SPECIAL ADS

17 Ogos 2014

Isu MB: Transkrip penuh sidang media PAS Pusat

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali menggesa semua pihak tidak terburu-buru membuat kenyataan sebagai salah seorang calon diterima menggantikan menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 Ogos, 2014.

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mencadangkan dua nama calon iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohammad Azmin Ali sebagai menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Keputusan itu diumumkan PAS pada sidang media selepas Mesyuarat PAS Pusat di pejabat agung parti itu pagi ini.

Berikut adalah antara soalan-soalan yang dikemukakan wartawan kepada Pimpinan PAS Pusat yang dijawab oleh Timbalan Presiden PAS Mahamad Sabu dan Setiausa Agung PAS Datuk Mustafa Ali selepas membacakan keputusan PAS pada sidang media hari ini.

Wartawan: Kenapa PAS tidak letak nama (Tan Sri) Khalid Ibrahim?

PAS: Sudah tidak timbul soal Khalid Ibrahim, dia telah dipecat oleh partinya. Maka tidak timbul lagi nama khalid Ibrahim.

Q: Bagaimana dengan empat exco PAS?

A: Mereka akan terus berkhidmat.

Q: Bagaimana dengan dua Adun PAS yang sokong Wan Azizah.

A: Kita akan siasat kenapa boleh jadi begitu.

Q: PAS telah menolak Wan Azizah seblum ini tetapi hari ini PAS dah buat U-turn?

A: Tidak ada U-turn

Q: Adakah keputusan ini persetujuan bersama atau ada undian?

A: Persetujuan bersama dan sebulat suara.

Q: Dengan keputusan ini adakah ia tidak selari dengan keputusan Majlis Syura yang mahukan TSKI sebagai MB?

A: Tidak timbul. Sebab TSKI dipecat partinya.

Q: Bagaimana hubungan PAS dengan DAP sekarang?

A: Petang ini kita ada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat jam 5 petang ini.

Q: Kenapa tidak TSKI?

A: Kita tahaluf siayasi dengan parti bukan dengan individu.

Q: Ada yang mengaitkan Umno dalam isu ini.

A: Itu tidak betul, tidak betul

Q: Keputusan hari ini adakah dipengaruhi oleh mana-mana pihak?

A: Tidak ada.

Q: Adakah PAS bersedia jika ada Pilihan Raya Negeri?

A: Tidak timbul perkara itu sekarang. Kami masih 2/3 majoriti.

Q: Selepas Aan Azizah adakah PAS cenderung kepada Azmin.

A: Kita kemukakan dua nama. Tidak timbul soal ini. Kita akan mesyuarat petang ini. Petang ini kita akan tentukan dalam mesyuarat PR .

Q: Umno hendak tengok Pakatan Rakyat berpecah?

A: Ya...kalau bukan itu (tujuannya) bermakna bukan Umnolah.

Tiada ulasan: