Namun, tidak semua penduduk Afrika Selatan menyebut pokok berdarah ini dengan sebutan Pokok Kiaat atau Pokok Mukwa. Sebilangan penduduk menyebut pokok ni dengan sebutan The Bloodwood atau "Pokok Berdarah".
Pokok ini dinamakan dengan nama seram kerana getah pokok ini menyerupai bentuk darah manusia ketika ditebang.
Pokok ini akan mengeluarkan getah seperti nanah ketika ditebang malah ketika rantingnya dipatahkan ssahaja pun.
Walaupun pokok ini kelihatan 'mengerikan' dari segi namanya, namun getah pokok ini kononnya boleh digunakan sebagai ubat.
Biasanya warga Afrika Selatan memanfaatkan getah pokok berdarah ini untuk mengubati kudis, kurap, sakit mata, malaria, demam Blackwater, sakit perut malah dikatakan getah pokok berdarah ini juga boleh meningkatkan susu ibu yang sedang menyusukan anak.
Ada juga yang memanfaatkan getah pokok berdarah ini untuk kosmetik, hiasan dan sebagai pewarna pakaian.
Sebenarnya pokok berdarah ini tidak jauh bezanya dengan Pokok Jati yang ada di Malaysia.
Pokok Berdarah ini juga biasanya dimanfaatkan dalam industri marbel untuk membina rumah dan bangunan, kerana pokok berdarah cukup kuat dan tahan lama.
Sumber: Zamrispoon.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan