SPECIAL ADS

19 Mac 2015

Wajarkah Pesawat Jet Peribadi (Private Jet) Perdana Menteri Malaysia Yang Baru Dengan Kontrak Sewa Beli RM465.4 Juta?

pesawat jet
Pesawat Jet Peribadi (Private Jet) Perdana Menteri Malaysia Yang Barwajarkahu Dengan kontrak Sewa Beli RM465.4 Juta? Patutkah? : Speechlesssssss……..Ini antara reaksi Berita Semasa apabila dimaklumkan yang mana kerajaan Malaysia telah beli satu lagi pesawat jet peribadi (private jet) Perdana Menteri Malaysia baru, Najib Razak. Berdasarkan….
Berdasarkan antara tahun mula-mula Najib Razak menjadi Perdana Mneteri sehingga tahun 2013, sejumlah RM44 juta bersamaan RM8.8 juta setahun telah dibelanjakan untuk tempoh 5 tahun bagi tanggungan kos lawatan Perdana Menteri Malaysia yang acapkali keluar negara.
Nah…sekarang ini Perdana Menteri Najib Razak sudah boleh menggunakan jet pesawat setiap kali keluar negara.
BACA SINI : Kos Pesawat Jet Kerajaan Malaysia 9M-NAA RM30,000 Sejam (Minyak RM7.68 segelen) Terbang Ke New York, London, Dubai, Bangkok Tanpa Najib Razak?

Punca dan Sebab Beli Pesawat Jet Peribadi (Private Jet) Perdana Menteri Malaysia Yang Baru?

Antara alasan yang diberikan mengapa dan kenapa jet pesawat peribadi Perdana Menteri ini perlu digantikan?
  • Kos penyelenggaraan jet pesawat sebelum ini yang sangat tinggi dan semakin meningkat
  • Risau dengan faktor suai dan risiko keselamatan pesawat BBJ
Berdasarkan semakan, Berita Semasa dimaklumkan yang mana jet pesawat Perdana Menteri yang baru ini hanya boleh memuatkan maksimum 19 orang sahaja. Kecuali ditukar konfigurasi selepas ini. Gambar boleh anda semak sendiri di bawah atas laporan berita ini.
Hakikatnya, kapal terbang komersial yang terlalu kerap terbang sehingga 20 tahun lamanya adalah dikira normal
  1. Persoalannya sekarang ini, berapa harga baru jet pesawat peribadi Perdana Menteri ini?
  2. Mengapa dan kenapa dibuat “direct purchase”? Sekadar syarikat (Jet Premier One (Malaysia) Sdn Bhd) untuk yang melakukan penyelenggaraan sekaligus melayakkan Malaysia perlu daripada mereka? Prosedur apa yang digunapakai ini?
  3. Berapa kos penyelengaraan kapal terbang yang lain?
  4. Jawapan sepatutnya lebih terperinci, jangan dibiarkan rakyat marhaen terus tertanya-tanya dalam seribu satu persoalan
Berdasarkan jawapan yang diberikan sendiri oleh Datuk Seri Shahidan Kassim pada November 2013 di Dewan Rakyat, yang mana kerajaan Malaysia sudah memiliki 5 jet pesawat peribadi termasuklah Boeing Business jet dan ACJ319. Mengapa tidak dijual sebahagian kapal terbang yang sedia ada untuk menampung kos membeli kapal terbang yang baru yang berdaftar di bawah pendaftaran 9H-AWK?
beritasemasa.com

Tiada ulasan: