“If you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you,
If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too;
If you can wait and not be tired by waiting,
Or being lied about, don’t deal in lies,
Or being hated, don’t give way to hating,
And yet don’t look too good, nor talk too wise:
If you can talk with crowds and keep your virtue,
Or walk with Kings—nor lose the common touch,
If neither foes nor loving friends can hurt you,
If all men count with you, but none too much;
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds’ worth of distance run,
Yours is the Earth and everything that’s in it,
And—which is more—you’ll be a Man, my son!”
SHAH ALAM : Demikian antara bait-bait puisi “If” karya penyair terkemuka dari British, Rudyard Kipling pada tahun 1895 sebagai satu bentuk nasihat seorang bapa kepada anaknya.
Puisi yang mempunyai maksud mendalam tentang norma kehidupan ini dibacakan dengan penuh penghayatan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seolah-olah menggambarkan situasi yang dialaminya kini sebagai seorang ahli politik.
Pemimpin tertinggi negeri itu bagaikan mahu memberitahu hadirin secara tersirat tentang kemelut melanda karier serta peribadinya, namun beliau masih mampu tenang meskipun isu kerusi panas Menteri Besar Selangor kian memuncak.
Di hadapan kira-kira 1,000 hadirin pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri, Abdul Khalid dengan tenang menyatakan puisi itu menggambarkan satu keadaan apabila perjuangan adalah demi prinsip dan penting bagi suatu kepimpinan.
“Sajak itu menyatakan satu keadaan yang mana perjuangan untuk prinsip adalah penting bagi suatu kepimpinan, oleh itu saya berharap kita dapat berkongsi pengalaman dan terus usaha mempertingkatkan negeri yang kita cintai,” katanya di Dewan Jubli Perak hari ini.
Suasana hening diselangi gelak tawa turut kedengaran ketika puisi itu didendangkan Abdul Khalid seakan-akan hadirin memahami maksud yang cuba disampaikan, malah tidak keterlaluan jika dikatakan mereka senada dan sependapat dengan bekas tokoh korporat itu.
Satu demi satu bait puisi dibaca sambil maksudnya diterangkan kepada hadirin antaranya “jika kita boleh masih lagi tegas dan berdiri tegak ketika yang lain-lain sudah menyalahkan kita, sabar ketika dimarahi dan tetap tersenyum walaupun tidak lagi disukai, maka kita adalah manusia sejati.”
Puisi itu juga memberi gambaran bahawa Abdul Khalid adalah seorang yang pemaaf dan tidak pernah menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak yang pernah ‘menyakitinya’.
Abdul Khalid yang kini menjadi satu-satunya Adun Bebas didakwa hilang sokongan majoriti daripada Adun Pakatan Rakyat (PR) Selangor yang mahu dirinya berundur dan memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar baru.
Meskipun ditekan ramai pihak, namun Abdul Khalid masih setia berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor setelah mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan dibantu empat orang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dari PAS. SK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan