Pasti ada ketikanya, kita akan mencabut pokok ini untuk bersihkan kawasan rumah. Ini kerana ia tumbuh liar tanpa diminta tetapi ia dikatakan mempunyai pelbagai khasiat.
Pokok ini dikenali sebagai sireh laut, sireh cina, sireh pasir, sireh air, sireh bunian dan ketumpang. Ia juga ada dijual di kedai sinsei Cina dalam bentuk yang telah dikeringkan dengan harga RM10 untuk 100gram.
Dicatatkan penulisnya, amat mujarab untuk kayap. Pesan seorang hamba Allah, ambil pokok ketumpang dan ditumbuk serta disapu pada bahagian tempat yang terkena kayap tersebut. Alhamdulillah setelah kayap dua hari disapu, ia mulai kering dan selepas 5 hari, lega kerana bahagian yang terkena kayap tinggal parut sahaja.
Sebagai pengetahuan, pokok ini juga boleh dibuat sayur goreng kerana tidak pahit dan rasanya sedap. Air rebusannya juga boleh diminum.
Khasiat lain pokok tersebut.
Merawat Gout
Penawar sakit sendi dan perut
Jusnya mengelakkan jangkitan pada mata
Cirit-birit
Batuk
Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
Buasir
Selsema
Jangkitan pada pundi kencing
Kayap
Darah tinggi
Kencing manis
Merawat Gout
Penawar sakit sendi dan perut
Jusnya mengelakkan jangkitan pada mata
Cirit-birit
Batuk
Demam (Ramas Dengan Sedikit air dan sapukan dikepala)
Buasir
Selsema
Jangkitan pada pundi kencing
Kayap
Darah tinggi
Kencing manis
Sebenarnya pokok yang kita anggap penyemak kawasan rumah ini berkhasiat dalam bidang perubatan. Sambil-sambil mencabut rumput, boleh asingkan pokok ini untuk dibuat sayur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan