Berita Terkini MH370 Kehilangan Pesawat Malaysia Airlines MAS 8 Mac 2015. Genap Setahun, Kapal Terbang MH370 Terus Misteri! : Pejam celik pejam celik, tragedi pesawat MH370, kehilangan kapal terbang Malaysia Airlines MAS sudah melangkaui usia setahun (pada 8 Mac 2015) tanpa khbar berita terkini mengenainya. Sehinggakan….
Sehinggakan pasukan penyiasat nahas kapal terbang seluruh dunia, pakar pemerbangan, juruterbang berpengalaman, wartawan dan kolumnis industri penerbangan mengelarkan tragedi pesawat MH370 Malaysia Airlines MAS sebagai “The Greatest Aviation Mystery Of All Time”. Malaysia terus dikenang dan diingati disebalik kehilangan kala terbang Malaysia Airlines MAS MH370 ini yang terus menjadi tanda tanya dari seluruh dunia samada terhempas di lautan, di daratan, disembunyikan atau…..
SERTAI UNDIAN BERITA SEMASA : Punca Tragedi Disebalik Kehilangan Pesawat MH370 Malaysia Airlines MAS? (79.4% pembaca Berita Semasa memilih…..)
Dan kerajaan Malaysia, keluarga penumpang MH370, rakyat Malaysia terpaksa berhadapan tahun 2014 yang cukup suram disebalik tragedi pasawat MH370 ini.
Kejadian yang menimpa kapal terbang MH370 sangatlah “jarang berlaku”. Kali terakhir hilang tanpa khabar berita dengan lebih 100 penumpang adalah pada tahun 1962. Tahun kehilangan pesawat MH370, tahun yang sara tenaga pakar, sarat dengan sistem teknologi yang cukup canggih tetapi ia tetap berlaku?
Berita Terkini MH370 : Kelemahan Sistem Keselamatan dan Pertahanan Malaysia?
Walaubagaimanapun, tragedi pesawat MH370 sedikit sebanyak mendedahkan kelemahan sistem keselamatan dan pertahanan negara kita. Sehinggakan rakyat Malaysia umumnya dan keluarga mangsa penunpang Mh370 tertanya-tanya mengapa dan kenapa selepas radar radar tentera Malaysia berjaya mengesan kapal terbang komersial membuat pusingan melalui Semenanjung dan sekitar Pulau Pinang, pesawat jet pejuang tidak dihantar secepat mungkin untuk menyiasat apa sebenarnya yang berlaku?
Apabila Berita Semasa semak semula kenyataan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammudddin Hussein pada masa itu, tentera Malaysia tidak mengambil tindakan apabila mengesan pesawat di radar mereka kerana ia bukan pesawat musuh.
“Ia tidak dianggap sebagai objek musuh dan sia-sia jika anda tidak menembaknya jatuh”.“Jika anda tidak menembak jatuh, apa gunanya menghantarnya (jet pejuang)?”
Kelas jawapan menteri Pertahanan Malaysia. Apa Datuk Seri Hishammudddin Hussein fikir, scramble fighter diterbangkan utnuk memintas sudah semestinya kena tembak bagi jatuh? Tiba-tiba Berita Semasa kredibiliti Menteri pertahanan yang Malaysia miliki pada ketika ini.
- MH370 keluar dari laluan asal, tidak dihantar pesawat pejuang untuk memintas tengok? Takkanlah asal terbang sahaja pesawat pejuang mesti kene tembak sesuatu?
- Apa sebenarnya yang terjadi kepada pesawat MH370?
- Kenapa tragedi MH370 ini terjadi kepada Malaysia?
- Dan kenapa Malaysia Airlines?
- Mengapa kami?
P/S : Sepatutnya sistem pertahanan negara berada pada tahap tertinggi dan bertindak secara profesional. SOP wajar dipatuhi. Usahlah disimpan pesawat pejuang yang ada untuk tontonan dan show di pameran LIMA semata.
beritasemasa.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan