SPECIAL ADS

5 Mac 2015

Paras air empangan seluruh Selangor terkawal

Paras air di empangan Semenyih adalah kedua tertinggi iaitu 94.70%, di samping empangan lain di seluruh Selangor.  – Gambar fail The Malaysian Insider, 5 Mac, 2015.
Paras air di tujuh empangan di seluruh Selangor terkawal dan mencukupi bagi memenuhi keperluan semasa rakyat negeri ini, kata Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata setakat hari ini kedudukan paras air di empangan negeri berada di bawah paras kritikal dan keadaan pembekalan air di negeri ini dalam keadaan terkawal.
Paras air di empangan Tasik Subang mencatatkan jumlah takungan tertinggi iaitu 97.51% diikuti Semenyih (94.70%), katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara lima empangan, iaitu Sungai Langat (94.64%), Batu (89.07%), Klang Gates (86.79%), Sungai Selangor (75.05) dan Sungai Tinggi (69.62%), katanya.
"Paras ini menunjukkan paras yang lebih tinggi berbanding tempoh masa yang sama pada tahun lepas... contohnya pada 4 Mac 2014, paras empangan Sungai Selangor mencatatkan bacaan pada 44.84% berbanding pada hari ini iaitu sebanyak 75.05%.
"Kita juga mendapati bahawa penggunaan air per kapita bagi rakyat negeri ini tinggi iaitu pada kadar 235 liter sehari dan saya mengingatkan pengguna supaya mengurangkan penggunaan air bagi menjaga kelangsungan bekalan air ini," katanya.

Tiada ulasan: