SPECIAL ADS

8 Ogos 2014

Hapus Sekolah Kebangsaan (SK), SJKC (Cina), SJK India (SJKI). Wujud Sekolah Wawasan! Komen Anda?

sekolah wawasan
Hapus Sekolah Kebangsaan (SK), SJKC (Cina), SJK India (SJKI). Wujud Sekolah Wawasan!  : Melihatkan saban ada hari ada sahaja yang menghina agama lain, menghina bangsa lain di Malaysia termasuklah yang tersebar di media sosial baik di twitter mahupun di Facebook yang tidak berkesudahan.
Berita Semasa merasakan sudah tiba masa dan ketikanya, kerajaan Malaysia lebih tegas bagi membentuk perpaduan daripada peringkat akar umbi lagi, bukan hanya sekadar melaungkan dan canang satu dunia,1Malaysia, 1Malaysia dan 1 Malaysia………
Tidak cukup. Bagi Berita Semasa sendiri, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) & Sekolah Jenis Kebangsaan India (SJKI) menghalang kepada usaha bagi membentuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia.  Hakikatnya, keharmonian antara kaum ketika ini semakin renggang dengan pelbagai isu.
  1. Selagi permohonan menambah SJKC (ditunaikan), maka semakin retak hubungan kaum
  2. Membentuk perpaduan antara kaum perlu dilakukan di peringkat sekolah rendah
Itu sebablah betapa pentingnya, kewujudan sekolah Wawasan ini, sekolah rendah berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Dalam pada masa yang sama, matapelajaran seperti bahasa India, bahasa Cina dan bahasa Arab dijadikan matapelajaran pilihan. Sekurang-kurangnya lebih ramai lagi rakyat Malaysia boleh belajar bersama-sama dan menambahkan kemahiran memahami bahasa lain. Apatah lagi, China dan India bakal menjadi kuasa ekonomi dunia tidak lama lagi….
sekolah wawasan
Berdasarkan sejarah baik parti Barisan nasional (BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) tidak bersungguh-sungguh untuk menjadikan usaha penubuhan sekolah Wawasan diperhebatkan. Ini kerana ahli politik tidak akan membuat sesuatu yang menyakiti hati “pemegang saham mereka” iaitu kalangan pengundi setia mereka. Tetapi harapan Berita Semasa kepada kalangan ahli politik, supaya ada iltizam untuk menjadikan agenda perpaduan di peringkat sekolah rendah lagi direalisasikan.
  • Ya…Berita Semasa sedia maklumkan taikun-taikun kaya ramai datang dari sekolah SJKC juga
  • SJKC private seperti di Sentul, kelihatan seperti hotel Berita Semasa perhatikan
  • Manakala alumni mereka pun calang-calang juga

Sekolah Wawasan : Che Det VS Datuk Najib?

Tun Dr Mahathir (Che Det) dahulu bersusah payah membuat KBSR KBSM. Jadikan sekolah Tamil dan Sekolah Cina Kebangsaan. Sampai ke tangan Datuk Najib, siapa pelawa dan ajak Dong Zhong datang ke Malaysia untuk menubuhkan sekolah mengikut acuan mereka sendiri pula. Tidak cukup dengan itu, import pula cikgu sekolah dari China. Tepuk dahi Berita Semasa melihatkan “kelembutan dan tindakan toleransi” seperti ini.
Cadangan Berita Semasa agar, SJKC, SJKI serta SK dimansuhkan dan semuanya digabungkan menjadi sekolah Wawasan dengan harapan tida cakap-cakap yang mengatakan :
  1. SK : Untuk majoriti orang Melayu & Bumiputera
  2. SJKC : Untuk majoriti orang Cina
  3. SJKI : Untuk majoriti orang India
Dalam pada masa yang sama sekolah agama, sekolah pondok, sekolah mubaligh Kristian tidak perlu ditutup dan dikekalkan.
  1. mana ada di dunia ni diwujudkan sekolah bahasa asing-asiang jikalau benar mahu satu padukan rakyat.
  2. china yang ada beribu bahasa itu pun guna satu bahasa sahaja
  3. begitu juga dengan negara India
  4. jikalau kita tengok Indonesia, mereka guna Satu Bahasa tetapi di Malaysia?

Sekolah Wawasan : Satukan Cina, India & Melayu

Berita Semasa sangat bersetuju jika Melayu, Cina, India, dan bumiputera yang lain belajar di bawah satu bumbung yang dikenali dengan sekolah Wawasan. Saling mengenal barulah ada interaksi kaum sejak dari kecil lagi dengan harapan apabila sudah meningkat dewasa tidak menjadi rasis melampau seperti ……….dan kumpulan…….Ehem…..
Perbezaan kaum bukanlah satu masalah yang besar, disebabkan Allah yang jadikan kita berkaum-kaum. Yang penting cari titik persamaan. Agama tidak pernah suruh jadikan semua orang 1. Tidak pernah suruh tinggalkan kaum. Yang menjadi masalah sekarang ini apabila sehingga ke hari ini, antara kita tidak jumpa titik persamaan.
Dan titik persamaan itu ialah dengan menubuhkan 1 sekolah 1 bahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jikalau sudah dari kecik sampai besar dengan satu kaum dia sahaja, bagaimana mungkin perpaduan itu boleh tercipta hanya bersandarkan slogam……1Malaysia, 1Malaysia dan 1Malaysia. Ditambah pula, bahasa menjadi barrier. Apa pendapat anda pula?
beritasemasa.com

Tiada ulasan: