SPECIAL ADS

13 Ogos 2014

Khalid Ibrahim Pecat Exco Selangor (PKR & DAP). Percaturan Politik Anwar Ibrahim VS Khalid Ibrahim?

Khalid Ibrahim Pecat
Khalid Ibrahim Pecat Exco Selangor (PKR & DAP) : Pada mulanya Berita Semasa hanya merasakan Khalid Ibrahim hanya pandai “bermain chess” di pentas ekonomi dan korporat sahaja tatkala kejayaan beliau (Khalid Ibrahim) dan pasukannya menentang pasukan Britain dalam siri yang telah tercatat dalam sejarah dunia sehingga telah memalukan seluruh rakyat Britain ketika berlaku “Serangan Waktu Subuh” sekaligus membawa kejayaan kepada Malaysia membawa pulang Guthrie.
Rupa-rupanya lebih daripada itu Khalid Ibrahim mampu lakukan….
Terkini Khalid Ibrahim membuat percaturan baru selepas daripada mendapat perkenan Sultan Selangor, apabila Khalid Ibrahim bertindak drastik pecat exco PKR dan DAP dalam kerajaan negeri Selangor yang mana tindakan Khalid Ibrahim menurut pakar perlembagaan Malaysia, Dr Aziz Bari selari dengan amalan sistem Westminster walaupun dilihat tidak demokratik.
Bagi Berita Semasa sendiri Anwar Ibrahim dan anak buahnya bakal “checkmate” tidak lama lagi. Mungkin? Andaikata Khalid Ibrahim masuk PAS..bakal memeningkan kepala pemimpin tertinggi baik di pihak PKR dan DAP.

Krisis Menteri Besar Selangor : Pakatan Anwar Ibrahim VS Pakatan Khalid Ibrahim

Walaupun, Anwar Ibrahim dilihat figura politik yang cukup berpengalaman dalam permainan “sepak terajang” dalam politik Malaysia, Berita Semasa merasakan Anwar Ibrahim gagal untuk menjangka apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku dalam krisis Menteri Besar Selangor ini sebagai contoh perkenan Sultan Selangor dan juga perjumpaan antara Wan Azizah dengan Sultan Selangor tidak diperkenankan Sultan apabila tindakan dalam krisis menteri besar Selangor dilihat agak “desperate”.
Apatah lagi….Khalid Ibrahim tidak berseorangan apabila menerima sokongan yang cukup ampuh daripada seteru Pakatan Rakyat, iaitu UMNO Barisan Nasional yang terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Khalid Ibrahim.
Pada pendapat Berita Semasa andaikata Tan Sri Khalid Ibrahim berjaya digulingkan PKR sekalipun ia tetap memberikan pengajaran besar kepada mereka untuk tidak sewenang-wenangnya menggantikan Menteri Besar Selangor jika tidak suka, ataupun andaikata ada kes sekalipun yang belum disabitkan lagi di masa depan. Perlu ikut saluran dan protokal yang betul.
Sebenarnya politik di Malaysia, bukanlah tentang bagaimana baik anda bertindak bagi pihak rakyat tetapi bagaimana bijaknya anda merencana apabila sahaja kemungkinan langkah seterusnya di pihak lawan dan menanganinya dengan bijak (walaupun terpaksa menggunakan cara-cara yang kotor) atas nama survival dalam politik.
Pada hari ini, at the end of the day, rakyat is out of the equation. Be it BN, UMNO, PAS, PKR, DAP, semuanya sama sahaja. Hanya segelintir pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat dalam mana-mana parti.
P/S : Semakin menarik drama Samarinda melibatkan Isu Menteri Besar Selangor.
beritasemasa.com.my

Tiada ulasan: