SPECIAL ADS

8 Jun 2013

Tun Mahathir marah Najib

08 Jun : "Tun Mahahir Mohamad boleh dikatakan bekerja keras untuk pastikan umno/BN menang pada PRU 13 yang berlangsung pada 5 mei 2013.

Beliau juga sangat gembira apabila Datuk Mukhriz Mahathir dilantik sebagai menteri besar Kedah ke 14. Bukan setakat itu sahaja malah ceria miskipun umno/BN menang tipis dan lebih buruk berbanding pada PRU 12.

Keceriaan Tun Mahahtir tidak tahan lama apabila Najib lantik Khairi Jamaluddin Abu Bakar menantu Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai menteri Belia dan Sukan.

Minggu lepas perangai Tun Mahathir sudah hampir sama dengan perangai yang ditunjukkan ketika Tun Abdullah Badawi jadi perdana menteri dulu.

Beliau sangat marah pada Tun Abdullah atas sebab melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dibunuhnya dahulu itu.

Bayangkan, siapakah tak marah jika orang yang di pecat dari jawatan timbalan perdana menteri dibebaskan semula.

Tindakan Najib melantik Khairi Jamaluddin sebagai menteri belia dan Sukan sudah tentu ada persamaan dengan Tun Abdullah melepaskan Anwar suatu ketika dahulu.

Zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi perdana menteri umno dikatakan busuk macam tahi. Bukan setakat itu sahaja, malah Tun Mahahtir ambil tindakan keluar parti.

Dan berikrar tidak akan masuk semula jika Tun Abdullah tak letak jawatan. Demikianlah marahnya Tun Mahathir pada Tun Abdullah.

Tun Mahathir masuk semula umno setelah tun Abdullah letak jawatan dan diserahkan kepada Najib untuk menerajui Negara.

Nampak gayanya Najib telah diserang Tun Mahathir dan mengatakan umno sudah buruk kerana dipuimpin oleh orang yang rasuah.

Kalau mahu umno jadi kuat dan baik pemimpin yang terbabit dengan rasuah kena letak jawatan. Itulah bentuk serangan Tun Mahathir akhir akhir ini.

Tidak lain dan tidak bukan orang nombor satu Negara mahu tak mahu kena letak jawatan untuk menyelamatkan umno daripada jadi busuk macam tahi.

Mukhriz yang baru satu bulan menjawat jawatan menteri besar Kedah kelihatan telah buat hal dan berkata dia tidak boleh memerintah Kedah kerana kurang duit.

Yang peliknya Datuk Seri Azizan Razak ketika menjadi menteri besar Kedah tidak pernah merungut pasal kekuarangan duit. Malah boleh mentadbir Kedah dengan baik dapat bayar gaji dan buat projek tanpa membabitkn bantuan kewangan kerajaan pusat.

Bermakna dua beranak ini mula menyerang Najib dan mungkin mendesak Najib mengeluarkan wang Negara untuk melicinkan pentadbiran kerajaan Kedah yang dikatakan duit sudah habis kerana membina KUIN yang disebut sebagai kurang memberi faedah kepada rakyat.

Jangan jadi macam nasib Terengganu sudahlah sehingga Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) dan Kolej Yayasan Terengganu atas sebab nak jimat RM70 juta satu tahun konon di Jual punca para pelajar negeri sukar untuk melanjutkan pelajaran.

Demikianlah angkara apabila melantik menteri besar yang tidak minat dengan dunia pendidikan yang menjadi asset negeri dan Negara.

Yang sangat menyedihkan dikatakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir bahawa Pembinaan sesebuah institusi pengajian tinggi sepertimana Kolej Universiti Insaniah Kedah itu sebagai tidak memberi faedah kepada rakyat.

Oleh: anaabdullah

Tiada ulasan: