SPECIAL ADS

31 Mac 2015

Mydin tanggung GST, harga barang kekal

mydijn
Kempen tersebut membolehkan pengguna membeli barangan pada harga sama seperti sebelum dikenakan GST kerana pelaksanaan 6 peratus GST akan ditanggung oleh syarikat Mydin melalui mekanisme tersendiri.
Meringankan beban pelanggan yang khuatir terpaksa membayar lebih ekoran pelaksanaan GST bermula esok (1 April 2015), syarikat borong dan runcit, Mydin tampil memperkenalkan kempen ‘Gerenti Semua MYDIN Tanggung’ (GSMT), Harga Tak Naik.
Kempen tersebut membolehkan pengguna membeli barangan pada harga sama seperti sebelum dikenakan GST kerana pelaksanaan 6 peratus GST akan ditanggung oleh syarikat Mydin melalui mekanisme tersendiri.
Turut hadir membuat tinjauan harga barang sempena kempen tersebut ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.
“Ini satu usaha yang baik kerana Mydin membuktikan GST tidak sepatutnya mengenai kenaikkan harga barang,” kata Ahmad dalam sidang media pelancaran kempen GSMT di sini hari ini.
Menjelaskan GST sebenarnya menggunakan tiga teori prosedur standard operasi (SOP), beliau percaya ia dapat membantu peniaga seperti Mydin merancang secara bijak untuk mengekalkan harga barang.
“Pertama, sebelum pelaksanaan GST, peniaga harus menolak cukai SST yang didatangkan dalam tiga jenis peratusan iaitu 5, 6 dan 10 peratus.
“Teori kedua ialah Cukai Kredit Input yang membenarkan peniaga berdaftar seperti Mydin menuntut semula cukai input terhadap barangan yang dikenakan cukai 6 peratus.
“Terakhir, kerajaan bersetuju memberi pulangan kepada stok yang mempunyai SST pada 1 April nanti,” jelas Ahmad Maslan tentang teori SOP GST.
Justeru, menggunakan asas teori tersebut, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd., Datuk Wira (Dr.) Ameer Ali Mydin berkata, pihaknya berjaya merangka pelan GSMT.
Mydin dijangka akan menyerap GST dengan kerjasama bersama pihak pembekal.
“Kami telah meminta pembekal menurunkan harga sekitar 2 peratus, ditambah dengan 2 peratus tuntutan daripada cukai SST dan Mydin sendiri akan mengurangkan margin keuntungan sehingga 2 peratus, sekali gus membolehkan ia menanggung sepenuhnya GST yang akan dikenakan,” jelas Ameer dalam majlis yang sama.
“Jika dulu pengguna membeli 10 barangan pada harga RM300, kini juga mereka dapat membeli barangan yang sama pada harga yang sama di Mydin.”
Kempen GSMT ini dilaksanakan di semua cawangan-cawangan Mydin, MyMydin serta KR1M di seluruh Malaysia,” ujar Ameer.
Mydin dijangka mengorbankan sehingga RM15 juta keuntungan daripada pulangan jualan RM300 juta sebulan untuk menanggung GST.
Mydin beroperasi di lebih 250 cawangan di seluruh negara. FMT

Tiada ulasan: