Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diakui seorang Menteri Besar yang cermat dan teliti dalam pentadbiran negeri terutama melibatkan perbelanjaan kewangan rakyat.Exco Negeri, Dr Halimah Ali berkata sifat Abdul Khalid yang dikatakan sesetengah pihak ‘kedekut’ itu menunjukkan beliau begitu berhati-hati agar wang dibelanjakan memberi manfaat sebaiknya kepada rakyat.Katanya, kelulusan hanya diberikan andai peruntukan yang diminta anggota Exco disertai pelan terperinci bagaimana wang berkenaan dibelanjakan.“Nak minta duit susah, nak minta seringgit pun susah, tetapi jika untuk rakyat dia akan luluskan.“Exco kena beri hujah, kalau dia (Abdul Khalid) tak nampak manfaat dia tidak akan luluskan, dia berhati-hati sebab itu duit rakyat,” kata Halimah dalam sidang media di pejabatnya hari ini.Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita jika beliau mempunyai sebarang masalah bekerja di bawah Abdul Khalid sepanjang menjadi Exco sejak 2008.Menjawab soalan lain berhubung perjanjian air dengan Kerajaan Pusat, Halimah berkata Abdul Khalid sentiasa berbincang dengan anggota Exco negeri hal-hal melibatkan keputusan besar Kerajaan Negeri.“RM9 pun susah dia nak lepas, lagi kalau RM 9.65 billion. Dia teliti kesemuanya dan tidak akan terburu-buru lebih-lebih lagi melibatkan duit yang besar.“Untuk isu perjanjian air, kita (Exco) diberitahu secara umum dan bukan terperinci. Menteri Besar ada pasukannya sendiri yang pakar dalam perkara itu,” katanya lagi. SK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan