Kerajaan sedang memperhalusi termasuk mengadakan pertemuan dengan beberapa syarikat multinasional yang mempunyai hubungan dagang dengan Israel sebelum sebarang keputusan dan kenyataan dikeluarkan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata, segala maklum balas dan kajian terperinci perlu dilakukan kerana ia melibatkan kepentingan tertentu.
"Ia termasuk terdapat barangan kompenen penting yang di buat di Israel yang mana kompenen tersebut dianggap kritikal.
"Kita tetap berpendirian tidak menyokong kezaliman Israel terhadap penduduk Palestin, namun dalam soal perdagangan ianya memerlukan kajian dan perbincangan lanjut dengan syarikat berkepentingan," katanya semasa sidang media selepas Seminar Pembangunan Islam Kelantan dan majlis hari raya di sini.
Jelasnya, Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan hampir kesemua negara namun kaedah perdagangan pada masa kini menjadikan sestau komponen tidak dibuat di satu tempat sahaja termasuk di Israel.
"Sebab itu kita akan buat perbincangan sebelum keluarkan kenyataan yang tepat. Perbincangan sedang berlangsung dan memang ada syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia yang memerlukan kompenen yang di buat di israel selain ada juga kompenen Malaysia yang di hantar ke Israel.
"Ia disebabkan komponen berkenaan merupakan kritikal. Jadi saya kira kita akan adakan pertemuan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan. Semuanya sedang diperhalusi kerana sebarang kenyataan yang akan dibuat perlu tepat," jelasnya.
Ujar Mustapha, masyarakat juga harus memahami rantaian barangan ini berada di pelbagai negara sebelum sesuatu produk disiapkan sepenuhnya.
Jadi jelasnya, proses mengimport atau mengeksport kompenen termasuk melibatkan Israel dilihat sesuatu yang diperlukan bagi menyiapkan produk berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan