SPECIAL ADS

14 Ogos 2014

Khalid Akan Kekal Menteri Besar Hingga Disember 2014?



Tan Sri Khalid Ibrahim kemungkinan besar akan kekal berkuasa sebagai Menteri Besar sehingga November 2014 jika beliau berdegil meneruskan tugas dan Sultan Selangor tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap surat yang dihantar oleh Parti Keadilan Rakyat hari ini.



Kenyataan Khalid Ibrahim bahawa beliau mahu undi tidak percaya terhadapnya diadakan di dalam Mesyuarat Dewan Negeri Selangor merupakan bayangan awal bahawa beliau akan terus mempertahankan jawatannya selama mungkin.

Mesyuarat Dewan Negeri Selangor hanya boleh diadakan melalui permintaan Menteri Besar atau perintah DYMM Tuanku Sultan Selangor sahaja. Berdasarkan kenyataan Khalid hari ini, adalah mustahil beliau akan cuba memanggil sidang Dewan Negeri Selangor secepat mungkin.
Undang-Undang Tubuh Negeri 
LXX. (1) Duli Yang Maha Mulia hendaklah dari semasa ke semasa melalui Proklamasi yang disiarkan dalam Warta memanggil Dewan Negeri bermesyuarat dan tidak boleh membiarkan luput 6 bulan antara persidangan terakhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan bagi persidangan pertamanya dalam penggal yang berikutnya. 
(2) Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan (menunda/menggantung) atau membubarkan Dewan Negeri.
Berdasarkan undang-undang tubuh negeri Selangor, sidang Dewan hendaklah diadakan dalam tempoh enam bulan selepas sidang sebelum. Sidang sebelum ini ialah pada Jun 2014. Justeru Khalid boleh melengahkan sidang Dewan sehingga Disember 2014.

Pada bulan tersebut sekiranya, Sultan Selangor tidak memanggil sidang Dewan Negeri Selangor, ia akan terbubar secara otomatik, dan satu pilihan raya negeri Selangor perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Tiada ulasan: