GST akan bermula 1 April, Rakyat bakal menyaksikan fenomena cukai yang mengejutkan.GST sudah pasti melihat peningkatan pendapatan kerajaan tetapi belum tentu dapat dinikmati semula rakyat kerana hasil GST lebih menumpukan kepada GOLONGAN SONGKOK TINGGI.
Rakyat biasa mungkin menjadi penanggung beban cukai sebenar untuk menyenangkan GOLONGAN SONGKOK TINGGI. Namun satu yang perlu difahami olih rakyat semua ialah GST akan menyebabkan banyak item dikenakan cukai atau dengan kata kata lain rakyat bakal membayar cukai berganda untuk mendapatkan keperluan mereka baik cukai barangan mahupun cukai perkhidmatan.
Bercakap secara teknikal, harga kereta akan turun selepas GST kerana cukai jualan 10% akan dihapuskan dan diganti dengan GST 6%. Namun tanpa disedari, komponen kereta turut dihasilkan oleh pembekal pembekal komponen seperti tayar, bateri dan beberapa komponen lainnya yang tertakluk kepada GST.Olih itu kos sebenar sebuah kereta bukan turun tetapi naik kerana cukai berganda yang dikenakan.
Begitu juga dari sudut penyelenggaraan kereta,sungguhpun petrol dan disel dikecualikan GST, tetapi banyak alat ganti lain yang tertakluk GST malah tidak pasti samada bahan pelinciran dikecualikan atau tidak.Perkara ini bakal menyaksikan pemilik kereta terpaksa membayar kos penyelenggaraan yang lebih tinggi selepas 1April nanti.
Jika diperhatikan banyak lagi keperluan keperluan harian rakyat akan dikenakan cukai berganda kerana GST dan dengan hakikat indek harga pengguna yang terlalu tinggi dalam negara, pastinya GST dengan cukai berganda akan membebankan rakyat.
Fakta yang diperolehi dari pelabur asing turut tidak menyokong GST kerana sudah ada desas desus pelabur asing mungkin menarik pelaburan mereka keluar kerana GST.Jika ini berlaku bebaban rakyat terutama yang terbabit dengan sektor pelaburan asing akan turut terjejas.
Mungkin ada bantahan kepada luahan di atas kerana negara seperti Perancis umpamanya begitu berjaya dengan GST kenapa negara tidak bolih berjaya?Jawapannya sebab negara seperti Perancis mempunyai indek harga pengguna yang rendah berbeza dengan negara yang harga penggunanya melambung dan sentiasa dalam tren meningkat.
Begitu juga rasuah dalam negara masih antara yang tertinggi dalam senarai dunia berbanding Perancis yang zero rasuahnya.Rasuah akan terus menyebabkan GST gagal mencapai matlamat seperti diiklankan di kaca TV, malah GST akan hanya menjadi lombong emas kepada GOLONGAN SONGKOK TINGGI.
Tranungkite
Tiada ulasan:
Catat Ulasan