat dalam undi popular memilih untuk bersama BN pada PRU13, kata Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.
“Akibat menolak usaha Negara Berkebajikan oleh Pakatan Rakyat semua akhirnya akan menjadi mangsa Umno BN yang sedang bergelut untuk mengutip semula dana selepas berbelanja besar dalam pilihan raya lalu.
“Pada masa sama juga, kerajaan tidak komited merungkaikan kronisme dan memecahkan monopoli bagi menangani isu kos saraan hidup yang banyak dipengaruh oleh kadar harga bahan api,” katanya.
Berbeza dengan Pakatan Rakyat, ujar beliau, iltizam untuk mengamalkan tatakelola yang baik termasuk membasmi rasuah dan ketirisan serta jaminan menurunkan harga minyak dinyatakan secara jelas dalam manifesto.
Dzulkefly turut tidak menolak pengumuman kerajaan UmnoBN untuk menaikkan gaji penjawat awam mulai 1 Julai akan datang sebagai tidak mustahil satu isyarat untuk berlakunya kenaikan harga barangan tidak terkecuali petrol.
“Selain manifesto BN sebanyak 17 perkara itu yang tidak berjanji untuk menurunkan harga minyak, rakyat juga harus sedar Najib sedang berusaha Dr Dzulkefly Ahmad mengurangkan defisit fiskal kepada empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun ini,” jelasnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan