SPECIAL ADS

14 Mac 2015

Sumber air mentah Selangor, Langat 2 diteruskan

empangan kini
Projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) tetap diteruskan seperti biasa walaupun Kerajaan Negeri mengumumkan pembatalan perjanjian induk pensturukturan semula industri air.
Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, projek Langat 2 itu perlu kerana ia akan dijadikan sumber air mentah kepada Selangor, pada masa akan datang.
Zaidy
“Projek ini tidak berkait secara langsung sebab Langat 2 masih lagi berjalan seperti biasa.
“Cuma projek ini hanya perlu melalui proses biasa seperti pemberian kelulusan. Sekarang, sedang menunggu pemaju meneliti syarat dalam hal kebenaran merancang dan soal tanah,” katanya kepada Selangor Kini.
Pertengahan minggu ini, Dato’ Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali mendedahkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air mahu mengambilalih tanah yang menempatkan paip air sepanjang 26,000 kilometer dan dimasukkan sebagai aset dalam perjanjian konsesi air.
Namun, Kerajaan Negeri tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan kerana bercanggah daripada prinsip dan semangat perjanjian yang dipersetujui sebelum ini.
Secara keseluruhan, Kerajaan Negeri mempunyai RM14.9 billion aset air tanpa mengambilkira nilai tanah. SK

Tiada ulasan: