SPECIAL ADS

5 Ogos 2014

Boikot Israel 2014 : Malaysia Sumbang AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion) Tahun 2013 Eksport Israel. Ke -11 Terbesar di Dunia!

Boikot Israel 2014 : Malaysia Sumbang AS$1.5 bilion : Sesiapa yang pernah mengikuti laporan Berita Semasa, pastinya masih ingat lagi laporan Berita Semasa (SEPERTI DI SINI & KLIK JUGA DI SINI) masing-masing pada tahun 2011 dan 2012 mengenai sumbangan Malaysia bernilai ratusan juga ringgit malahan telah pun menjangkau ke angka bilion ringgit setahun kepada ekonomi Israel melalui Eksport Israel ke Malaysia selama ini. Terbaru….
Terbaru melalui laporan Biro Statistik Pusat Israel menunjukkan di sini, Malaysia adalah destinasi eksport ke-11 terbesar bagi Israel sekaligus menyumbang nilai sejumlah hampir AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion) pada tahun 2013. Bagaimana pula pada tahun 2014 selepas melihatkan nilai eksport Israel terus melonjak naik daripada tahun ke tahun pada angka yang sudah pastinya menggembirakan kerajaan haram Israel.

Boikot Israel 2014 : Eksport Israel Malaysia. Kerajaan Malaysia Vs Syarikat Multinasional

Walaubagaimanapun dengan sepantas kilat kerajaan Malaysia manafikan keterlibatan mereka yang mana sebenarnya :
  • boikot produk israel(Malaysia) tidak ada hubungan langsung dengan Israel, tetapi…
  • Syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia, contohnya syarikat barangan elektronik yang membuat pemasangan di sini
  • Banyak syarikat Israel mengeksport produk ke Arab Saudi
  • Bekas Ketua Pengarah Kementerian Luar Israel, Alon Liel berkata,Malaysia dan Indonesia menjadi fokus rejim itu pada 1990-an dan Tel Aviv menumpukan usaha besar untuk membangunkan hubungan ekonomi dengan dua negara Islam itu yang mempunyai potensi ekonomi kukuh namun tiada perhubungan diplomatik dengan Israel
  • Ia dilakukan semasa kemuncak Perjanjian Oslo pada 1993, yang disangka akan menjadikan hubungan ekonomi Israel dengan negara Arab dan Islam lebih terbuka serta produktif
  • Singapura menjadi tapak bagi syarikat Israel untuk menembusi pasaran Malaysia dan Indonesia, dan ini diakui Pengerusi Majlis Perdagangan Israel-Indonesia Emanuel Shahaf dalam satu tulisannya mengenai perdagangan negara Islam dengan Israel.
Ya…hakikatnya, makanan, teknologi, sudah lama Israel dan Malaysia berdagang tanpa disedari rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun tindakan rakyat Malaysia yang sekarang ini secara agresif memboikot apa sahaja produk dan barangan yang mempunyai kaitan dengan Israel melalui kempen boikot Israel telah menyebabkan kerajaan Malaysia mengeluarkan kenyataan seperti di bawah ini melalui Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed :
  1. Ya….kerajaan Malaysia mengakui ada syarikat multinasional yang beroperasi di negara ini menggunakan komponen dihasilkan Israel
  2. Sebarang keputusan menolak dan boikot produk dan barangan israel oleh rakyat Malaysia melalui kempen boikot Israel perlu dirujuk kepada Jemaah Menteri terlebih dulu
  3. Setakat ini, kerajaan Malaysia perlu meneliti, bermesyuarat, melakukan kajian, kajian dan perbincangan terperinci sebelum mengeluarkan kenyataan kerana ia akan memberi kesan pada masa depan
boikot barangan israel
Pada pendapat Berita Semasa, samada rakyat Malaysia mahu boikot Israel terhadap apa sahaja produk dan barangan yang mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan Zionis Israel. Itu kehendak, dan duit mereka. Kuasa membeli ditangan mereka. Terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan dengan siapa, produk dan barangan apa yang mereka mahu beli….

Boikot Israel 2014 : Kerajaan Malaysia VS Rakyat Malaysia

Dan juga, Berita Semasa merasakan boikot mana yang mampu, termasuk kempen boikot Israel yang sedang rancak berjalan ketika ini. Selain itu, ada baik daripada sekarang yang mana masih belum terlewat lagi, kerajaan juga perlu mengambil inisiatif untuk mengalakkan bangsa kita jadi bangsa pencipta, dan tidak terhad kepada bangsa pengguna.
  1. Galakkan inovasi, biaya reka cipta dan produk yang boleh mengantikan produk-produk zionist.
  2. Kita bukan tiada kepakaran, ramai engineer graduate Harvard, Oxford dan ramai lagi yang berkelayakan dalam apa sahaja bidang dan lapangan yang berkaitan tetapi malangnya apabila mereka balik Malaysia, tidak dihargai dengan kepakaran yang mereka miliki.
Ini statistik dagangan Israel ke Malaysia pada August 2013, meningkat sebanyak 124%. Barang apa itu? Produk farmaseutikal, komponen elektrik contohnya. Bagaimana pula boleh meningkat sedangkan ketika Malaysia di bawah pemerintahan Che Det (Tun Dr mahathir Mohamad) sudah memutuskan hubungan diplomatik pada 2004?
Boleh semak satu persatu statistik lengkap hasil eksport Israel ke Malaysia…seperti di bawah ini
Sebabnya, pada 21 Februari 2012, Datuk Mukhriz Mahathir selaku Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, menjelaskan bahawa kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel. Kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.
Sepatutnya, kerajaan Malaysia putuskan terus hubungan import/eksport termasuk syarikat swasta. Itu sebabnya banyak kontena dari Israel berlabuh dan “berkampung” di malaysia.
Bagi Berita Semasa, biarkan sahaja rakyat boikot Israel iaitu barang dan produk israel. Ini kerana, jikalau memteri bagi greenlight atau redlight ia sudah jadi pandangan rasmi yang bakal membawa kesan sekatan ekonomi kepada Malaysia. Cukup sekadar menteri Malaysia hantar nota bantahan. Samada mahu boikot Israel melalui produk dan barangan israel biar rakyat Malaysia yang main peranan.
boikot israel malaysia
P/S : Kempen boikot Israel terletak 100% ditangan rakyat Malaysia. Jikalau rakyat Malaysia mahu boikot Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat (PR) contohnya, itu hak mereka….Tidak perlu persetujuan sesiapa. Rakyat Malaysia sudah bijak membuat keputusan.
PP/S : Berita Semasa teringat dengan kata-kata seorang aktivis yang ditahan di hadapan Kedutaan Israel di Dublin, Ireland ketika buat demo di sana. “You don’t have to be Muslim to help, you just need to be human.”

PPP/S : Kerajaan Malaysia tidak mahu boikot Israel (barangan & produk israel) tidak mengapa. Rakyat Malaysia sebagai sebagai pengguna yang prihatin dengan nasib orang-orang Gaza yang patut boikot Israel.
beritasemasa.com

Tiada ulasan: