SPECIAL ADS

31 Mac 2015

Kenaikan Yuran Universiti (IPTA, IPTS), Asrama Naik Lagi 2015 Gara-gara GST Malaysia 6%?

yuran universiti
Kenaikan yuran universiti (IPTA, IPTS), Asrama Naik Lagi 2015 Gara-gara GST Malaysia 6%? : Dengan kenaikan kos sara hidup hari ini, bukan sahaja golongan bekerjaya mula menghadapi tekanan bahkan kalangan pelajar universiti dan kolej juga tidak terkecuali untuk sentiasa berjaya dengan bahang kenaikan kos sara hidup di Malaysia terutamanya di kawasan bandar.
Pelajar universiti dan kolej hari ini bukan sahaja menghadapi kekurangan dana dek kerana berita yang diumumkan sendiri oleh PTPTN Malaysia mengatakan jumlah pembiayaan dan pinjaman bagi kemasukan pelajar baru bagi sesi 2015/2016 ini  akan mula berkurang sebanyak 5% bagi pelajar IPTA dan 15% bagi pelajar IPTS. Ini sekaligus bakal memberikan tekanan kepada para pelajar yang sentiasa bergantung harap kepada pinjaman PTPTN bagi menampung kos perbelanjaan yang tinggi terutamanya IPTS di Malaysia.

Aduan Yuran Universiti (IPTA, IPTS) Yuran Asrama Naik Lagi 2015?

Dan beberapa aduan yang mula diterima Berita Semasa yang mana kalangan pelajar sudah mula gusar dengan notis yang diterima mereka yang mana yuran universiti, yuran asraa dan yuran-yuran lain bakal naik semuanya gara-gara GST 6%?
Ini kerana walaupun pendidikan dikecualikan daripada pembayaran GST 6% tetapi kos operasi pengurusan dan pembekalan yang bakal bertambah disebalik pelaksanaan GST ini bakal menyebabkan beban kos yang naik itu akan dipulangkan semula kepada para pelajar mellaui kenaikan yuran universiti naik, yuran asrama naik dan lain-lain lagi.
Bagi Berita Semasa sendiri kegusaran kenaikan yuran universiti (IPTA, IPTS), yuran asrama naik lagi ini berasas, kerana jikalau anda merujuk kepada laporan Berita Semasa pada 1 Disember 2015 seperti di bawah ini di mana kerajaan Malaysia telah bertindak memotong sejumlah Bajet Pendidikan pada pembentangan Bajet 2015 yang lalu ditambah pula dengan bebanan disebalik pelaksanaan GST yang bermula hari ini.
KLIK SINI : Bajet Universiti 2015 Dipotong RM1.046 Bilion (12.36%). Kenaikan Yuran IPTA Naik 2015? Apa Kata Pensyarah, Pelajar, Ibubapa?
 P/S : Tahun 2015 dan seterusnya, baik bagi pelajar baru mahupun pelajar lama haruslah mula merancang daripada awal pengurusan kewangan anda daripada mula pengajian supaya pembelajaran tidak terus terganggu dengan bebanan kewangan yang dihadapi anda kelak. BS

Keluarga Allahyarham Nik Aziz nafi bina pagar di kubur



PETALING JAYA: Anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan dakwaan kononnya gambar yang sedang menjadi viral mengenai kubur ayahandanya yang dibina pagar bertutup sengaja dipasang ahli keluarga.



Menurut Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, pagar tersebut telah dibina oleh penduduk kampung dan bekas murid Allahyarham Nik Aziz tanpa pengetahuan keluarga beliau.

“Saya mohon menjelaskan bahawa binaan itu telah dibina oleh individu penduduk kampung dan murid ayahanda tanpa pengetahuan pihak kami sekeluarga.

“Tujuannya baik, iaitu untuk mengelak perbuatan bidaah yang jahil bertentangan ajaran Islam, seperti mengambil tanah untuk tujuan ‘berkat’ yang hakikatnya adalah ‘sesat,” kata Nik Abduh menerusi posting Facebooknya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menjelaskan, walaupun tujuannya adalah baik, namun pihaknya tidak bersetuju dengan binaan tersebut malah telah membuat keputusan untuk memindahkan pagar pada kadar segera.

“Kami sepakat bahawa ia diletakkan dengan status ‘sementara’ atas maslahat di atas. Ia akan dipindahkan dalam tempoh terdekat insya Allah,” katanya.

Sehubungan itu, pihak keluarga akan mengekalkan kubur Allahyarham dengan binaan batu nisan tanpa ada sebarang binaan lain di sekitar kawasan makam tersebut.

Walaupun sudah sebulan lebih Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia, sehingga kini pusara beliau masih diziarahi seluruh rakyat Malaysia.

Bekas Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS itu meninggal dunia pada 12 Januari lalu kira-kira jam 9.40 malam di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan. Beliau berumur 84 tahun.

GST Lombong Emas Golongan Songkok Tinggi



GST akan bermula 1 April, Rakyat  bakal menyaksikan fenomena cukai yang mengejutkan.GST sudah pasti melihat peningkatan pendapatan kerajaan tetapi belum tentu dapat dinikmati semula rakyat kerana hasil GST lebih menumpukan kepada  GOLONGAN SONGKOK TINGGI.

Rakyat biasa mungkin menjadi penanggung beban cukai sebenar untuk menyenangkan GOLONGAN SONGKOK TINGGI. Namun satu yang perlu difahami olih rakyat semua ialah GST akan menyebabkan banyak item dikenakan cukai atau dengan kata kata lain rakyat bakal membayar cukai berganda untuk mendapatkan keperluan mereka baik cukai barangan mahupun cukai perkhidmatan. 


Bercakap secara teknikal, harga kereta akan turun selepas GST kerana cukai jualan 10% akan dihapuskan dan diganti dengan GST 6%. Namun tanpa disedari, komponen kereta turut dihasilkan oleh pembekal pembekal komponen seperti tayar, bateri dan beberapa komponen lainnya yang tertakluk kepada GST.Olih itu kos sebenar sebuah kereta bukan turun tetapi naik kerana cukai berganda yang dikenakan.

Begitu juga dari sudut penyelenggaraan kereta,sungguhpun petrol dan disel dikecualikan GST, tetapi banyak alat ganti lain yang tertakluk GST malah tidak pasti samada bahan pelinciran dikecualikan atau tidak.Perkara ini bakal menyaksikan pemilik kereta terpaksa membayar kos penyelenggaraan yang lebih tinggi selepas 1April nanti.

Jika diperhatikan banyak lagi keperluan keperluan harian rakyat akan dikenakan cukai berganda kerana GST dan dengan hakikat indek harga pengguna yang terlalu tinggi dalam negara, pastinya GST dengan cukai berganda akan membebankan rakyat.

Fakta yang diperolehi dari pelabur asing turut tidak menyokong GST kerana sudah ada desas desus pelabur asing mungkin menarik pelaburan mereka keluar kerana GST.Jika ini berlaku bebaban rakyat terutama yang terbabit dengan sektor pelaburan asing akan turut terjejas.

Mungkin ada bantahan kepada luahan di atas kerana negara seperti Perancis umpamanya begitu berjaya dengan GST kenapa negara tidak bolih berjaya?Jawapannya sebab negara seperti Perancis mempunyai indek harga pengguna yang rendah berbeza dengan negara yang harga penggunanya melambung dan sentiasa dalam tren meningkat.

Begitu juga rasuah dalam negara masih antara yang tertinggi dalam senarai dunia berbanding Perancis yang zero rasuahnya.Rasuah akan terus menyebabkan GST gagal mencapai matlamat seperti diiklankan di kaca TV, malah GST akan hanya menjadi lombong emas kepada GOLONGAN SONGKOK TINGGI. 

Tranungkite

Mydin tanggung GST, harga barang kekal

mydijn
Kempen tersebut membolehkan pengguna membeli barangan pada harga sama seperti sebelum dikenakan GST kerana pelaksanaan 6 peratus GST akan ditanggung oleh syarikat Mydin melalui mekanisme tersendiri.
Meringankan beban pelanggan yang khuatir terpaksa membayar lebih ekoran pelaksanaan GST bermula esok (1 April 2015), syarikat borong dan runcit, Mydin tampil memperkenalkan kempen ‘Gerenti Semua MYDIN Tanggung’ (GSMT), Harga Tak Naik.
Kempen tersebut membolehkan pengguna membeli barangan pada harga sama seperti sebelum dikenakan GST kerana pelaksanaan 6 peratus GST akan ditanggung oleh syarikat Mydin melalui mekanisme tersendiri.
Turut hadir membuat tinjauan harga barang sempena kempen tersebut ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
“Ini satu usaha yang baik kerana Mydin membuktikan GST tidak sepatutnya mengenai kenaikkan harga barang,” kata Ahmad dalam sidang media pelancaran kempen GSMT di sini hari ini.
Menjelaskan GST sebenarnya menggunakan tiga teori prosedur standard operasi (SOP), beliau percaya ia dapat membantu peniaga seperti Mydin merancang secara bijak untuk mengekalkan harga barang.
“Pertama, sebelum pelaksanaan GST, peniaga harus menolak cukai SST yang didatangkan dalam tiga jenis peratusan iaitu 5, 6 dan 10 peratus.
“Teori kedua ialah Cukai Kredit Input yang membenarkan peniaga berdaftar seperti Mydin menuntut semula cukai input terhadap barangan yang dikenakan cukai 6 peratus.
“Terakhir, kerajaan bersetuju memberi pulangan kepada stok yang mempunyai SST pada 1 April nanti,” jelas Ahmad Maslan tentang teori SOP GST.
Justeru, menggunakan asas teori tersebut, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd., Datuk Wira (Dr.) Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya berjaya merangka pelan GSMT.
Mydin dijangka akan menyerap GST dengan kerjasama bersama pihak pembekal.
“Kami telah meminta pembekal menurunkan harga sekitar 2 peratus, ditambah dengan 2 peratus tuntutan daripada cukai SST dan Mydin sendiri akan mengurangkan margin keuntungan sehingga 2 peratus, sekali gus membolehkan ia menanggung sepenuhnya GST yang akan dikenakan,” jelas Ameer dalam majlis yang sama.
“Jika dulu pengguna membeli 10 barangan pada harga RM300, kini juga mereka dapat membeli barangan yang sama pada harga yang sama di Mydin.”
Kempen GSMT ini dilaksanakan di semua cawangan-cawangan Mydin, MyMydin serta KR1M di seluruh Malaysia,” ujar Ameer.
Mydin dijangka mengorbankan sehingga RM15 juta keuntungan daripada pulangan jualan RM300 juta sebulan untuk menanggung GST.
Mydin beroperasi di lebih 250 cawangan di seluruh negara. FMT

30 Mac 2015

Sultan perintah perjanjian air dimuktamadkan segera

Hasil carian imej untuk sultan selangor sekarang
Penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi memenuhi keperluan pembangunan dan kehidupan rakyat.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berharap penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor dapat dimuktamadkan segera berdasarkan semangat dan terma Perjanjian Utama yang telah ditandatangani pada 12 September 2014.
Sultan Sharafuddin turut yakin pendekatan bersemuka dan berbincang dapat menyelesaikan persoalan itu secara adil demi menjamin perkhidmatan air terawat yang lebih efisien dan mesra rakyat kepada seluruh warga Selangor.
“Beta juga mahu langkah-langkah persediaan diambil untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik dan industri.
“Air adalah satu keperluan yang sangat penting untuk keperluan rakyat,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal ke-3 Dewan Negeri Selangor yang ke-13 tahun 2015 di sini hari ini.
Sultan Selangor turut menyeru supaya penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi memenuhi keperluan pembangunan dan kehidupan rakyat.
Pada 25 Mac lalu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTha) menyatakan kerajaan persekutuan masih kekal dengan perjanjian yang sama berhubung isu air di antara kerajaan negeri Selangor.
Menterinya, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, sehingga kini tiada sebarang perubahan melibatkan terma projek Langat 2.
“Masih kekal pada perjanjian air sebelum ini sementara menunggu surat daripada kerajaan negeri pula,” katanya
Pada 23 Mac lalu, kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk memuktamadkan keputusan perjanjian air bersama kerajaan persekutuan.
Keputusan perbincangan penyambungan semula perjanjian air itu dibuat selepas mengambil kira kesediaan KeTTha untuk kembali semula kepada terma perjanjian utama air yang ditandatangani pada 2014. FMT

Sultan Selangor mahu kerajaan negeri ganti tanah rizab Melayu

Hasil carian imej untuk sultan selangor sekarang
Status tanah rizab Melayu yang dibatalkan kerajaan negeri bagi tujuan projek pembangunan semula perlu digantikan segera, titah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sultan Selangor berkata, sebarang bentuk penggantian tanah baharu harus "serupa keadaannya" dan mempunyai nilai pasaran yang kompetitif.
"Wajar diingatkan agar hak-hak orang Melayu dan Bumiputera mesti dipertahankan termasuk jumlah keluasan tanah rizab Melayu selaras dengan Perkara 89 Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan," titahnya dalam ucapan pembukaan persidangan penggal ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13, di Shah Alam, hari ini.
Baginda juga mahu keluasan hutan simpan kekal di Selangor dijaga dan tidak boleh kurang 30% daripada jumlah keluasan tanah negeri.
Titahnya, kerajaan negeri perlu mengambil iktibar bencana banjir di beberapa negeri Pantai Timur, justeru pengurusan alam sekitar dan ekosistem melalui pemeliharaan hutan simpan kekal dan penamaan pokok perlu diberi perhatian.
Menyentuh isu ekonomi, Sultan Sharafuddin bertitah kedudukan kewangan Selangor pada 28 Februari lalu dilaporkan kukuh dengan jumlah RM3.4 bilion dan mencatatkan peningkatan Kumpulan Wang Disatukan sebanyak RM226 juta berbanding 31 Disember 2014.
Titahnya, tindakan kerajaan negeri mengemukakan bajet defisit 2015 adalah langkah membetulkan struktur ekonomi menghadapi pertumbuhan ekonomi Malaysia yang agak perlahan.
Menurut baginda, Selangor kekal menjadi negeri termaju di Malaysia dengan menyumbang 23.5% keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara.
Manakala purata pendapatan isi rumah Selangor, titahnya, masih mencatatkan kedudukan yang teratas dengan melebihi 40% lebih daripda purata nasional.
"Purata pendapatan isi rumah Selangor pada tahun 2012 meningkat kepada RM7,023 berbanding purata pendapatan isi rumah Malaysia yang hanya RM5,000 sahaja.
"Manakala kadar kemiskinan negeri Selangor terus berkurangan daripada 0.7% dalam tahun 2009 kepada 0.4% pada tahun 2012," titahnya.
Titahnya, semakin ramai rakyat Malaysia berhijrah ke Selangor dan menjangkakan kebanjiran penduduk mencecah 9 juta orang pada 2035.
Jumlah itu, titahnya, menyebabkan permintaan perumahan mampu milik akan menjadi lebih mendesak dan keperluan menyediakan sistem pengangkutan awam semakin mencabar.
"Beta menyambut baik keputusan kerajaan negeri menyediakan Pelan Induk Sistem Pengangkutan Awam. Usaha ini dapat memberi memberi kemudahan dan alternatif pengangkutan yang lebih murah, efisyen dan selamat serta mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian disamping mengurangkan pelepasan karbon.
"Beta berharap supaya Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dapat mensasarkan pecahan nisbah pengangkutan awam kepada kenderaan persendirian pada kadar 60:40," katanya. TMI

29 Mac 2015

Tumbuh liar di tepi rumah namun sebenarnya berkhasiat tinggi?

Khasiat_Ketumpang_1
Pasti ada ketikanya, kita akan mencabut pokok ini untuk bersihkan kawasan rumah. Ini kerana ia tumbuh liar tanpa diminta tetapi ia dikatakan mempunyai pelbagai khasiat.
Pokok ini dikenali sebagai sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang. Ia juga ada dijual di kedai sinsei Cina dalam bentuk yang telah dikeringkan dengan harga RM10 untuk 100gram.
Dicatatkan penulisnya, amat mujarab untuk kayap. Pesan seorang hamba Allah, ambil pokok ketumpang dan ditumbuk serta disapu pada bahagian tempat yang terkena kayap tersebut. Alhamdulillah setelah kayap dua hari disapu, ia mulai kering dan selepas 5 hari,  lega kerana bahagian yang terkena kayap tinggal parut sahaja.
Khasiat_Ketumpang_2

Sebagai pengetahuan, pokok ini juga boleh dibuat sayur goreng kerana tidak pahit dan rasanya sedap. Air rebusannya juga boleh diminum.

Khasiat lain pokok tersebut.
Merawat Gout
Penawar sakit sendi dan perut
Jusnya mengelakkan jangkitan pada mata
Cirit-birit
Batuk
Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
Buasir
Selsema
Jangkitan pada pundi kencing
Kayap
Darah tinggi
Kencing manis
Khasiat_Sireh_Air
Sebenarnya pokok yang kita anggap penyemak kawasan rumah ini berkhasiat dalam bidang perubatan. Sambil-sambil mencabut rumput, boleh asingkan pokok ini untuk dibuat sayur.

Roti Canai Berwarna Hijau, Kuning.. Selera Atau Tidak?

SELAIN nasi lemak, roti canai antara juadah sarapan pagi paling popular yang mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia.
Tidak hairanlah, juadah ini menjadi menu hidangan utama di banyak kedai makan negara ini dan mendapat permintaan tanpa mengira waktu.
Dalam pada itu, kecoh pulak di laman sosial tentang penjualan roti canai yang kini boleh didapati dalam warna hijau dan kuning. Haaa.. rare kan?
11037553_10152947609264998_4578953782949550745_n (1)11102913_10152947609269998_1322797417681223500_n (1)
Iyelah, tak pernah dibuat orang dan nampak unik apabila sedikit inovasi diberi pada juadah popular ini.
Menurut pengguna sosial, roti canai hijau dan kuning itu dijual di sebuah gerai di Langkawi, Kedah.
Meskipun nampak cantik dan menarik, ramai netizen menyuarakan bahaya bahan kimia dalam pewarna yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit.
Bagi anda bagaimana? Selera atau tidak? – MYNEWHSUB.CC

28 Mac 2015

Juruterbang pernah jalani rawatan jiwa


Juruterbang Germanwings, yang disyaki sengaja menghempaskan pesawat itu Selasa lalu, pernah menerima rawatan tekanan jiwa bagi kes kemurungan teruk enam tahun lalu, lapor akhbar Jerman. 

Andreas Lubitz, pembantu juruterbang berusia 27 tahun, yang bersendirian di kokpit pesawat Airbus A320 menghalang juruterbang daripada masuk sewaktu menjunamkan pesawat itu sebelum terhempas di pergunungan Alps di selatan Perancis. 


Akhbar Bild, yang dipetik agensi berita Reuters hari ini, melaporkan Lubitz menjalani rawatan psikiatri selama setahun setengah. Dokumen-dokumen itu tentang rawatan itu akan diserahkan kepada penyiasat Perancis selepas disemak pihak berkuasa Jerman. 

Lubitz dilaporkan secara manual memulakan prosedur terbang menurun dan tidak memberi respons ketika juruterbang dan krew merempuh pintu yang dikunci sehingga pesawat penerbangan 4U9525 Germanwings itu terhempas. 

Penemuan itu diumumkan semalam oleh oleh penyiasat Perancis. Insiden itu mengorbankan 150 orang, termasuk dua bayi dan enam anak kapal, ketika pesawat menuju Dusseldorf, Jerman dari Barcelona, Sepanyol. MYS

7,113 anak Selangor nikmati Tadika ‘Percuma

SHAH ALAM : Sejak 2012 sebanyak 7,113 anak Selangor menikmati akses yuran Tadika secara percuma menerusi manfaat Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS).
Eksekutif Operasi TUNAS, Abdul Mutalib Islan berkata, peruntukan sebanyak RM3,329,555.00 telah disalurkan pada 2014 dan dianggarkan sebanyak RM4 juta akan disalurkan bermula Januari sehingga November 2015.
halimah tunas selat klang 01“Sehingga Mac 2015, ia mencatatkan peningkatan jumlah sebanyak 8,950 orang kanak-kanak daripada 802 buah Tadika dan Pra Sekolah seluruh Selangor berbanding hanya 6,823 kanak-kanak daripada 705 buah Tadika dan Pra Sekolah pada 2014,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.
Skim Tunas merupakan bantuan yuran sebanyak RM50 setiap bulan kepada kanak-kanak Tadika yang layak.
Bantuan ini disalurkan terus kepada Tadika yang berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.
Kelayakan bantuan juga berdasarkan pendapatan ibu bapa di bawah RM2,500.
Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut boleh melayari laman rasmi TUNAS di http://www.e-tunas.org

Anita Sarawak Mahu Pencen Menyanyi/Berlakon. Kini Sedang Hijrah?

Anita Sarawak setelah mahu pencen menyanyi dan berlakon diduga sedang berhijrah ke arah kebaikan secara keseluruhan. Tahniah kepada beliau dari Weblog Ibnu Hasyim. Alhamdulillah.  

Hal ini diketahui apabila Kosmo!Online membongkar misteri kehilangan penghibur tersohor itu, selama hampir tiga tahun sejak 2012 akhirnya terjawab semalam apabila dia dikhabarkan berada dalam keadaan sihat dan kini menetap di Las Vegas, Amerika Syarikat.


Adik Anita yang juga pelakon, Noorkumalasari Mohamed Taib, 59, mendedahkan penyanyi yang terkenal dengan lagu Seksis dan Tragedi Buah Epal itu mengambil keputusan untuk menyepi dan meninggalkan Malaysia kerana nekad bersara daripada dunia hiburan.

Malah, Noorkumalasari berkata, Anita yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-63 pada Rabu lalu juga menafikan perceraiannya dengan Mahathir Abdullah seperti yang digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak sebelum ini. Perkahwinan Anita dengan Mahathir sudah mencecah 14 tahun selepas bernikah sejak 2001. 

Artis terkenal era 70-80an, Noorkumalasari dilihat juga tidak mahu menyanyi/berlakon lagi ... gambar diangkat dari blog Budak Sri Kinta.

“Saya ada menghubungi Anita dua bulan lalu dan bertanya tentang kesahihan berita perceraiannya dengan Mahathir.

“Anita berkata, dakwaan tersebut merupakan satu fitnah kerana beliau kini masih bahagia bersama suaminya di Las Vegas.

“Dia juga sudah pencen dan tidak akan menyanyi lagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! yang berusaha menjejaki penyanyi itu sejak seminggu lalu.


Noorkumalasari yang sebelum ini mengunci mulut daripada berkongsi kisah mengenai Anita turut memberitahu, Anita tidak merancang untuk pulang ke tanah air dalam masa terdekat kerana selesa tinggal di Las Vegas sambil menguruskan perniagaan bersama Mahathir.



"Jazakillahu Khairan Kathira!" Ucap  editor Weblog Ibnu Hasyim, Hj Mohd Hasyim kepada Anita. Ertinya, "Semoga Allah memberi/menambah kepadamu kebaikan yang berlimpah."   
(IH)


Video: Noorkumalasari : Kita Berubah kerana Allah - 8/12/2012 


Ibnuhasyim

Kadir Jasin : Demi ekonomi negara, PM harus lepaskan jawatan Menteri Kewangan

kadir jasin
Najib jadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, semestinya dia guna kuasa yang ada selaku perdana menteri dan menteri kewangan untuk melakukan apa yang beliau hendak lakukan.
Bekas ketua pengarang Kumpulan Akhbar News Strait Times, Datuk Kadir Jasin mendakwa krisis ekonomi negara menjadi semakin buruk apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri menerajui Kementerian Kewangan sekaligus menyebabkan berlakunya ‘konflik bertentangan’.
“Semasa zaman pemerintahan Tun M, saya pernah mengeluarkan pendapat bahawa perdana menteri tidak sesuai memegang jawatan menteri kewangan, sebab ia akan menyebabkan berlakunya konflik bertentangan,” demikian katanya semasa berucap di dalam forum bicara masa depan ekonomi Malaysia di Shah Alam malam tadi.
Beliau juga sebelum ini pernah mengungkitkan hal yang sama apabila bekas perdana menteri Datik Seri Ahmad Badawi Abdullah menjadi menteri kewangan dalam masa yang sama supaya jawatan itu tidak dipegang terlalu lama.
“Sekarang, dia (Najib) jadi Pengerusi Lembaga Penasihat 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), semestinya dia guna kuasa yang ada (selaku perdana menteri dan menteri kewangan) untuk melakukan apa yang beliau hendak lakukan,” ujarnya.
Beliau mengkaui perkara ini terbukti jelas apabila Najib mengarahkan 1MDB disiasat dan dilakukan audit, pada masa sama beliau secara terang-terangan bertindak campur tangan dengan manafikan bahawa Jho Low dan Riza Shahriz Abdul Aziz terlibat dengan 1MDB.
Walau bagaimanapun, Kadir menjelaskan isu 1MDB sebenarnya ada kebaikkanya isu itu menjadi bahagian daripada masalah kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.
Ini kerana krisis tersebut mengungkitkan minat ramai rakyat dan menyedarkan mereka mengenai kegawatan ekonomi yang sedang berlaku sehingga ada yang sanggup turun ke jalan untuk melakukan demonstrasi.
Apapun, Kadir menyampaikan rasa kurang senang terhadap masa depan ekonomi Malaysia yang dikhuatiri akan bertambah merosot jika pemimpin dan rakyat melibatkan isu kewangan negara dengan politik kerana ia akan memburukkan lagi keadaan.
“Sebelum negara kita menjadi negara yang gagal, kita wajib bertanggungjawab dan perlu berfikir di luar kerangka politik, bukan hanya mengenai UMNO, DAP, PAS, PKR sahaja,” demikian kata Kadir.
Malah, katanya masalah hutang negara boleh diselesaikan dengan syarat seluruh rakyat Malaysia bersatu dan bersama memikirkan cara yang terbaik bagi menangani krisis ini.
“Jika perkara ini tidak diselesaikan, bukan sekadar anak cucu kita akan menanggung hutang negara, tetapi mungkin menyebabkan negara muflis pada masa akan datang.
“Ekonomi negara kita tidak lagi kukuh, realitinya ekonomi negara tidak sekukuh sebelum tahun 1997,1998,” katanya. FMT

27 Mac 2015

Guru berusia 52 tahun nikahi anak murid 18 tahun


Melalui perkongsian seorang pengguna Whatsapp, Mohd Hisham mendedahkan anak murid yang dikahwini guru lelaki itu adalah kawan karib kepada anaknya di SMK Baling, di tempat dia mengajar.

Menurut Hisham lagi, disebabkan anak muridnya itu datang ke rumahnya untuk tidur bersama anaknya, maka dari situlah hati guru lelaki itu mula tersangkut (terpaut) sehinggalah kini telah berjaya memperisterikan anak muridnya itu.

Perkahwinan ini sememangnya unik walaupun sebenarnya telah banyak perkahwinan yang berlaku di antara guru dan anak murid di Malaysia. Cuma tak dihebohkan seperti sekarang disebabkan kecanggihan teknologi pada masa kini.


Apapun marilah kita doakan agar perkahwinan guru dan anak murid ini diberkati dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Aminnn. 

Tun Mahathir Dedah 29 Rahsia Mengejutkan Tentang 1MDB


11

Akhirnya Tun Mahathir sendiri bersuara tentang isu 1MDB yang penuh konspirasi… Bukan apa, sebab ia melibatkan duit berbilion ringgit yang lesap entah ke mana… Dan jangan kata ini tidak kena mengena dengan kita kerana penjamin untuk semua pelaburan meragukan itu ialah KERAJAAN MALAYSIA.. Kita semua wajib tahu… Hari ni Tun Mahathir (bukan pihak pembangkang) dedahkan kepincangan dalam 1MDB…KREDIT CHEDET.CC.


1. UMNO telah mengadakan majlis penerangan tertutup yang dihadiri oleh sebahagian dari Ketua-Ketua Bahagian pada 8 Mac. Keputusan majlis mengikut akhbar ialah menyokong penuh Presiden parti.

2. Tidak diketahui tentang penjelasan oleh Presiden berkenaan kontroversi 1MDB, yang sedang dibincang dengan meluas oleh rakyat. Bahawa perkara ini dibawa oleh parti lawan, justeru itu ia adalah fitnah belaka tidak mencukupi untuk rakyat menolak tuduhan-tuduhan berkenaan 1MDB.
3. Rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB. Mereka bincang perkara ini dimana sahaja. Jika mereka tidak puas hati dan tidak sokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU akan datang, BN mungkin kalah. Dan jika BN ditolak, sokongan kepada Presiden oleh pemimpin bahagian UMNO tidak lagi bermakna.

4. 1MDB bukan buat hutang biasa seperti Kerajaan yang biasanya berjumlah hanya ratusan juta sahaja. 1MDB telah hutang berbillion Ringgit. Walaupun 1MDB bukan Kerajaan tetapi ia adalah badan yang ditubuh dan dimiliki oleh Kerajaan sepenuhnya dengan modal sebanyak 1 juta Ringgit. Ada juga jaminan oleh Kerajaan terhadap beberapa hutang 1MDB. Oleh itu Kerajaan tidak boleh dakwa bahawa ini masalah syarikat dan bukan masalah Kerajaan.

5. Kerajaan sudah melantik Auditor General untuk memeriksa akaun 1MDB. Tetapi ini tidak akan menjawab banyak soalan yang telah dikemukakan dan dibincang oleh rakyat.

6. Dakwaan-dakwaan yang telah dibuat terhadap 1MDB bukan berbentuk tuduhan melulu. Ia disertai dengan fakta yang jelas, iaitu jumlah hutang, siapa yang mengurus, siapa yang menerima wang berbillion Ringgit, pelaburan yang dibuat, dimana wang ini disimpan, dalam bentuk apa.

7. Nama Jho Low disebut berkali-kali. Demikian juga nama-nama syarikat miliknya. Tuduhan dibuat berkenaan dengan pembelian rumah mewah olehnya di London, New York dan Holywood. Lepas itu rumah dijual kepada anak tiri Perdana Menteri dengan harga ratusan juta Ringgit. Sudah tentu ini tidak disebut dalam akaun 1MDB yang akan diperiksa oleh AG.

8. Pada mulanya duit Riza Aziz dikatakan warisan harta kekayaan dari keluarga Tun Razak. Kemudian dakwaan ini dinafi. Soalannya jika tidak dari keluarga Tun Razak dari mana datang wang yang banyak ini. Apakah ianya hasil dari perniagaan? Jika ya, apa perniagaan, dimana? Sudahkah cukai pendapatan dibayar? Kepada Kerajaan mana?

9. Pelaburan ratusan juta untuk filem “The Wolf of Wall Street” oleh Riza Aziz, anak tiri Dato Sri Najib datang dari mana? Filem ini tidak memberi keuntungan. Tidak mungkin filem ini membiayai rumah mewah yang dibeli dengan ratusan juta Ringgit atau Dolar Amerika.

10. Semua perkara-perkara ini tidak akan terdapat dalam akaun 1MDB. Tetapi rakyat ingin tahu kerana melibatkan Jho Low. Dan Jho Low disebut-sebut berkenaan dengan pengurusan 700 juta USD dari 1MDB.

11. Ada yang disebut berkenaan Petro Saudi yang juga menerima bayaran ratusan juta dolar dari 1MDB Benarkah Petro Saudi ini mendapat konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina, di Turkmenistan dll. Apa buktinya? Benarkah JV dibuat dengan Petro Saudi sebelum ‘due diligence’ dibuat. Katanya sementara 1MDB melabur USD1 billion dalam JV dengan Petro Saudi, tetapi Petro Saudi tidak melabur satu sen pun. Apa jadi kepada wang IMDB dalam JV tidak jelas.

12. Apa sebabnya lebih dari 6 billion Ringgit (Dollar) disimpan di Cayman Island? Kerajaan tidak pernah simpan duit di lain negara selain pembelian bond. Apakah bond dibeli? Apa hasilnya?

13. Katanya wang sebanyak USD1 billion sudah dibawa balik dari Cayman dan disimpan dalam bank Singapura. Kononnya Bank Negara menjadi masalah kerana proses menyimpan wang yang banyak mesti melalui proses yang rumit. Bolehkan Bank Negara jelas kenapa menimbul masalah sedangkan 1MDB adalah syarikat Kerajaan yang dikuasai oleh Kementerian Kewangan. Jika mudah di Singapura kenapa susah sangat di Malaysia?

14. Urusan Kerajaan pernah dirahsia. Tetapi soal bayar balik hutang adalah public knowledge (dalam pengetahuan orang ramai). Orang ramai ingin tahu benarkah Ananda Krishnan memberi pinjam RM 2 billion untuk bayar faedah ini. Apakah faedah yang dikenakan oleh Ananda? Apa cara bayaran balik hutang Ananda? 1MDB dikatakan untung. Kenapa tidak dapat bayar faedah 2 billion Ringgit.

15. Juga diketahui umum ialah permohonan hutang sebanyak 3 billion dari Kerajaan baru-baru ini. Apakah Kabinet melulus pinjaman yang begitu besar ini? Apakah syarat yang dikenakan? Bagaimanakah hutang ini akan dibayar balik oleh 1MDB

16. Tanah Kerajaan di Jalan Tun Razak dan Lapangan Terbang Sungai Besi telah dibeli oleh 1MDB. Apakah harga yang dibayar? Apakah tanah ini yang dikatakan asset 1MDB? Bagaimanakah dinilai harga tanah ini? Kerajaan berhak mendapat pulangan yang setimpal apabila tanah ini dijual kepada sesiapa pun. Berapakah harga satu kaki persegi. Tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000/- satu kaki persegi. 1MDB juga membeli tanah di Pulau Pinang. Apa harganya. Apa jenis pembangunan yang dicadangkan. Sudah dimulakah?
17. Jika tanah-tanah ini menjadi aset 1MDB, apakah nilai tinggi aset ini disebabkan kenaikan (revaluation) dari harga belian yang murah dan harga pasaran yang tinggi.

18. 1MDB meminjam lebih dari 10 billion Ringgit untuk beli beberapa stesyen janakuasa. Harga yang dibayar dikatakan lebih tinggi dari harga pasaran. Lesen stesyen-stesyen ini akan mati tidak lama lagi. Kenapa tidak tunggu hingga lesen mati sebelum membeli. Harga selepas mati lesen tentu amat rendah. Membeli dengan harga tinggi sebelum lesen mati amat merugikan.

19. Wang untuk membeli stesyen janakuasa dipinjam. Laporan menunjuk komisyen sebanyak lebih dari 10% dibayar kepada Goldman Sachs untuk mengurus penjualan bond.

20. Jika komisyen 10%, 1MDB akan dapat hanya 90% dari jumlah yang dihutang. Tetapi faedah perlu dibayar keatas 100% jumlah hutang. Ini menghairankan!

21. Biasanya hutang yang dijamin oleh Kerajaan dikenakan faedah 3%. Hutang yang diurus oleh Goldman Sachs dikenakan faedah sebanyak 5.9%.

22. Jumlah hutang sudah meningkat kepada 42 billion Ringgit. Faedah keatas jumlah ini, jika hanya 5% pun akan berjumlah 2.6 billion Ringgit setahun. Ini adalah satu jumlah yang amat besar.

23. Sebaliknya jumlah keuntungan dari pelaburan dalam stesyen janakuasa tidak akan mencukupi untuk membayar faedah ini. Demikian juga pelaburan untuk beli tanah di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang tidak akan beri apa-apa pulangan sebelum di bangun atau dijual.

24. Sesungguhnya 1MDB menimbul banyak soalan tentang pengurusan dan kegunaannya. Dan jumlahnya juga amat besar. Rakyat berhak merasa curiga akan cara dan kegunaan wang mereka yang banyak ini.

25. Ulasan bahawa semua tuduhan adalah fitnah tidak mencukupi. Mereka yang mendakwa bahawa ada penyelewengan dalam pengurusan 1MDB berani membuat kenyataan terhadap Kerajaan dan individu-individu tertentu walaupun terdedah kepada tindakan saman malu. Tetapi mereka mendakwa mereka memiliki bukti-bukti yang jelas seperti e-mail, surat perjanjian dan bukti-bukti lain. Tarikh dan nama-nama diberi tanpa bersembunyi. Pembohongankah tuduhan mereka!!

26. Sehingga kini Kerajaan tidak menjawab secara yang masuk akal. Umpamanya 1MDB tidak punyai masalah kerana asetnya lebih dari hutang. Tetapi hanya untuk bayar faedah 2 billion, tidak ada wang sehingga tidak dapat tutup akaun ikut jadual. Kemungkinan terpaksa hutang untuk bayar faedah.

27. Sejak Arul Kanda Kandasamy mengambil jawatan CEO, banyaklah kenyataannya yang tidak munasabah yang dibuat. Kononnya wang di Cayman sudah dibawa balik. Kemudian wang ini tidak boleh bawa balik. Kemudian sudah dibawa balik tetapi disimpan di Singapura.

28. Yang diperlukan bukan audit biasa buku akaun. Yang diperlukan ialah siasatan forensik oleh polis akan tuduhan yang dbuat terhadap beberapa orang yang terlibat dengan pengurusan wang 1MDB.


29. Jika ini tidak dibuat dan dibuat secepat mungkin, sokongan rakyat yang sudah pun merosot dalam PRU 2008, 2013 akan merosot lagi. Besar kemungkinan BN akan kalah pada 2018, walaupun ketua-ketua UMNO sokong dan terima dengan puas hati penerangan yang dibuat. Ingatlah undi orang UMNO sahaja tidak cukup untuk menang pilihanraya. TK

Sultan Johor : Kedatangan rakyat Singapura untuk menetap di Johor akan memacu kemajuan bagi negeri itu.

Pemimpin Umno sering memomok-momokkan bahawa kebanjiran orang luar ke negara ini akan menjejaskan orang Melayu. Perkara itu membantu parti itu untuk mengekalkan cengkaman kuasanya di negara ini.

Bagaimanapun, parti itu kini dengan perlahan-lahan semakin menyepikan diri apabila igauan tersebut bertukar menjadi realiti di negeri kelahirannya, Johor.



Parti itu tetap mengunci mulut apabila Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mengisytiharkan bahawa kedatangan rakyat Singapura untuk menetap di Johor akan memacu kemajuan bagi negeri itu.

"Apabila rangkaian perhubungan (Johor-Singapura) diwujudkan, ia akan menjadi kebiasaan bagi rakyat Singapura tinggal di Johor dan bekerja di Singapura. Itulah (realiti) masa depan," titah Sultan Ibrahim.

Baginda menyebut demikian dalam satu temu bual dengan The Star minggu lalu.

Sultan Ibrahim menolak andaian bahawa projek tersebut akan mewujudkan hartanah yang berlebihan di selatan Johor.

Titahnya, di London sendiri, sebanyak 80 peratus daripada hartanahnya dimiliki oleh orang asing.


Kawasan Selatan Johor kini menyaksikan pembangunan pesat, kebanyakannya dimajukan oleh pemaju terkemuka dari China. Salah satu projek paling besar di situ ialah Forest City.

Bagi projek Forest City sahaja, dianggar kira-kira 300,000 orang akan menetap di pulau yang baru diwujudkan di Selat Johor menjelang 2045, menurut kajian Penilaian Terperinci Impak Alam Sekitar Impak (DEIA).

Johor kini mempunyai penduduk seramai 3.5 juta.

Pemaju Forest City, Country Garden View Pasifik (CGPV) juga yakin bahawa permintaan antarabangsa untuk hartanah di Singapura akan membantu menyelesaikan sebarang isu lebihan hartanah di negara republik itu.




"Sasaran kami adalah penduduk dunia, bukan sahaja rakyat tempatan. Mereka boleh menjadi rakyat Singapura atau Cina dari China ... kami membukanya untuk (pasaran) antarabangsa," kata Pengarah Eksekutif CGPV Md Othman Yusof semasa sesi itu.

Md Othman membandingkan Forest City dengan Dubai City, yang menurutnya berjaya menjana penghijrahan untuk mengekalkan kelestariannya apabila pembanguna itu siap.

Kira-kira 85 peratus daripada penduduk di Dubai hari ini terdiri daripada warga asing.

Laporan DEIA Forest City ini juga mengakui bahawa projek tersebut akan memberi impak sosial yang “besar” apabila kawasan itu didiami oleh masyarakat baru.

"Mengambil kira hakikat bahawa majoriti penduduk baru adalah orang luar, magnitud impak sosial akan menjadi besar.

"Kesan ini boleh diburukkan lagi jika sebilangan besar penduduk baru ini terdiri daripada warga asing.

"Sebilangan besar mereka yang hidup bersama-sama dengan latar belakang sosial, ekonomi dan budaya yang berbeza boleh menyebabkan konflik sosial dan budaya dan geseran," laporan DEIA dipetik.

Laporan itu juga menyatakan, warga tempatan mungkin ketinggalan daripada meraih manfaat daripada pembangunan Forest city.

"Jika ini berlaku, masyarakat tempatan akan berasa terpinggir dan terasing.

"Perasaan pahit boleh lebih teruk, memandangkan penduduk baru yang masuk akan mempunyai kedudukan ekonomi yang lebih baik daripada penduduk tempatan," menurut laporan itu lagi.

Penduduk di 11 buah kampung di sekitar kawasan projek Forest City, yang sebahagian besarnya terdiri dari nelayan, kini sudah mula merasai kesan daripada kerja-kerja penambakan. MK