SPECIAL ADS

8 Jun 2013

Penggunaan Besi Jambatan Runtuh Meragukan


08 Jun : Susulan insiden penyambung jambatan runtuh di Pulau Pinang baru-baru ini, kerajaan digesa menyiasat faktor kecuaian kontraktor dalam hal ini. Berdasarkan foto mayat salah seorang mangsa yang ditemui mati ini , ada pihak yang mendakwa penggunaan Besi Shid Pile (bulatan merah). Ini kekuatan besi tersebut hanya secara menegak bukannya melentang. 

Malah kegunaannya adalah untuk penahan tanah bagi mengelakkan daripada runtuh dan diguna secara berangkai. Malah besi itu tidak sesuai digunakan secara berasingan walau pun ada "Bracing" dan tekanan di atasnya seperti dalam gambar yang dipaparkan. Malah, kekuatan Shid Pile dari tepi dengan menegak dan ada "cultion" ketebalan besi mengikut kesesuaian kegunaan dan kekuatan tekanan. 

Demikian diperjelaskan oleh seorang pakar yang arif dalam bidang kejuruteraan. Persoalannya sekarang, yang dibina adalah sebuah jambatan maka bagaimanakah penggunaan besi berkenaan boleh dimanfaatkan?


Amat memusykilkan melihat apa yang berlaku ini. Justeru pihak berkuasa terutamanya Jabatan Kerja Raya (JKR) digesa menyiasat perkara ini. Sungguh tidak berbaloi sama sekali saguhati sebanyak RM10,000 diberikan kepada keluarga mangsa sedangkan projek berkenaan menelan belanja berbilion ringgit. Usahlah ditutup kelemahan yang ada demi keadilan untuk mangsa yang meninggal dunia akibat kejadian malang ini. 

Info lanjut boleh dilihat di sini http://www.spiraldrillers.co.nz/sheet-piling.htm atau pun di sini http://www.china-sheetpiling.com/product/345-u-sheet-piling-wz-ea4a/Berikutan pendedahan ini, besar kemungkinan insiden yang berlaku itu bukanlah satu kemalangan tetapi akibat kecuaian pihak kontraktor sebenarnya. Justeru kenyataan kontraktor projek tersebut bahawa apa yang berlaku adalah kemalangan dan bukannya kepada struktur jambatan itu amatlah diragui.  Pahang Daily

Tiada ulasan: