SPECIAL ADS

11 Ogos 2014

Exco tak suka saya boleh letak jawatan, kata Khalid Ibrahim


Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihati mana-mana anggota Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang tidak menyokongnya supaya meletakkan jawatan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu, beliau akan bertemu dengan 10 anggota exco Selangor esok untuk mengetahui pendirian mereka, sama ada mahu meneruskan tugas atau letak jawatan. 

Khalid berkata, beliau yakin masih mampu meneruskan pentadbiran seperti biasa selepas mendapat sokongan daripada empat exco PAS iaitu Sallehen Mukhyi, Dr Ahmad Yunus Hairi, Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad.  

Menurut undang-undang negeri, Khalid hanya memerlukan sekurang-kurangnya empat exco‎ untuk menjalankan urusan negeri. 

"‎Bagaimanapun saya akan mengambil peluang untuk bertemu dengan wakil exco yang ada sekarang daripada PKR dan DAP untuk bertanyakan tentang kesediaan mereka untuk bersama-sama saya untuk mengendalikan mesyuarat exco dan pentadbiran Selangor," katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, hari ini.

wargamarhaen

Tiada ulasan: