SPECIAL ADS

10 Mac 2015

RTM bakal tumbangkan Astro?


Rakyat Malaysia sudah sedia maklum tentang rungutan mengenai perkhidmatan televisyen berbayar Astro. Kisah tak ada siaran ketika hujan dan juga bill mahal yang terpaksa ditanggung oleh pengguna sering kali terdengar khususnya di media sosial.

Itu belum lagi diperkatakan mengenai rancangan yang sama diulang beratus-ratus kali serta program hiburan yang adakalanya naik menyampah tengok, tetapi masih dihidangkan kepada pengguna. Malah sejak akhir-akhir ini, iklan komersial makin meriah walhal pengguna bukannya bayar yuran bulanan untuk melihat iklan.

Pihak Astro pula seolah-olah bermaharajalela berbuat apa saja terhadap pengguna demi mengaut keuntungan berjuta setiap bulan. Dimaklumkan, Astro mencatatkan keuntungan berbilion ringgit Malaysia setiap tahun hasil daripada lebih 3 juta pelanggan tetapnya.

Jangan dipersoalkan kenapa masyarakat masih memilih Astro jika tahu penyedia perkhidmatan berkenaan mempunyai rekod yang mengecewakan terhadap pelanggan dan juga siaran tv nya.., ia adalah kerana masyarakat tiada pilihan khususnya kawasan yang tidak ada liputan siaran televisyen. Maka sebab itulah Astro terpaksa dijadikan pilihan.

Kini dimaklumkan terdapat berita yang sangat melegakan kepada pelanggan yang tak berpuas hati dengan Astro. Dan apabila berita ini menjadi realiti, dijangka zaman kegemilangan 'kaut untung' Astro akan berakhir.

Jika dahulu Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjadi pilihan utama rakyat seluruh negara, kini zaman emas itu akan kembali lagi dengan program pendigitalan saluran rancangan stesyen penyiaran terbabit yang disahkan sudah berada di peringkat akhir perlaksanaan.

Ini umpama buku dengan ruas kepada syarikat Astro kerana selepas selepas program pendigitalan RTM, rakyat Malaysia akan menikmati 45 saluran Definasi Tinggi (HD) dan juga 15 Saluran Standart (SD) dibawah projek Angkasapuri Media City.

Untuk mendapatkan rangkaian saluran digital dari RTM, pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bernaung dibawah Syarikat Telekomunikasi Altel Holdings milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, akan membekalkan dekoder khas yang berharga RM200 kepada pengguna.

Malah, sebagai tanggungjawab kepada masyarakat, Syed Mokhtar Bukhary juga akan memberikan dekoder percuma kepada 2 Juta penerima BR1M yang dikenalpasti sebagai miskin bermula Jun hadapan. Ia sekaligus mengesahkan saingan baru kepada Astro bermula Jun ini.

Fasa pertama siaran digital baru dari RTM ini yang dijadualkan pada Jun 2015 merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan seterusnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, kemudian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Fasa terakhirnya pula ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini menjadikan 98 peratus kawasan Semenanjung serta Sabah Sarawak akan menikmati dan menonton 80 saluran TV Digital setaraf dengan Astro serta 40 saluran Radio berkualiti tinggi secara percuma.

Dan yang lebih menarik, rakyat Malaysia juga akan menikmati perkhidmatan yang tak jauh bezanya dari yang ditawarkan secara berbayar dari Astro seperti panduan program elektronik, serta alih bahasa dan sarikata pilihan melalui saluran digital RTM. Sudah tentu ianya hanya percuma sahaja.

Inilah yang dikatakan bahawa Astro bakal bertemu buku dengan ruasnya. Dan tak dapat dinafikan, sumbangan Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary amat besar kepada rakyat Malaysia. Dan siapa dapat nafikan, bahawa hanya anak melayu seperti Syed Mokhtar sahaja yang dapat meneutralkan Taikun besar seperti Ananda Krishan? 

Tiada ulasan: