SPECIAL ADS

30 Mac 2015

Sultan perintah perjanjian air dimuktamadkan segera

Hasil carian imej untuk sultan selangor sekarang
Penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi memenuhi keperluan pembangunan dan kehidupan rakyat.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berharap penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor dapat dimuktamadkan segera berdasarkan semangat dan terma Perjanjian Utama yang telah ditandatangani pada 12 September 2014.
Sultan Sharafuddin turut yakin pendekatan bersemuka dan berbincang dapat menyelesaikan persoalan itu secara adil demi menjamin perkhidmatan air terawat yang lebih efisien dan mesra rakyat kepada seluruh warga Selangor.
“Beta juga mahu langkah-langkah persediaan diambil untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi untuk memenuhi permintaan domestik dan industri.
“Air adalah satu keperluan yang sangat penting untuk keperluan rakyat,” titah baginda pada Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal ke-3 Dewan Negeri Selangor yang ke-13 tahun 2015 di sini hari ini.
Sultan Selangor turut menyeru supaya penstrukturan semula industri perkhidmatan air Selangor tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak agar ia dapat dilaksanakan dengan sempurna bagi memenuhi keperluan pembangunan dan kehidupan rakyat.
Pada 25 Mac lalu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTha) menyatakan kerajaan persekutuan masih kekal dengan perjanjian yang sama berhubung isu air di antara kerajaan negeri Selangor.
Menterinya, Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata, sehingga kini tiada sebarang perubahan melibatkan terma projek Langat 2.
“Masih kekal pada perjanjian air sebelum ini sementara menunggu surat daripada kerajaan negeri pula,” katanya
Pada 23 Mac lalu, kerajaan negeri Selangor bersetuju untuk memuktamadkan keputusan perjanjian air bersama kerajaan persekutuan.
Keputusan perbincangan penyambungan semula perjanjian air itu dibuat selepas mengambil kira kesediaan KeTTha untuk kembali semula kepada terma perjanjian utama air yang ditandatangani pada 2014. FMT

Tiada ulasan: