Rakaman aktiviti sukan berbogel yang tersebar luas di Internet dipercayai mengambil tempat di Teluk Kampi yang terletak dalam Taman Negara Pulau Pinang.
Taman Negara Pulau Pinang merupakan taman negara paling kecil di Malaysia dan statusnya telah diwartakan pada 2003.
Di sekitar Teluk Kampi terdapat Pantai Kerachut yang indah dan turut menjadi tempat pembiakan penyu.
Seorang penggemar aktiviti luar yang dihubungi Sinchew Daily mengesahkan bahawa tempat rakaman aktiviti sukan bogel adalah di Teluk Kampi.
Penggemar aktiviti luar itu berkata, bilik salin baju dan dewan yang dirakamkan adalah serupa dengan kemudahan yang terdapat di Teluk Kampi.
Namun dia berasa pelik kenapa aktiviti berbogel dapat dijalankan di Teluk Kampi memandangkan pelawat perlu berdaftar di pintu masuk taman negara di Teluk Bahang dan kawasan tersebut juga dikawal renjer.
“Walaupun kawasan Teluk Kampi agak sepi tetapi ia bukan kawasan yang tiada orang, pengunjung selalu berkhemah di sini pada Sabtu dan Ahad. Jadi saya tidak faham kenapa aktiviti berbogel boleh dijalankan.
“Untuk sampai ke Teluk Kampi, pelawat perlu berjalan kaki selama dua jam dari pintu masuk di Teluk Bahang atau menaiki bot nelayan selama 30 minit,” katanya.
Sementara itu, satu pengusaha homestay yang dihubungi Sinchew Daily memberitahu, aktiviti berbogel dipercayai sudah dijalankan di Pulau Pinang sejak dua atau tiga tahun lalu.
Katanya, kebanyakan pesertanya adalah terdiri daripada peniaga melebihi 40 tahun yang berasal dari Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Taiwan.
Menurutnya lagi, individu berkenaan akan datang ke Pulau Pinang setahun sekali dan biasanya akan memilih hotel atau rumah penginapan yang dapat menerima aktiviti mereka.
Tambahnya, terdapat pengusaha rumah penginapan pada mulanya berasa hairan dan ragu-ragu dengan aktiviti berbogel tetapi lama-kelamaan dapat menerima selepas mendapati ia adalah bersifat `sihat’ dan tidak membabitkan seks.
“Namun begitu, kebanyakan pengusaha rumah penginapan masih tidak boleh menerima kehadiran mereka. Ada pula yang meminta mereka tidak menjalakan aktiviti berbogel dalam kawasan hotel,” katanya lapor MalaysiaGazett.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan