KUALA LUMPUR 10 Jun : Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyelar kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa BN akan memberi “bantuan lebih kuat” kepada komuniti yang menyokong mereka semasa pilihanraya umum ke 13 (PRU13) lalu.
Menyifatkan ianya sebagai kenyataan 'balas dendam', serta 'pilih kasih', Naib ketuanya Dr Raja Ahmad Iskandar Al Hiss berkata adalah tidak wajar seorang timbalan perdana menteri mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian seperti itu.
"DPPM menganggap kenyataan TPM berbaur kebencian kaum serta politik dendam yang cuba dilunaskan terhadap komuniti Cina kerana majoriti kaum Cina menolak BN dalam PRU ke 13.
"Ia jelas membawa mesej perkauman yang sempit dan boleh mencetuskan perasaan tidak senang, dendam, perbalahan serta ketegangan kaum yang serius," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Menurut beliau lalgi, pandangan Muhyiddin itu memberi gambaran pemimpin negara itu gagal meletakkan pertimbangan yang adil terhadap rakyat.
Apa yang dibimbangi katanya, jika pengikut atau penyokong BN mengambil kenyataan Muhyiddin itu dengan bertindak agresif yang merugikan negara terhadap komuniti Cina serta memilih-memilih ‘bulu’ dalam memberikan sumbangan.
"Apakah Tan Sri Muhyiddin merasakan rakyat menolaknya dalam PRU ke 13 maka rakyat tersebut perlu ditolak dari menerima apa sahaja bantuan atau dikurangkan bantuan dari yang sepatutnya. Beginikah pemahaman demokrasi beliau," soal beliau lagi.
Beliau menegaskan, rakyat yang menolak BN adalah majoriti 49 peratus manakala hanya 46 peratus sahaja yang menerima BN dan itupun BN diselamatkan oleh pengundi di kawasan Parlimen yang kecil melalui persempadanan yang tidak adil.
"Jika itulah perkiraannya, “bantuan yang kuat” hanya akan tersalur pada parlimen kecil yang selamatkan nyawa BN sahaja manakala rakyat di kawasan parlimen yang besar dan menolak BN akan menerima bantuan sedikit sahaja," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan