Najib Razak Letak Jawatan dan Berundur Awal Perdana Menteri? Muhyiddin Intai Peluang? Setuju? : Ada masa kita dia atas, ada masa kita akan berada di bawah. Hidup ini ibarat roda. Ada masa kita dihormati dek kerana kuasa, pangkat dan wang.
BACA SINI : Kos Pesawat Jet Kerajaan Malaysia 9M-NAA RM30,000 Sejam (Minyak RM7.68 segelen) Terbang Ke New York, London, Dubai, Bangkok Tanpa Najib Razak?
Ada masa kita akan dicaci apabila kita kehilangan segala-galanya. Oleh itu beringatlah sesama kita, jangan mendabik dada. Berita Semasa difahamkan kedudukan Datuk Seri Najib Razak semakin goyak selepas lepas satu-satu skandal yang dikatakan ada kaitan secara tidak langsung atau secara langsung dengan Datuk Seri Najib Razak.
Skandal 1MDB yang cukup kontroversi ini paling memberikan tekanan yang cukup besar kepada kedudukan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah mansor selaku isteri Perdana Menteri. Hayat Datuk Seri Najib Razak dikatakan tidak bertahan lama.
Najib Razak VS Muhyiddin Yaasin : Perdana Menteri Malaysia?
Pemimpin politik veteran, pemimpin yang berpengaruh dan kalangan ahli politik sudah mula memberikan tekanan kepada Datuk Seri Najib daripada luar dan dalam dan dalam pada masa yang sama Tan Sri Muhyiddin Yaasin dilihat sedikit demi sedikit mula diberikan kepercayaan dan sokongan untuk mencabar kedudukan bosnya, Datuk Seri Najib Razak
Semakan Berita Semasa sendiri kepada sokongan yang diterima oleh Datuk Seri Najib sejak PilihanRaya Umum ke 13 yang lalu telah jatuh merudum ke tahap 44% sahaja. Bertambah teruk lagi, Tun Dr Mahathir dan Tun Daim Zainuddin bersama Sanusi Junid dan jaringan politik yang lain berterusan mengkritik Datuk Seri Najib Razak bagi menguruskan skandal 1MDB yang telah menanggung hutang sekitar RM42 bilion dan paling penting, mereka mahukan Datuk Seri Najib razak letak jawatan dan berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia. Anda bersetuju?
beritasemasa.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan